Followers

Tuesday 9 September 2014

RED VELVET CUPPIES

Assalamualaikum..
Bagi i sekarang nih dah larut malam untuk i buat entry tambahan lagi, tapi esok pula sudah berada diluar kawasan liputan. jadi ada takde malam nih juga harus diselesaikan kesemuanya. Kalau tidak memang berkuburlah jawabnya.

Alhamdulillah atas permintaan tempahan, dapat juga i laksanakan tempahan ini dengan bantuan Awin. Jika Awin takde memang tak ambil la tempahannn. Terima kasih Awinn..









Bahan-bahan..
100 gm mentega
220 gm gula kastor
2 biji telur
25 gm serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *satukan dan ayak
40 gm pewarna merah
240 gm buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sdb cuka + 1 sdb jus lemon - perapkan 20 minit
1 sdk esen vanilla
270 gm tepung superfine - ayakkan
1 sdk baking soda
1 sdb cuka

Cara-caranya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul lagi sehingga berkrim.
3. Dalam mangkuk lain, satukan serbuk koko, nescafe dan pewarna, gaul sehingga menjadi pes pekat.
4. Masukkan adunan koko tadi ke dalam adunan telur dan pukul sebati.
5. Tuang buttermilk dan esen vanilla, pukul lagi biar rata.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan palaing perlahan sehingga rata sahaja.
7. Dalam mangkuk kecil, satukan baking soda dan cuka, kacau sehingga buihnya menghilang dan terus tuang secepatnya kedalam adunan dan pukul dengan kelajuan perlahan selama beberapa saat.
8. Sediakan papercup dan susun atas loyang. Skopkan dengan sjop aiskrim.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
10. Sejukkan atas redai.

Bahan-bahan cream cheese..
500 gm cream cheese
100 gm butter
1 sdk jus lemon
80 gm gula aising - ayakkan
200 gm fresh cream - pukul sehingga kental

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul cream cheese dengan butter sehingga sebati.
2. Masukkan jus lemon dan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan freshcream yang telah dipukul sehingga kental, pukul agar kedua-dua bahan sebati dan rata. Siap untuk digunakan.
4. Hiaslah ikut kreativiti masing-masing.







10 comments:

  1. nampak sedap..cream cheese tu ade jual kat kedai kek x..selalu cari tak jumpe..mungkin saya x pandai cari kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis ekin..
      cream cheese tu kat pasaraya pun ada jual ya..cuba tgk jenama phillidelphia atau tartura tapi lebih bagus yg philly tu ya..

      Delete
  2. awk boley ari kat kedai kek..atau pasaraya besar..sis ekinnuar..sy memang favorite red velvet cuppies ni...

    ReplyDelete
  3. Salam.. terpikat sungguh saya dengan resepi kek ni. Cadang nak buat untuk door gift anak saudara yg bakal kawen awal tahun depan. Jemputan cuma 300 org aje. Berapa awal saya boleh menyediakan kek velvet in the jar... saya takut kek rosak sebelum waktunya... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..
      utk cake in jar bole dibuat 3 hari sebelum ya..n frosting bule diisi sehari sebelum..

      Delete
  4. Kepada yg empunya Juicy Cafe.. sis ingin ucapkan terima kasih atas info yg diberikan on cake in jar dengan ikhlas sekali. Alhamdulilah kenduri ari tu dapatlah buat sedikit untuk saudara mara terdekat. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah sis dan sama2 kembali.

      Delete