Followers

Showing posts with label CAKE IN JAR. Show all posts
Showing posts with label CAKE IN JAR. Show all posts

Saturday, 29 November 2014

AMIN..AMIN..AMINN..

Assalamualaikum..
Selesai sudah untuk kesemua tempahan buat minggu ini, Syukur yang tidak terhingga diatas pemberianNYA yang tak pernah putus. 

Terima kasih kepada semua yang mempercayai hasil dari Juicy Cafe, semoga kalian berpuas hati dengan hasilnya. Mohon maaf dari kami jika banyak kekurangan.

Kepada yang ingin mencuba boleh terus Whatsapp kami di talian 016-7614744.




cotton japanese cake..
pos ke Shah Alam.


marble rainbow dan chocolate cake..
pos ke Bandar Saujana Putra..


kek buah pos ke Kuala Lumpur..


roti sarang lebah COD ke Kulaijaya..


kek buah COD ke Singapore..


cake in jar..
salted caramel, red velvet & chocolate moist
COD ke Singapore


mini pavlova juga buat orang Singapore..


marble rainbow..buat orang JB..


brownies cheese untuk orang JB juga..


siap pack..

Terima kasih buat semua yang sudi menempah berulang kali. Mohon maaf jika ada kekurangan dari pihak kami Juicy Cafe.

Terima kasih semuaa..

Sunday, 16 November 2014

ALHAMDULILLAH..rizki dari NYA..

Assalamualaikum..
Masih lagi dengan tempahan-tempahan sepanjang minggu. Syukur Alhamdulillah dengan setiap pemberian dariNYA. Terima kasih juga buat anak perempuanku Awin yang membantu.

Kepada yang berminat ingin tempah boleh terus hubungi atau Whatsapp di talian 016-7614744. Terima kasih..





red velvet cake..
pos ke Shah Alam.




untuk customer dari Impian Emas, Johor.




cake in jar dan roti buat warga Singapore..

Wednesday, 12 November 2014

TEMPAHAN lagii..Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..rizki yang berterusan sepanjang minggu. Kepada yang berminat, bolehlah terus menghubungi di talian atau whatsapp 016-7614744.




chocolate cake with snickers, kinder buenos, rock chocolate, strawberry & salted caramel..



rainbow cake with creamcheese frosting..






cake in jar..red velvet, chocolate moist & salted caramel chocolate cake..






roti sarang lebah pelbagai perasa..

Thursday, 8 August 2013

TEMPAHAN TERAKHIR UNTUK RAMADHAN

Assalamualaikum..
Berakhirlah tempahan-tempahan untuk Ramadhan dan menjelang Syawal.
Salam Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat yang jauh dan dekat dan maaf zahir batin dari kami warga JUICY CAFE & CAKES.


hot cheese chocolate cake..


hot cheese chocolate cake..


marble cake..


orange mascarpone cheesecake..


chocolate moist cake..


orange mascarpone cheesecake..


red velvet cuppies..


hot cheese chocolate cake..


red velvet in jar..


packing..

Sunday, 23 June 2013

RAINBOW IN JAR LAGIIII DAN LAGIII..

ASSALAMUALAIKUM..
Rainbow Cake In Jar.., permintaan yang sentiasa ada pada setiap minggu, untuk 'door gift', untuk birthday party anak-anak pun ada dan macam-macam lagi. Memang kerana faktor warnanya yang membuatkan orang suka untuk menjadikan rainbow in jar ini sebagai salah satu pilihan door gift untuk majlis yang mereka anjurkan.

Kepada pelanggan-pelanggan diluar sana yang masih inginkan rainbow in jar untuk pilihan door gift, bolehlah terus menghubungi saya di talian 016-7614744 untuk tempahan anda.

Terima kasih juga kepada Puan Ily diatas tempahannya, semoga berpushati dan mohon maaf jika ada yang terkurang.








Wednesday, 13 March 2013

RAINBOW CAKE IN JAR

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah rizki masih lagi ada untuk 'cake in jar'. Tempahan dari sis Najah dari Seri Kembangan, Selangor dan telah i poskan tadi, In Sha Allah esok sampai ke tangan pelanggan.

Terima kasih juga atas tempahan ini, mohon maaf jika ada yang terkurang, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Kepada yang belum pernah merasa, ingin mencuba dengan kek yang penuh dengan warna warni berserta krim berperasa cheese, i ada buat lebih untuk yang ingin membeli, boleh terus telefon/sms di talian 0167614744 untuk tempahan, selagi stok masih ada ya..






rugi tak cuba..


Wednesday, 25 July 2012

MINI CHEESECAKE JARS

As-salam semua..
Salam Ramadhan untuk hari yang kelima, semoga kita dapat jalankan ibadah dengan hati yang tenang. Amin..






'Mini Cheesecake Jars', pertama kali mencuba resepi ini dan pertama kali juga dibuat dalam 'jar', resepi asal dari MARTHA STEWART, cuma i ada buat tambahan pada 'cream cheese', 8 oz bersamaan dengan 225 gram tapi kebanyakkan sahabat-sahabat pasti membeli cream cheese seberat 250 gram kan..jadi i genapkan menjadi 250 gram, dalam resepi tertera bakar hanya 25 minit tapi i bakar dah sampai 60 minit sebab i cucuk adunan masih basah lagi huhu, kalu 60 minit masa yang sesuai, mungkin juga kerama penambahan 'cream cheese' pembakaran jadi lama..mungkin sis-sis boleh cuba sama ada 25 minit atau 60 minit ya. Untuk sukatan gula juga i kurangkan, kebiasaannya kek-kek dari barat nih sememangnya manis yang keterlaluan. Jom tengok..

Bahan2..
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
3 biji telur A
120 gm sour cream @ yogurt
2 sdb jus lemon
1/4 sdk garam halus

Bahan2 topping..
150 gm fruit blueberry jem@filling

Bahan2 biskut..
80 gm biskut marie - kisar halus*
1 1/2 sdb butter* - *gaulkan biskut marie dan butter - bakar 10 minit 180C

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul cream cheese sebentar, masukkan gula dan terus pukul lagi selama 3 minit.
2. Masukkan telur sedikit2 dan pukul sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan sour cream, jus lemon dan garam, pukul lagi selama 3 minit biar adunan sebati.




4. Sediakan jar bersaiz kecil, tuang adunan sebanyak 100 gram setiap 1 jar, anda akan mendapat 6 jar untuk resepi ini.

5. Bakar dalam oven dengan kaedah 'waterbath' yang telah dipanaskan terdahulu bersama air dengan suhu 180C selama 60 minit.
6. Keluarkan 'jars' dari oven dan sejukkan atas redai.


7. Pipe kan 'fruit blueberry jem' (filling yang ada buah) ke dalam jar dengan rata, diikuti biskut yang dibakar tadi.
8. Sejukkan dalam peti sejuk.