Followers

Thursday 18 September 2014

SALTED CARAMEL CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Fuhhhh!! masih lagi dengan permintaan dari Awin dan kek telah dibuat oleh Awin sendiri sambil-sambil dibantu oleh mama. Alhamdulillah.

Rupa-rupanya lama dah Awin nak buat kek nih, tapi asyik tertangguh aje. Setelah Awin suarakan pada i, i kata ok dan terus mencari-cari resepi sebagai rujukan DISINI. Kepada yang mahu mengikut resepi asal, sila klik link tersebut ya. I ada buat banyak pertukaran disini mengikut keadaan, kesesuaian dan keperluan yang ada.

Dannn..
Hasilnya sangat memberangsangkan. Awin kata kalau dah makan tak boleh nak berkata-kata sebab terlalu sheedapppp..hehehhe... Apa-apa pun sangat-sangat syukur Alhamdulillah. Kepada yang ingin mencuba dipersilakan tanpa paksaan.










Bahan-bahan kek..
250 gm mentega - suhu bilik
300 gm gula kastor
100 gm gula perang
3 biji telur
1 sdk perasa vanilla
70 gm serbuk koko
230 gm air panas
230 gm sour cream
360 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak

Cara-cara kek..
1. Dalam mangkuk sederhana yang lain, satukan serbuk koko, air panas dan sour cream, gaul sebati dan ketepikan biarkan sejuk.
2. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega, gula kastor dan gula perang bersama selama 5 minit.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul lagi dalam 5 minit.
4. Masukkan bergilir-gilir adunan tepung dengan adunan serbuk koko dan diakhiri dengan adunan tepung. Pukul sebati dengan kelajuan paling perlahan.
5. Sediakan 4 loyang bersaiz 8 inci, lapik kertas minyak dan oleskan mentega.
6. Tuang adunan kek sebanyak 400 gram untuk setiap loyang.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan dan sejukkan atas redai sebelum dikeluarkan dari loyang.

Bahan-bahan salted caramel..
300 gm UHT whipping cream
2 sdk garam laut
120 gm air
400 gm gula kastor
80 gm corn syrup
120 gm sour cream

Cara-caranya salted caramel..
1. Panaskan uht whipping cream dan garam laut dalam pan. Cukup sekadar panas, bukan mendidih.
2. Dalam pan sederhana yang lain, satukan air, gula kastor dan corn syrup. Kacau sehingga mendidih dengan api yang besar sehingga menjadi warna keperang-perangan yang pudar. Hati-hati jangan sampai menjadi warna perang yang pekat, ia akan menjadi pahit.
3. Setelah perang, tutup api dan dengan perlahan dan sedikit-sedikit masukkan adunan uht whipping cream dan gaul sebati. Hati-hati kerana ianya akan meletus-letus.
4. Akhir sekali masukkan sour cream dan gaul sebati.
5. Bahagikan salted caramel ini kepada 2 bahagian.

Bahan-bahan caramel ganache cream frosting..
300 gm uht whipping cream
20 gm corn syrup
600 gm coklat compound - potong halus
2 sdb mentega
300 gm fresh cream - pukul kental

Cara-cara caramel ganache frosting..
1. Sediakan coklat compound yang telah dipotong halus dalam bekas aluminium sederhana besar.
2. Panaskan uht whipping cream dan corn syrup dalam pan sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
3. Tuang adunan uht whipping cream dalam bekas coklat compound dan gaul sehingga coklat mencair.
4. Dengan pantas tuang separuh bahagian salted caramel tadi dan mentega dan gaul lagi sehingga kesemua bahan sebati.
5. Ketepikan caramel ganache 2 cawan untuk dekorasi lelehan pada kek nanti.
6. Baki caramel ganache dicampurkan bersama 'freshcream' yang telah dipukul kental dan pukul lagi sehingga adunan keseluruhannya sebati dan rata.
7. Masukkan caramel ganache cream didalam piping bag.

Cara-cara penyediaan kek..
1. Sediakan papan kek bersaiz 10 inci.


2. Letakkan sekeping kek diatas papan kek dan tuang 1/4 cawan salted caramel, ratakan pada keseluruhan kek.


3. Pipe kan caramel ganache frosting secara bulatan dari tepi kek sehingga ke tengah kek. Ratakan dengan menggunakan spatula.

4. Tabur sedikit dengan garam laut. Yang ini i guna garam laut halus.
5. Tindihkan kek kepingan kedua dan ulangi langkah-langkah nombor 2 sehingga nombor 4.
6. Setelah selesai dengan kek yang ke 4, sapu nipis caramel ganache cream frosting pada keseluruhan kek dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga krim mengeras.
7. Keluarkan kek dari peti sejuk, masukkan krim kedalam piping bag dan pipe kan pada keseluruhan kek dan lepa sehingga licin. Kemudian sejukkan semula dalam peti sejuk sehingga krim mengeras.
8. Panaskan baki ganache tadi didalam mikrowave untuk beberapa saat.
9. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang caramel ganache di tengah-tengah atas kek dan ratakan ganache supaya ganache melelh ke bawah kek dan hiaslah mengikut kreativiti kalian.




2 comments: