Followers

Monday 9 June 2014

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Assalamualaikum semua..
Lama sungguh seru nak sampai untuk i membuat Hokkaido Chiffon Cupcakes nih. Rasanya dah bertahun resepi nih popular kan. Akhirnya hari ini kebetulan Awin ingin membawa balik sesuatu buat sahabat-sahabatnya di hostel jadi i cadangkan Hokkaido Chiffon.

Alhamdulillah..berjaya juga walaupun seru yang mengambil masa bertahun hihihi. Tadi semasa Awin nak balik, tak dapat nak bawa sebab tangan dah penuh dengan barang-barang yang lain. Esok baru i poskan melalui Ta-q-bin. Insyaallah. Terima kasih kepada TUAN PUNYA BLOG atas perkongsian resepi ini.








Bahan-bahan..
3 kuning telur
20 gm gula kastor
35 gm minyak jagung
60 gm susu segar
70 gm tepung kek - ayakkan
3 putih telur
25 gm gula kastor
30 gm snow sugar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana besar satukan kuning telur dan gula kastor, pukul dengan 'whisk' sehingga adunan bertukar menjadi sedikit warna krim.


2. Tambahkan minyak, pukul lagi diikuti dengan tambahan susu segar dan pukul lagi.

3. Tambahkan tepung kek dan gaul sehingga sebati. Jika berbiji-biji boleh gunakan 'hand mixer' dengan kelajuan perlahan. Jangan lama cukup sekadar hilang adunan yang berbiji. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk mixer pula, masukkan putih telur, pukul sehingga berbuih, tambahkan gula kastor dan terus pukul dengan kelajuan paling tinggi sehingga adunan menjadi kental.
5. Masukkan adunan putih telur kedalam adunan tepung, kaup balik sebati. Jika kurang rata boleh gunakan mixer dengan kelajuan perlahan.


6. Sediakan papercup, skopkan adunan dalam papercup sehingga 3/4 penuh. Adunan ini menghasilkan 9-12 biji mengikut papercup yang digunakan.

7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 25 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.


8. Keluarkan dan sejukkan atas redai.

9. Masukkan adunan kastad (resepi dibawah) dalam piping bag bersama nozel berlubang kecil, paipkan dalam cupcakes mengikut kepenuhan yang diingini.
10. Ayakkan snow sugar dan hiaslah mengikut kreativiti kalian.

Bahan-bahan kastad..
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung jagung
4 sdb gula kastor
200 gm susu segar
1 biji telur
1 sdk perasa vanilla
1/2 sdk pewarna kuning
1 sdb mentega

Cara-caranya..
1. Dalam bekas pengisar, satukan kesemua bahan-bahan kecuali mentega, kisar sehingga halus. Tapiskan dalam periuk kecil dan masak atas api kecil sehingga pekat.
2. Tutupkan api dan tambahakan mentega dan gaul sebati. Sejukkan sebentar.



No comments:

Post a Comment