Neno neno nenooo..virallllll gilerrr yuuuu sekarang nih Jeruk Mangga Asam Boi!! Kalau kat FB tu newsfeed penuhh dengan jeruk pelbagai buah yang macem macem nihh..haiiizzz sakit pipi-pipi i tau..
Kita sebenarnya memang tak suka makan masam-masam nih walaupun masa preggy..issshh idak ler teman nak ngunyah masam-masam tu..tapi dek kerana tak tahan tengok u all buat dan dalam masa yang sama suami kita memang suka jeruk. Kalau kita kemana-mana dan jumpa stall yang jual jeruk-jeruk nih memang akan beli.
Ok..resepi pulak dan berlambak-lambak macam kat pasar tani dah kat sekitar FB dan blogger-blogger nih..sambar jer mana-mana. I pulak pening tak tahu nak sambar yang mana. Akhirnya i buat ikut sukatan sendiri aje..gasakk!!
yang nih x sempat 2 jam pun kita dah keluarkan..pastu kita goncang-goncangkan gula pun tak larut lagi hahahha..
Bahan-bahan..
3 biji mangga muda sederhana besar - buang kulit - cuci bersih - hiris nipis - toskan air
3/4 cawan gula
1/4 sdk garam
4 biji cili api merah*
4 biji cili api hijau* - *hiris halus
15 biji asam boi putih
Cara-caranya..
1. Dalam mangkok besar, satukan kesemua bahan-bahan diatas dan gaul bagi sebati.
2. Masukkan dalam balang yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
dalam bekas ini 250 gram hanya RM5.00 sahaja..