Followers

Sunday, 12 April 2015

PASSION FRUIT MOUSSE

Assalamualaikum..
Pagi-pagi lagi sudah gian nak buat mousse. Setelah berkali-kali tertangguh, hari ini terlajak buat Passion Fruit Mousse. Kebetulan minggu lepas i beli bekas-bekas kecil segi empat dan sebenarnya nak buat Puding Alpukat..malangnya langsung lupa nak buat..alpukatkan membusuk..kesiann alpukat..

Resepi pula kita risik-risik pelbagai cara yang ada kat Google tapi sudah dicampur tolak kan melalui bahan-bahannya. Jadinya resepi hanya sebagai panduan selebihnya pandai-pandailah kita gunakan kreativi kita ya.







PASSION FRUIT MOUSSE

Bahan-bahan..
15 keping biskut marie - kisar halus
4 sdb mentega - cairkan
8 biji passion fruit @ markisa - belah dua- ambil isinya - kisar sebentar - toskan jus - biji simpan
2 sdb gelatin*
5 sdb air panas* - *satukan - rendam 5 minit - panaskan secara double boiler - sejukkan sebentar
200 gm uht whipping cream
200 gm susu segar
200 gm susu pekat
80 gm jus passion fruit @ markisa

Cara-caranya..
1. Sediakan 20 bekas segiempat mini atau acuan yang seumpamanya.
2. Satukan biskut marie bersama mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati.
3. Sudukan 2 sudu kecil dalam bekas, tekan biar padat. Buat sehingga selesai dan sejukkan dalam peti sejuk.
4. Dalam bekas besar, satukan uht whipping cream, susu segar, susu pekat, jus passion fruit @ markisa dari 8 biji yang disebut dan cairan gelatin yang telah dilarutkan. Kacau sehingga sebati dan tapiskan.
5. Keluarkan bekas acuan yang berisi biskut marie tadi dan tuang adunan cecair. Buat sehingga selesai dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6. Setelah sejuk, keluarkan dan tuang sesudu baki biji passion fruit @ markisa diatasnya dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.




No comments:

Post a Comment