Followers

Wednesday 22 April 2015

TEPUNG PELITA

Assalamualaikum..
Masih lagi dengan menu yang menggunakan daun pisang dan hari ini i buat Tepung Pelita. Dari semalam lagi i sudah siapkan kelongsongnya. Jadi pagi-pagi tadi baru buat.

Dulu, i pernah buat sekali tapi tak menjadi..mungkin terlebih kukus kot tu yang jadi berterabur hahaha..dan Alhamdulillah hari ini buat jadi la kot..kannn..boleh lah dari langsung tak pernah buat..

Resepi pula i rujuk dari Blogger RESEPIBDARIAH dan terima kasih sis atas perkongsian resepinya. Izinkan i kongsi disini pula ya. Cara-cara kelongsong pula i rujuk dari Google juga tapi cari-cari tadi nama Blogger dah tak jumpa pulak..maaf sangat-sangat..terima kasih ya sudi berkongsi..






TEPUNG PELITA

Bahan lapisan bawah..
110 gm tepung beras
50 gm gula kastor
1100 gm air
7 helai daun pandan - kisar dengan sedikit air diatas - tapis - ambil jusnya
1/2 sdk pewarna hijau
1/2 sdk air kapur
Gula secukupnya - tabur dalam kelongsong

Bahan lapisan atas..
600 gm santan KARA
300 gm air
4 sdb tepung beras
1 sdk garam

Cara-caranya..
1. Sediakan dan susun kelongsong rapat-rapat dalam loyang dan panaskan periuk kukusan.
2. Isikan 1 sudu kecil dalam setiap kelongsong.
3. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan bawah dan kacau dengan whisk sehingga tidak berbintil.
4. Tapis dan tuang dalam periuk, masak sehingga naik wap atau sedikit kental.


5. Skop adunan bawah dan tuang dalam kelongsong separuh penuh. Buat sehingga selesai.

6. Kukus selama 20 minit.
7. Sementara itu, sediakan adunan lapisan atas.
8. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan juga kesemua bahan-bahan lapisan atas, gaul sebati.
9. Tapis, masuk dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
10. Skop dantuang atas lapisan bawah sehingga penuh.
11. Kukus lagi dalam 8 minit.
12. Angkat dan sejukkan.






Nota :-
- Daun pisang bersaiz 15 x 10 cm atau ikut ukuran kotak mancis.
- 1 adunan menghasilkan kurang lebih 35 - 40 kelongsong.
- Sebaik-baiknya gunakan pencukil gigi berbanding stapler.
- Siap kelongsong, gunting jika ada daun pisang berlebihan.

4 comments: