Followers

Saturday 31 March 2012

BANANA CAKE

ASSALAMUALAIKUMM..
Dan selamat pagi..wahhh dari awal pagi2 tadi memang dah hujann..sampai sekarang dah jam 8 pagi pun masih hujann..hujan2 macam nih kalau tidurr memangg nyenyakk..dah la hujan..gelap pulak tuu..sekali tengok en. suami ku masih tidur lagi..agaknya x sedap apa la tu kann..tak pe la kan..kasik 'can' en. suami tidor..lagipun nih kan hari sabtu..ok..kita cerita tentang kek pulak..yang nih lagi satu resepi dari chef peter lim..menggunakan marjerin daisy..wah wah wahh..promot nampakkk hehehhe..xde laa..tapi sedap jugak guna marjerin nih..tak caya sudahh..pastu kek nih makan selepas sehari buat..lagi sedapp..x caya jugakk..x caya..cuba terai test hehehhe..


memang sedappp..


alamakk gunung berapi pulakk..


nak sedap lagi simpan kek nih semalaman baru makan..

Bahan2..
230 gm pisang berangan*
1 sdk esen vanilla*
1 sdk perasa pisang* - *satukan - lecek lumat - simpan dalam fridge 1 jam
335 gm tepung superfine**
1/2 sdk garam halus**
1/2 sdk baking powder**
1 sdk baking soda** - **satukan dan ayak
265 gm telur
60 gm susu segar
320 gm gula castor
17 gm ovallete
215 gm marjerin daisy@minyak - cairkan

Cara2nya..
1. Dalam mixer dengan kelajuan perlahan, pukul telur, susu segar dan gula castor sehingga sebati.
2. Masukkan adunan tepung sedikit2 sambil terus pukul.
3. Tambahkan ovallete, naik kelajuan pada tahap yang laju, pukul sehingga naik 2 kali ganda.
4. Masukkan pisang yang telah di lecek dan pukul dengan kelajuan sederhana.
5. Masih kelajuan sederhana, tuang marjerin cair atau minyak dan pukul sehingga sebati sahaja.
6. Tuang dalam loyang yang di rasakan sesuai.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai. Siap di hidangkan.


i guna bekas nih untuk bakar..


loyang nih pun bole digunakan..lapik dengan kertas minyak dulu yaa..kurangkan masa pembakaran kalu menggunakan loyang berwarna hitam..

4 comments:

  1. Salam Shu..terima kasih share resepi..x sabo nk try..terbau2 wangi kek pisang! Shu punya tu nmpk sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis ummiaisyah..
      same2 siss..uurrmmm mmg x dinafikan kek nih mmg sedap siss..

      Delete
  2. Assallamualaikum sis..
    Ermm mmg nampak sedap kek pisang ni. Naz suka kek2 pisang ni. Cam terbau2 jer keharuman kek sis ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      sbnrnya kan..errmmm mmg sedap tau kek pisang nih sis..x rugi kalu mencubaa..

      Delete