Followers

Showing posts with label CREAMLESS CAKE. Show all posts
Showing posts with label CREAMLESS CAKE. Show all posts

Thursday, 8 August 2013

TEMPAHAN TERAKHIR UNTUK RAMADHAN

Assalamualaikum..
Berakhirlah tempahan-tempahan untuk Ramadhan dan menjelang Syawal.
Salam Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat yang jauh dan dekat dan maaf zahir batin dari kami warga JUICY CAFE & CAKES.


hot cheese chocolate cake..


hot cheese chocolate cake..


marble cake..


orange mascarpone cheesecake..


chocolate moist cake..


orange mascarpone cheesecake..


red velvet cuppies..


hot cheese chocolate cake..


red velvet in jar..


packing..

Thursday, 13 June 2013

OMBRE CAKE & MACADAMIA CREAMLESS CAKE

Assalam semua..
Sihat? Alhamdulillah sihat, i pun sihat juga. Lama bercuti sejak cuti persekolahan yang lepas kini kembali dengan tempahan yang telah ditempah 3 bulan yang lepas.

Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan telah di ambil oleh agen penghantaran TA-Q-BIN dan InsyaAllah akan samapi ke pelanggan esok pagi mengikut masa yang telah ditetapkan.

Terima kasih dari Juicy Cafe & Cakes kepada Cik Khairunnisa dari Kg. Melayu Majidee atas kepercayaan beliau terhadap kami, diharapkan berpuashati dan mohon maaf juga jika ada yang terkurang.

Kek yang ditempah adalah 'butter pink ombre cake with fondant' dan 'macadamia orange creamless cake', design untuk ombre cake telah dipilih oleh pelanggan untuk hidangan beliau sekeluarga. Jom lihat..






macadamia orange creamless cake..

Sunday, 12 May 2013

TAPAI CRANBERRY CAKE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT-SAHABATKU..
Semua sihat ke? Harap semuanya sihat ya, lamanyaaaa i tak ke udara, memang sibuat sangat sejak Awin takde nih, yerla semua kerja i kena buat, dengan tanggungjawab untuk keluarga lagi..dengan tanggungjawab untuk pelanggan lagi, mana tak terkejar-kejar dibuatnya, itupun masih lagi ada yang tertunggak munggak..apa-apa pun sebagai pembantu ketua keluarga kena la buat sebaik mungkin ikut mana yang mampu kan kan kan..hihi..

Ok la..i nak beritahu pasal kek nih..
FUULAAMAAKKKKKK!! nama kek memang 'omputeh' habis..yang nama awal tu jer yang very the kampung hahaha, kampung tak kampung laaa, sekali masuk mulut tak berkelip-kelip mata mengunyahnya..jangan tak percaya, memang wajib mencubanya dan sesuai sangat bagi mereka-mereka yang memang peminat tapai, sekali dah makan memang tak boleh berhenti, lagi-lagi kalau u all makan masa suam-suam atau panas-panas.., pastu masa u all bakar kek nih, satu rumah berbau wanggggiiiiiii jer tau..jiran dua tiga langkah rumah pun boleh hidu tauu..hahahha yeke?? agak-agak la kannn..

Resepi i perolehi dari sahabat FB yang berasal dari Bandar Lampung, Indonesia iaitu mbak WINDA FRAMESWARI dan terima kasih juga kepada PAK SAHAK PRIBADI - "makasih win atas perkongsian resepnya, emang lembut banget win, kelu lidah aq memakannya win xixixi, moga win terus dilimpahi rejeki yah". Kepada sahabat-sahabat jom kita lihat resepinya.






memang gebu dan lembut..


Bahan-bahan..
10 telur kuning
6 putih telur
250 gm gula kastor
1 sdb ovallete
250 gm tepung gandum*
20 gm tepung jagung*
1 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk baking soda*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak
500 gm tapai ubi kayu - buang serat*
4 sdb susu pekat* - satukan dan gaul sebati sehingga tapai hancur
250 gm butter - dicairkan
50 gm minyak jagung
150 gm cranberry - gaul bersama 1 sdb tepung gandum

Cara-caranya..

1. Satukan telur kuning, telur putih dan ovalette dalam mixer, pukul sehingga kembang berganda dan bertukar warna menjadi putih.


2. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.


3. Masuk pula adunan tapai bersama susu sedikit-sedikit dan pukul lagi sehingga sebati.

4. Masukkan butter yang telah dicairkan bersama minyak jagung dan pukul sehingga rata dan sebati.
5. Akhir sekali masukkan kranberi dan gaul dengan spatula.
6. Tuang dalam 'bundt pan' bersaiz 9 inci yang telah di sapu butter.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40-50 minit.
8. Keluarkan dari oven, sejukkan atas redai.
9. Ayak gula aising diatas kek, siap dihidangkan.

