Assalamualaikum..
BAKLAVA secara meluasnya di percayai berasal dari Assyria, tetapi apabila di google, ada info mengatakan dari Turki, ada juga mengatakan dari Yunani, Lubnan, Armenia dan lain-lain.
BAKLAVA adalah sejenis manisan yang dilapisi dengan 'phillo pastry' bersama kekacang yang mewah dan dituang bersama campuran madu dan manisan di atasnya.
Kali terakhir i membeli dan menjamu BAKLAVA ini adalah pada tahun 2009 di Bazar Ramadhan USJ 3, Subang Jaya, Selangor di mana waktu dan ketika itu i menetap di USJ 1.
Kini hampir 5 tahun berlalu dan selepas berhijarah ke Johor tidak lagi merasa BAKLAVA, jadi dengan pencarian akhirnya i mendapat resepi di mana i merasakan adalah yang terbaik antara yang terbaik.
Syukur, dapat juga merasa, biarpun tidak sesedap yang asli dan yang pasti rasa untuk resepi ini memang ada lebih kurang sama. Alhamdulillah. Resepi untuk BAKLAVA ini i dapati DI SINI dan i ada mengurang dan melebihkan mengikut citarasa i. Jom lihat.
Bahan-bahan..
130 gm pistachios*200 gm walnut*
200 gm badam* - *kisar hampir halus - bakar 10 minit
1/2 biji lemon - sagat kulit dan ambil jusnya
1 sdk serbuk kulit kayu manis
150 gm gula kastor
130 gm mentega - cairkan
375 gm fillo pastry PAMPAS - potong ikut sukatan loyang
100 gm madu
1 batang kulit kayu manis
100 gm air
2 sdk air mawar
20 gm pistachios - hiasan
Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar, satukan semua kekacang yang telah dikisar dan dibakar bersama sagatan kulit lemon, serbuk kulit kayu manis dan 50 gm gula kastor, gaul sebati, bahagikan kepada 3 bahagian.
2. Sediakan loyang segi empat bersaiz 10 inci atau 25 cm, sapukan mentega pada keseluruhan loyang, letakkan sekeping fillo pastry yang dipotong sama saiz dengan loyang kemudian sapukan mentega pada keseluruhan fillo pastry.
3. Letak kepingan kedua fillo pastry, sapu rata mentega pada keseluruhan fillo pastry dan ulangi langkah-langkah ini sehingga ke lapisan ke lapan.
4. Tabur dan ratakan 1 bahagian kekacang pada keseluruhan fillo pastry, letakkan fillo pastry semula, sapu rata mentega dan ulangi sehingga lapisan ke tiga.
6. Ulangi lagi untuk kekacang untuk bahagian yang ketiga bersama 8 keping fillo pastry yang di sapu rata dengan mentega.
7. Potong baklava dengan pisau pemotong pizza mengikut saiz yang dikehendaki.
9. Sementara itu, satukan baki gula, jus lemon, madu, kulit kayu manis dan air dalam periuk kecil dan panaskan di atas dapur sehingga gula cair, tapiskan, sejukkan dan buang kulit kayu manis.
10. Keluarkan baklava dari loyang, letak air mawar dalam adunan syrup, gaul dan tuang ke dalam baklava yang telah siap di bakar.
11. Sejukkan baklava, keluarkan dari loyang, taburkan pistachios di atas baklava dan sedia dihidangkan.
fillo pastry yang i gunakan..
i beli di tesco, harga dalam kurang dari RM15..
sedapnya...selalu tgk kat tv org putih buat...
ReplyDeleteooiya sis..
Deletebaklava ni kali terakhir menikmatinya yang paling tersohor reza baklava di kesington london merupakan kedai kegemaran mendiang ptri diana..terbaik pernah makan..mmg dapat melihat sendiri bagaimana dia menyediakan mcm jenis di sana....
ReplyDeletekat sana mesti ada mermacam2 jenis kan sis..
DeleteKAk Shu.. sure manissss gilassss ni kan... tapi, sedapppppp..
ReplyDeletekalu ikut resepi x berapa manis sgt yg mcm beli tu sis..masih bule mkn lg hihi..
DeleteSedapnya....selalu nampak kat ikea, nak beli tak beli sama bnyk...tp teringin sungguh nak rasa.....kena try gak le nampak gaya nih....
ReplyDeletebakhlava nih manis sis..cuba sis beli dulu n rasa br buat ya..
DeleteSedapnyer...teringat makan baklava kat istanbul dulu. Manis tapi sedap. Tapi last sekali pernah makan baklava kat restoran kedai arab kat sini tak sedap macam makan baklava yang ada boh minyak wangi. Agaknye dia terlebih boh ros water kot huhu...
ReplyDeletesiss..kalu dr istanbul pasti lebih sedap dr sini kan sis..
DeleteSis...rose water jenis apa yg sis guna....boleh tunjukkan tak....
ReplyDeletei guna rose water yg biasa dijual dipasaraya ya sis..
Deleterose water brand nuri yer sis..
ReplyDeletex pasti sis brand apa..
Delete