Followers

Tuesday 19 February 2013

JUS ROSELLE & JEM

As-salam semua..
Tempoh hari i pergi ke Ayer Hitam, Johor, i memang suka sangat beli buah-buahan yang rata-ratanya boleh dikatakan segar, antara buah yang i beli adalah Roselle. Memang dah lama i nak buat tapi macam biasa lah ada saja yang tertunda. Kali ini rizki i dapat membeli dan membuat apa yang di hajati.

I buat jus dan jem sekali, mula-mula ingatkan suami tak suka, sekali bila i hidangkan terus suami suka. Suami i suka yang panas, i dan anak-anak suka yang sejuk, jem pun boleh tahan sedap.

Untuk resepi ini i buat pati, jadi amat senang kalau mahu bancuh, macam kordial yang biasa kita beli di pasaraya tu, cuma tuang sedikit pati roselle nih dan tambahkan air dan ais mengikut sukatan masing-masing.




sangat sedap jem nih..

Bahan-bahan..
30 biji roselle - kopek kelopak - buang biji - cuci bersih - toskan
2 liter air
5 cawan gula kasar
1 sdb tepung jagung*
4 sdb air* - *satukan dan gaul sebati


roselle panas buat suami tersayang..


Cara-cara jus roselle..


1. Masukkan kelopak roselle yang telah di cuci bersih ke dalam periuk besar bersama air.


2. Panaskan atas api dan masukkan gula, gaulkan sehingga gula cair.

3. Biarkan mengelegak dan renehkan selama 20 minit dengan api sederhana.
4. Tutup api, tapiskan air roselle. (jangan dibuang kelopak roselle dan tinggalkan sedikit air roselle untuk mengisar kelopak roselle untuk dibuat jem.)
5. Biarkan sejuk di suhu bilik baru disimpan dalam botol yang sesuai.

Cara-cara jem roselle..
1. Kisarkan kulit roselle yang di toskan tadi sehingga lumat.


2. Tuang dalam kuali, panaskan roselle sehingga sedikit kering.

3. Tuang adunan tepung jagung supaya adunan lebih pekat, gaul sebati renehkan dalam 10 minit.
4. Simpan dalam balang kaca dan sejukkan dalam peti sejuk.
5. Boleh di sapu pada roti atau membuat filling untuk pelbagai hidangan.




roselle yang telah di cuci..


nih biji dalam kelopak roselle tu..i buang aje..rasanya tak boleh buat apa pun hihi..saja jer tayang kat sini..

13 comments:

  1. kak, biji dia tu jemur sampai kering...then, klurkn seed dia terus tabur atas tanah..insyaallah naik dengan subur skli...xyah bli dh lenkali..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis alueyah..iya la kan sis, kawan2 lain pun kata mcm tu gak..tp dh terrrbuang kiki..in sha allah kalu beli lagik nk tanam pulak kan..

      Delete
  2. Tumpang share d fb.. Tq..sedap jus roselle tu.jiran bg buah dlm 17 kuntum.takut rosak simpn lama dlm peti,tu buat hari ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Menarik resipi di atas...nak tanya biji roselle yg nak dibuang tu boleh ke kita tanam...?

    ReplyDelete
  4. Tak berapa faham yg buat jem tu? Maksudnya kulit dari rebusan jus tu ke kita blend buat jus pula@ mcm mana?

    ReplyDelete
  5. Tak berapa faham yg buat jem tu? Maksudnya kulit dari rebusan jus tu ke kita blend buat jus pula@ mcm mana?

    ReplyDelete
  6. Saya punya blend kelopak roselle dan rebus semua tak tapis.lagi sedap dia punye pati.

    ReplyDelete
  7. Saya ade tanam kat rumah..baru pagi tadi saya petik dan akan buat jus dan jem..sebab sbelum ni saya hanya tahu buat jus saja,lepas ni saya akan buat jem pula.

    ReplyDelete