Followers

Sunday 15 June 2014

MASAK NASI DALAM MICROWAVE

Assalamualaikum..
Petang tadi, saja la i post status tentang masak nasi dalam microwave nih..tak sangka pula ramai juga yang ingin tahu. I ingat i sorang yang jakun hahahha..rupanya orang lain pun sama jugak kihkihkih..jangan marahh naaaa..

Ramai yang bertanya bagaimana nak masak dalam microwave, jadi dibawah ini i tunjukkan serba sedikit ya. Tips ini telah diajar oleh adik i Shadila semasa i berkunjung rumah beliau tahun lepas..makaceh Noiiiii.. Jom tengok..




jimatt nasi..tiada kerak..tahan lama..


1. Ini namanya beras..hihi..kebetulan tadi memang nak masak nasi. I masak 2 pot. Isikan beras dalam bekas tahan selamat untuk microwave, Boleh lihat dibelakang bekas. I guna mana yang ada jer kat rumah.


2. Cuci bersih dan sukat seperti biasa, cumanya tambah air sedikit lebih supaya tak kering kontang..tapi kalau korang suka kering kontang gasak la kan hihi..masak NASI LEMAK pun i guna microwave jugak..


3. Masukkan dalam microwave dan tekan 20 minit. Tidak ada setting apa-apa, cuma tekan minit sahaja. kalau i masak 4 pot pun i gunakan masa 20 minit. Alaaa kalau tak cukup masak tambahlah masa lagi..


4. Minit dah berjalan, nampak cahaya dalam microwave tu..haaa jap lagi siap laa tu..microwave i nih dah lama..berkurun dah..sebab tu nampak buruk kikikiki..15 tahun dah usia microwave nih uuu..anak-anak pun dah besorr hahahha..


5. Dah siap masak..boleh la digaul-gaulkan jika suka..




6. Bekas seperti ini juga boleh diguna, beli kat Aeon RM18.00 sahaja.

4 comments:

  1. terima kasihhh.... baru tahu jugak..pun jakun ni..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita sis hihi..i mmg jakun kikiki..

      Delete
  2. cara akak lain sikit...the first 15 minutes tu akak masak biar terbuka mangkuk nasi tu cam kt atas tp 5 min terakhir akak tutup dgn penutup bekas nasi tu..bila masak mmg kembang cantik butir beras so xyah dah tambah air masa nk masak tu..semua jenis nasi akak belasah guna mikrowave..nasi beriani ke arab ke..semua cantik kejadiannye..hehe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo x sama ya kak..hihi..kita x perlu tmbh2 air lg sbb dh tau sukatan..terus tunggu siap..
      Wahhh! Nasi beriani pun join jugak..x pernah cuba lg..1 hr nk cuba nasi beriani pulak kan hihi..

      Delete