Followers

Tuesday, 23 September 2014

SALMON MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..
Kebiasaannya Salmon memang menjadi bahan basah untuk kami sekeluarga. Salmon nih banyak jenis gred. Jika kita intai-intai di Aeon terutamanya, kita akan dapat lihat berbagai harga mengikut gred pilihan. Sudah tentu gred yang paling bagus adalah mahal harganya.

Bagi kami, kami hanya pilih gred yang sederhana atau yang paling rendah mengikut kesegaran pak salmon tersebut. Kali ini masak lemak cili api menjadi pilihan kami, kebetulan memang sudah lama sangat tak masak lemak.

Dan..
Mungkin masak lemak cili api kami berbeza dengan kalian. Kami suka menggunakan bunga kantan dan daun kesom sebagai penganti daun kunyit. Menu ini sebenarnya diajar oleh suami. Setiap kali suami memasak ada sahaja perubahan yang dibuat dan memang sedap pada selera kami sekeluarga. Cuba la jika mahu.



Bahan-bahan..
4 keping ikan salmon - cuci bersih
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
7 biji cili api hijau*
7 biji cili api merah* - *kisar halus
1 batang serai - diketuk
2 kotak santan KARA
2 cawan air
1 batang bunga kantan - belah dua
2 keping asam gelugor
Garam dan perasa
1 batang terung - saiz sederhana - potong kasar
6 biji tomato ceri
1 genggam daun kesom

Cara-caranya..
1. Dalam periuk sederhana, satukan bahan-bahan yang dikisar bersama serai, santan dan air. Masak sehingga mendidih.
2. Tambahkan ikan salmon, bunga kantan, asam gelugor, garam dan perasakan. Renehkan sehingga mendidih sekali lagi.
3. Masukkan terung, tomato ceri dan daun kesom, reneh lagi dengan api yang kecil sehingga terung empuk.
4. Tambahkan perasa jika kurang.


No comments:

Post a Comment