Followers

Tuesday 21 April 2015

PULUT KUNING

Assalamualaikum..
Pagi ini i buat Pulut Kuning. Ini semua kerana daun pisang hehehe..iya..jika kita kukus dengan menggunakan daun pisang baunya memang sangat harum. Dalam masa yang sama baki rendang tempoh hari masih ada lagi memang kenalah dengan pulut kannn..

Resepi i rujuk dari rumah MAT GEBU, akan tetapi ada i buat penambahan dan penolakan mengikut keperluan yang ada. Terima kasih pada Cik Mat Gebu kita ya..







PULUT KUNING
Sumber : MAT GEBU

Bahan-bahan..
800 gm beras pulut*
1 keping asam gelugor*
1 sdb serbuk kunyit*
Air secukupnya* - *satukan kesemua bahan dan rendam semalaman
2 helai daun pandai - simpulkan
400 gm santan KARA
50 gm air
2 sdk garam
1 sdb minyak zaitun
Daun pandan secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Cuci bersih beras pulut, buang asam gelugor dan toskan.
3. Lapik kukusan dengan daun pisang, isikan beras pulut bersama daun pandan dan kukus selama 10 minit.
4. Satukan santan, air, garam dan minyak. Panaskan atas dapur dengan api kecil. Cukup sekadar panas sahaja dan tak perlu mendidih.
5. Keluarkan pulut dan isikan dalam loyang yang dilapik daun pisang.
6. Tuang sedikit demi sedikit santan yang dipanaskan tadi dan gaul sebati pada keseluruhan pulut.
7. Masukkan dalam periuk kukusan dan kukus lagi selama 20 minit sambil digaul pada minit ke 10.
8. Angkat dan siap dihidangkan bersama rendang pilihan.





No comments:

Post a Comment