Followers

Friday, 20 April 2012

RICH NEW YORK CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUMM SAHABAT2..
makkkkk oooiiiii sedapnyyeerrr kek nihhh..bukan la nak naik lift tekan sendiri kann hahhahaha tapi memang kek nih sedapp sesangat..hasil dari AWIN, i bagi markah penuh..nak cerita laa..kat rumah nih i dengan awin, memang peminat tegar "cheesecake"..huhuhu memang tak boleh nak di nafikan dan tak boleh dipisahkannn..betapa syiiookkknyaaa..hari ini awin buat cheesecake lagi..kali nih cheesecake yang popular jugak di secret recipe..i pernah makan sekali..lepas nih tak perlu beli lagi..buat aja yaa hehehe..resepi i amek dari buku "FANTASTIC CHEESECAKE" dari chef terkenal "CHEF ALEX GOH"..i selalu mencuba resepi2 dari beliau, sume resepinya memang menjadi..tapi kepada sahabat2 yang ingin mencuba cheesecake nih, i nasihatkan tarik nafas panjang2 yaa bila tengok sukatan cream cheese nya hehehhe..u all jangan sesakk nafas sudah, kalu tesesak jugak suruh laa orang rumah kasik bantuan pernafasan yaaa hikhikhik..jom tengok..


sedappppp sesangattttttt..


memang tak sabar nak tunggu sampai esokkkk..


ehem ehemm..jom..i nak potong duluuuu..

Bahan2 based..
200 gm biskut marie - kisar halus*
80 gm butter - cairkan* - *gaul sebati

Bahan2 cheese..
750 gm cream cheese
130 gm gula castor
30 gm tepung gandum - ayakkan
1/2 sdb esen vanilla
1 biji lemon - sagat dan ambil kulitnya
2 sdb jus lemon
2 biji telur
1 kuning telur
150 gm sour cream

Cara2nya..
1. Tuang adunan biskut dalam loyang springfoam saiz 8 inci, tekan2 biar rata dan sejukkan dalam peti sejuk.
2. Dalam mixer dengan kelajuan sederhana, pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati.
3. Tambahkan tepung gandum, esen vanilla, kulit lemon dan jus lemon, pukul lagi sehingga semua bahan sebati dan mesra.
4. Masukkan telur sedikit2 sambil terus pukul di ikuti dengan sour cream dan pukul terus sehingga rata.
5. Tuang adunan cheese dalam loyang biskut tadi dan ratakan.
6. Bakar secara "water bath" dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 70 minit.
7. Buang air dalam oven dan sejukkan cheesecake dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 1 jam.
8. Keluarkan kek, kikis tepi2 loyang kek dengan spatula, biarkan sejuk di luar sebentar, tutup permukaan loyang baru disejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
9. Keluarkan kek dari loyang, letak kek di atas papan kek dan hias dengan sedikit buttercream di atasnya bersama daun pudina dan kulit lemon.
10. Siap di hidangkan.

Bahan2 buttercream..(pukul sebati)
200 gm krimwell
50 gm gula aising - ayakkan
1/2 sdk jus lemon


ikuti cara2 nombor 1..


cara2 nombor 2, 3 dan 4..


nombor 5..


nombor 6..


nombor 7..


dah siap potonggg..


resepi asal dari buku ini..


ini laa CHEF ALEX GOH..thanks cheff for sharing the recipe..


MENGENALI CHEF ALEX GOH

Alex Goh telah menceburi industri pembuatan kek sejak 20 tahun yang lalu khususnya dalam membuat pastri Cina dan Barat.
Beliau membuat keputusan untuk berkecimpung dalam kerjaya pembuatan kek setelah dipengaruhi oleh abangnya yang telah menceburi bidang ini.
Alex Goh bermula sebagai seorang pelatih membuat kek dan lama kelamaan minat beliau semakin bertambah.
Atas ketekunan dan kegigihan beliau, Alex Goh dinaikkan pangkat menjadi chef pastri dalam masa yang begitu singkat.
Pada tahun 1983/1984, beliau berkhidmat sebagai chef pastri untuk Equatorial Hotel, Carnation Cake House dan Madeleine Bakery Cafe.
Tahun 1985 merupa titik perubahan yang penting dalam kerjaya beliau.
Alex mula mengadakan kelas mengajar memasak walaupun tanpa perancangan terperinci selama 15 tahun. Beliau juga sering mengadakan pelbagai lawatan mendemonstrasi cara-cara pembuatan kek di merata-dunia. Lebih 2000 orang telah menghadiri kelas beliau.
Selain mangajar, Alex Goh sentiasa melengkapi diri dengan mempelajari dan memperbaharui kemahiran membuat kek dan pastri dari negara-negara lain.
Pada tahun 1993, beliau telah memenangi pertandingan mencipta resepi kek yang dianjurkan oleh Syarikat Hero Company of Switzerland.
Pada masa yang sama, beliau juga pernah dijemput oleh syarikat NESTLE dan beberapa stesen radio untuk membuat demonstrasi pembuatan kek dalam beberapa program masakan.
Kini, walaupun beliau lebih berkhidmat penasihat profesional bebas kepada beberapa syarikat besar, beliau masih mengadakan kelas membuat kek, ini adalah kerana minat yang mendalam untuk bertukar pendapat dan pengalaman tentang apa yang telah dipelajari dengan peminat-peminat membuat kek serta pastri tetap di sanubarinya.

34 comments:

  1. phewwww... kadang2 bila nak buat CC pk banyak kali betul... sampai ke 750 g, aduhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol sis..sbb tu dinamakan richhh heheh..tp mmg x dnafikan mmg sedapp..

      Delete
  2. cane sis terbalikkan cis kek nie ek? x pecah ke kek dia bila sis terbalikkan dr loyang? thanks sis..

    ReplyDelete
  3. Salam..nk tanya, kne letak air ke dalam balutan aluminium tu? Mst kne letak air ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis farahin..
      cara ini dipanggil kaedah waterbath, mesti letak air di dalam loyang lain..kemudian br letak loyang yg berisi kek td..loyang berisi kek itu adalah loyang yg berlubang dibawah dimana tapaknya bule dibuka..jd kerana itulah loyang kek itu mesti dibalut dgn aluminium foil supaya air didalam loyang satu lg itu tdk masuk ke loyang kek..bukan letak air dlm balutan aluminium ya..tp diluar balutan aliminium..

      Delete
  4. Pkai air pns atau air biase?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kek yg dibakar secara waterbath mesti guna air panas..

      Delete
  5. salam nk tye,
    brand pe yg dpkai tuk cream cheese n sour cream?sy bru nk try wt xtaula jd ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..
      i gunakan jenama philly n sour cream apa2 jenis yg ada dipasaran..

      Delete
    2. Philly 2 philadephia ke?

      Delete
  6. salam nk tye,
    klu pkai loyng springfoam wne htm suhu kne krngkn or x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..
      betul..jika loyang warna hitam kurangkan suhu..

      Delete
  7. Maaf byk sgt tye..cmne nk tau kek dh masak atau blum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 70 minit tu kalu ikut my oven dah ok..tp x bule mkn masa tu..kena simpan dlm peti kurang2 5 jam br bule potong ya..

      Delete
  8. Slm kak juicy,
    Nk tye loyng 2 xprlu digris atau dialas krts myk ke?
    Lg 1 sy pkai cheese brand tatura leh ke?
    Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis ana..
      Utk loyang x perlu lapik apa2 ya sbb dh ada based biskut tu..dan bule juga guna tartura..

      Delete
  9. Salam kak juicy,
    Nk tye,mne nk dptkn buku resepi chef alex goh ni ye?

    ReplyDelete
  10. wowww..impressive!! tp sy wondering..mcm mana nk angkat cheesecake yg ada tapak bawah tu tanpa pecahkan cake ye...sy buat slalu bawahnye retak dan bederai :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis puspawangi..
      gunakan loyang springfoam..dan masa u sudah keluarkan kek dr loyang gunakan spatula yg lebar atau scrapping lebar utk alihkan kek dr dasar loyang ke papan kek ya..

      Delete
  11. sedap2 tk sabo nk tgg esok. kek saya tgh dlm oven ni. emmm

    ReplyDelete
  12. salam..sya dh pernh bt ikut resepi sis ni..nnn..mmg superb..insyaAllh esok nk bt lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt..
      alamakk..kite pulak terliur! hahahah..

      Delete
  13. Kalau nak buat 1/2 adunan, bahan2nya bahagi 2 ke?

    ReplyDelete
  14. kalau adunan ni bleh muat untuk loyang 22cm tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22 cm = 8.5" boleh cuma rendah sikit..

      Delete
  15. Salam... Sis juicy, akak mcmana nk dptkn gebu cream cheese bila dipukul, brp lama utk dptkn gebu mcm sis buat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..

      Pukul gebu tiada had masa..hanya ikut pada mixer kita ya..yg penting pastikan seperti gambar diatas.

      Delete
  16. Salam... Sis juicy, akak mcmana nk dptkn gebu cream cheese bila dipukul, brp lama utk dptkn gebu mcm sis buat tu....

    ReplyDelete