Followers

Wednesday, 10 December 2014

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..
Hari ini masih lagi dengan lauk pauk kampung bersama nangka muda pemberian mak tempoh hari. Ingat nak buat masak lemak pisang..sekali tengok pisang dah masak pula. Takpe..lain kali pula ya.

Nangka muda masak lemak cili api ini juga pertama kali i masak seumur hidup. Resepi i dapat dari rumah Encik Adnan Ibrahim. Terima kasih Encik. Saya kongsikan disini pula ya. 

Cuma i kurangkan sukatan setiap bahan..yang makan dirumah ini hanya 3 orang sahaja jadi tak boleh lah nak masak banyak-banyak kann..nanti membazir pula. Juga i tokok tambah..kurangkan lebihkan mengikut keperluan.




Bahan-bahan..
700 gm nangka muda - buang kulit - potong besar - cuci bersih - rebus sehingga empuk - toskan
5 ketul ikan kurau masin
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
20 biji cili api hijau*
10 biji cili api merah*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1 inci belacan - dibakar* - *kisar halus
2 batang serai - diketuk
400 gm santan KARA
500 gm air
2 helai daun kunyit - disimpul
1 keping asam gelugor
2 sdk garam
1 sdk perasa
1 sdb gula

Cara-caranya..
1. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama ikan masin, bahan-bahan kisar halus, serai, santan dan air. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan daun kunyit, asam gelugor, garam, perasa dan gula. Gaul lagi dan renehkan dalam 10 minit atau sehingga nangka muda benar-benar empuk.
3. Siap dihidangkan.


No comments:

Post a Comment