Followers

Sunday 11 March 2012

ROTI BLUEBERRY

Assalamualaikumm sahabat2 semuaa..
Hari ini hari yang sangat sibukk..lepas subuh2 pagi tadi kan i terus bersiap2 menuju ke pontian..rumah pengantin pihak lelaki..untuk hantar kek..dah la memang xtau jalan..i bawak sloooooowwww aje..yerla takut terlepas pulak kann..pastu bawak kek lagi, mana boleh laju2, kang x pasal2 kek terbalik..alhamdulillah kami sampai dengan selamat dan langsung x sesatt..jalannya pun senang ajee..dari rumah i masuk kiri masuk kanan masuk kiri teruuusssssss ajee pehtu masuk kiri pehtu masuk kanan..dahh sampaii..haaa senangkann..itu pun mase sampai rumah pengantin tadi, patung atas kek tu dah senget sikit huhuhu..nasib boleh ejas2..balik dari rumah pengantin i jenjalan kat "black water" hehehehe..sempat lagi tu..dah penat jenjalan i terus balik rumah..tetamu datang pulak..alhamdulillahh..sempat la i masak "speghetti" untuk tetamu yang datang..dan akhir sekali i buat roti blueberry nih untuk tetamu yang datang bermalam rumah i..iaitu kakak i dan makcik i..jom kite tengok rotinya macamane..


abang ipar n makcik i kata.."nih kek ke roti" heheheh..


cuba laa..


memangg lembutt..

Bahan2..
200 gm air
500 gm tepung protin tinggi
50 gm susu tepung
130 gm gula castor
22 gm yis kering
5 gm bread improver
5 gm bread softener
2 biji telur
100 gm butter
Inti blueberry secukupnya

Cara2nya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Masukkan bahan2 mengikut urutan bahan dalam loyang breadmaker.
2. Tekan "setting dough" mengikut breadmaker masing2 dan tunggu sehingga siap.
3. Keluarkan adunan, uli dan tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Ambil doh sebanyak 100 gm, bulat2kan, letak dalam loyang yang sesuai dan yang telah di sapu dengan sedikit butter, buat sehingga habis.
5. Biarkan doh naik sekali ganda, sapu dengan sedikit putih telur, paipkan inti blueberry di atas roti.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 170C dengan api bawah sahaja, pasang kipas oven kalau ada selama 30 minit atau sehingga masak.
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
8. Siap di hidangkan waktu petang.

KAEDAH BIASA
1. Putar semua bahan2 kecuali butter selama 15 minit, baru masukkan butter dan putar lagi selama 15 minit.
2. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda.
3. Uli doh dan tumbuk2kan bagi mengeluarkan angin.
4. Terus ikuti cara2 breadmaker dari nombor 4 sehingga nombor 7.


cuteeeeeee sangattt..nih anak buah ii..


assalamualaikumm aunty2 kat luar sanaa..arini adik happy sangat sebab rumah adik ramai kawann..


suasana kat rumah pengantin tadi..i macam orang jakun x pernah nampak hutan hahahhaha..


tengok laa cendawan hutan nih..cutee kan hehehe..


i suke dengan cendawan nih..

No comments:

Post a Comment