Followers

Sunday, 26 April 2015

BUTTER COOKIES

Assalamualaikum..
Lama sudah i bercita-cita nak buat biskut berbentuk Pretzel nih..dan acuannya kalau tak silap i sudah beli hampir 2 tahun. Selalu tidak ada masa yang sesuai dan selalu terlupa. Hari ini dapat juga buat walau pun dalam adunan yang kecil. 

Kebetulan kat rumah nih pun tak buat apa-apa..daripada membongkang baiklah kita baking-baking yer takkk..resepinya i ada buat penambahan dan penolakan dalam sukatan..biasa laa kannn..hihihi..jom tengok..








BUTTER COOKIES
Sumber : Sassy Haven  & Victoria Bakes

Bahan-bahan..
80 gm mentega GOLDEN CHURN
50 gm gula kastor
1 kuning telur
1/2 sdk perasa vanila
150 gm tepung kek*
1 sdb susu tepung* - *satukan dan ayakkan
1 putih telur
Gula merah kasar

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega dan gula kastor, pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan perasa vanila dan pukul lagi biar sebati.
3. Masukkan adunan tepung, pukul dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Uli bulat supaya sebati dan menjadi doh.
5. Masukkan dalam plastik lutsinar, gelek doh sehingga menjadi kurang lebih ketebalannya 5 mm dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Keluarkan doh. Tekap dengan acuan yang sesuai. Susun atas loyang dan buat sehingga habis.
7. Sapukan telur putih atas bahagian biskut dan taburkan gula merah kasar.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 15-18 minit.
9. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota :
- Boleh juga tambah setitis pewarna kuning jika suka.
- Sejukkan semula jika doh menjadi lembut.
- Adunan ini menghasilkan lebih kurang 23 keping biskut.






5 comments:

  1. MashaAllah...nampak sgt sedap cookies ni nyum nyummmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Ina..
      Memang sedap..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kak, mcmne rupa acuan cookies ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruzy mungkin boleh google ya..ada org jual online..

      Delete