Tuesday, 6 November 2012

MACADAMIA ORANGE

ASSALAMUALAIKUM..
Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang lainnya. Lama rasanya tak masukkan apa-apa entry, kadang-kadang tengok blog pun rasa kesian hihi..yerla kesian sebab takde cerita baru kannn.., tapi hari ini i buat satu entry ringkas, bukan tak mahu celoteh lebih-lebih tapi kerana sedikit kesibukan yang melanda sejak kebelakangan ini..cewahh..sibuk kewwww.


hanya gambar ini yang sempat i ambil..

Resepi ini i adaptasi dari HAPPY FLOUR, cuma i buat penambahan dan pertukaran mengikut kehendak i dan dalam masa yang sama kek ini juga adalah atas permintaan dari pelanggan setiaku, makaseh sree..semoga memenuhi citarasa dan selera sree ya..terima kasih juga kepada blogger HAPPY FLOUR atas perkongsian resepi ini..

Bahan-bahan..
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur A
90 gm oren jus*
1 sdb kulit oren - yang telah disagat*
1/2 sdk oren emulco*
1/2 sdk pewarna oren* - *satukan dan gaul sebati
250 gm tepung gandum**
1 sdk baking powder** - **satukan dan ayak
35 gm macadamia - kisar halus
35 gm macadamia - dibakar
30 gm macadamia - dibakar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul butter bersama gula sehingga kembang dan berkrim.
2. Tambahkan telur sedikit-sedikit dan terus pukul sehingga sebati.
3. Masukkan secara berselang-seli bersama adunan jus, adunan tepung dan macadamia yang dikisar halus, kaupbalik sehingga adunan semuanya rata, jika menggunakan mixer, pukul dengan kelajuan paling rendah hanya beberapa saat.
4. Masuk pula macadamia yang dibakar dan gaul bagi rata.
5. Tuang dalam loyang saiz 8 inci yang telah digris, lapik kertas minyak dan gris sekali lagi dan ratakan adunan dengan menggunakan spatula.
6. Tabur macadamia yang dibakar keatas adunan kek.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 55 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan dari oven, kikis ditepi2 loyang, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai.

Friday, 26 October 2012

PECAN BUTTER CAKE

As-salam sahabat-sahabat semua..
Terdahulu Juicy Cafe & Cakes mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di dunia, semoga semua pengorbanan kita diberkati dan mendapat keredhaan dariNya. Amin.


Waktu sekarang sudah tentu kalian sibuk dengan keluarga dirumah sambil menyediakan juadah-juadah yang enak-enak belaka disampai keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang. Begitu juga dengan i yang sibuk memgemas serta memasak sejak jam 5 pagi tadi, apa-apa pun memang puas hati segala keperluan untuk keluarga tersayang disediakan sendiri.


memang gebu kek nih uuu..

Okke..
Jom kita lihat resepi dibawah, pertama kali membuatnya atas permintaan Sree yang inginkan Pecan Butter Cake ini, Alhamdulillah berjaya membuatnya tanpa percubaan, syukur sangat-sangat.


Resepi i ambil dari rumah BAKING DAIRY dan i gandakan sukatan bahan-bahan menjadi satu adunan, terima kasih kepada tuan punya blog kerana sudi berkongsi resepi.

Bahan-bahan..
250 gm butter - suhu bilik
150 gm gula kastor
4 kuning telur
1 sdk esen vanilla
200 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
30 gm coklat chip
150 gm kacang pecan - cincang kasar - bakar
4 putih telur
25 biji kacang pecan - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul butter dan separuh gula kastor sehingga gebu dan berkrim dengan kelajuan sederhana.
2. Tambahkan kuning telur sedikit-sedikit bersama esen vanilla sambil dipukul terus.
3. Masukkan adunan tepung dan gaul sebati dengan menggunakan spatula atau dengan kelajuan paling rendah jika menggunakan mixer.
4. Tambah pula kacang pecan bakar dan coklat chip, gaul sebati. Ketepikan.
5. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan baki gula kastor tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi sehingga adunan menjadi kental atau bertanduk.
6. Masukkan adunan putih telur sedikit-sedikit kedalam adunan kek dan gaul sehingga kedua-dua adunan sebati dan rata.





7. Tuang adunan kek dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak dan gris sekali lagi.
8. Susun kacang pecan diatas adunan kek ikut kreativiti masing-masing.

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.


10. Keluarkan dari oven, kikis tepi loyang dan terbalikkan kek keatas redai dan biarkan sejuk.


11. Siap dipotong dan dihidangkan.