Followers

Tuesday, 5 February 2013

BEEF CURRY PUFF

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi semua..

Menu untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah pagi ini. Rutin harian buat adik, setiap pagi jam 5.30 mesti dah kena bangun, i mandikan, pakaikan baju, kasut, siapkan bekalan untuk adik dan abangnya dan bersiap sedia menanti Pak Cik Hashim datang.

Pak Cik Hashim nih kan, i lihat begitu penyayang dan prihatin sangat pada adik. Pada anak-anak sekolah yang lain pun mesti macam tu juga kan..mungkin dia dah biasa dengan anak-anak kecil, jadinya sifat penyayang itu memang dah sebati dalam dirinya.

Jom lihat bawah lagi..




Bahan-bahan..
2 bungkus pastry puff KAWAN
2 biji kentang - saiz besar - buang kulit - cincang kekotak - cuci bersih - toskan
300 gm daging kisar RAMLY
3 biji bawang merah besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 sdb udang kering - rendam air panas - toskan* - *satukan dan tumbuk lumat
3 sdb cili kering kisar
4 tangkai daun kari
3 sdb serbuk kari - ditambahkan 1/2 cawan air - kacau rata
2 cawan air panas
Garam, gula dan perasa secukupnya
2 telur kuning - untuk di oles
Oregano kering - hiasan taburan

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar, masak sehingga cili masak.
3. Masuk pula daun kari dan bancuhan serbuk kari, renehkan dalam 5 minit.
4. Masuk daging kisar, gaul sebati, biarkan daging separuh masak.
5. Masuk juga kentang bersama air panas, garam, gula dan perasa. Biarkan masak sehingga kering.


6. Siap dimasak dan biarkan sejuk.


7. Ambil sekeping pastry puff jenama KAWAN, taburkan sedikit tepung, menggunakan penggelek dan gelekkan sedikit supaya pastry jadi lebar sedikit. 
Gelekkan separuh bahagian pastry dengan pastry roller (seperti dalam gambar).


8. Terbalikkan pastry, letakkan inti di tempat yang tidak digelek.


9. Lipatkan pastry dan tekankan dengan garfu di penghujung pastry supaya melekat.


10. Susun curry puff yang telah siap dalam dulang, kemudian oleskan kuning telur pada keseluruhan bahagian.


11. Taburkan oregano di atasnya. 
12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 30-40 minit atau sehingga masak dan keperang-perangan.


13. Keluarkan dari oven dan siap dihidangkan ketika panas bersama hidangan pagi atau petang.

6 comments:

  1. waw..sedapnye dah lame nk buat p susahla nk cari kulit pastry kt tempat sy...sabo jela.

    ReplyDelete
  2. as-salam
    Looks yummy! mesti sedap ni su...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt bro..
      Alhmdlh..anak2 pun suka..

      Delete