Followers

Showing posts with label PUDDING. Show all posts
Showing posts with label PUDDING. Show all posts

Saturday, 5 July 2014

PUDING SOYA BUAH BUAHAN

Assalamualaikum..
Manisan untuk hari ini adalah resepi dimana hampir 5 tahun i tidak membuatnya. Anak-anak memang suka, lagi-lagi jika dimakan sejuk-sejuk. Dulu masa i tinggal di USJ setiap bulan i akan membuat untuk anak-anak. Sebenarnya yang menulis nih pun suka gak hihihi. 

Sejak berpindah ke Johor, memang tak pernah buat. Memang langsung terlupa. Bila teringat kita pun belilah bahan-bahan..sekali tengok-tengok soya pula habisss..

Kebetulan semalam di AEON ada promosi air kotak soya. Beli 1 kotak RM2.50 tapi kalau beli 4 kotak, keempat-empat kotak soya berharga RM5.99..hhaiiizzz murahh kan..terus teringat lagi..i beritahu Awin, kalau tak buat jugak tak tahulah kannn..






Bahan-bahan..
1 liter air soya kotak
20 gm agar-agar tali - potong kecil
100 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 helai daun pandan
1 sdk tepung arrow root @ tepung jagung - gaul dengan sedikit air
1 pek strawberri - belah empat
3 biji kiwi - potong dadu
1 tin laici - belah dua
1/2 tin peach - potong dadu
Daun pudina - hiasan

Cara-caranya..


1. Sediakan bekas 'casserol' atau loyang yang sesuai.
2. Susun dan ratakan buah-buahan campuran dalam bekas. Ketepikan sebentar.

3. Dalam periuk besar satukan air soya, agar-agar, gula, vanilla dan daun pandan, gaul sehingga sebati dan agar-agar larut. Jika mahu rendam agar-agar terdahulu juga boleh.
4. Masukkan bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung dan kacau sebati, biarkan mendidih sebentar dan tutup api.


5. Tapiskan adunan dan tuang dalam bekas berisi buah-buahan tadi. Tabur daun pudina.




6. Biarkan sejuk diluar kemudian barulah disejukkan didalam peti sejuk. Hidangkan.



Wednesday, 4 December 2013

BERRIES WHOLEMEAL BREAD PUDDING

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat.
Bulan 12 nih boleh dikatakan hari-hari hujan kan. Bila dah hujan badan pun menjadi lesu (i laa..nak rehat jer kejenya kiki), dah la lesu kemudian asyik lapar aja..betul tak? tak kira masa laparnya huhu..mana tak gebu..

Bila dah hujan sedap makan pelbagai makanan yang manis, jadinya semalam i buat satu menu yang sudah lama i tak hidangkan, dengan tambahan beri-beri segar, rasanya sungguh sedap di tambah pula dengan sos coklat putih, lagilah bertambah sedap.












Bahan-bahan..
15 keping roti gandum - potong dadu
100 gm blueberri
100 gm raspberri
100 gm cranberri
800 gm susu cair IDEAL
4 biji telur A
130 gm gula perang
50 gm mentega - cairkan
1 sdk SPEKUK - boleh diganti dengan serbuk kulit kayu manis @ nutmeg
2 sdk esen vanila

Cara-caranya..


1. Tabur rata roti bersama blueberri, raspberri dan cranberri dalam bekas tahan panggang bersaiz 12x10 inci ataupun loyang yang sesuai yang telah dioles mentega atau 'spray cooking'.

2. Dalam bekas besar yang lain, satukan susu cair bersama telur, gula perang, mentega cair, spekuk dan esen vanila, pukul rata dan sebati.


3. Tapis dan terus tuang kedalam bekas berisi roti dan rehatkan selama 20 minit.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30-40 minit.
5. Biarkan sejuk dari panas kemudian sejukkan dalam peti sejuk semalaman untuk mendapatkan hasil potongan yang cantik.
6. Hidangkan bersama sos yang tersedia. Resepi dibawah.

Bahan-bahan sos..
400 gm uht whipping cream
30 gm gula perang
1 sdk esen vanila
1 sdk SPEKUK
130 gm coklat compound putih - hiris halus
30 gm mentega
1 sdk tepung jagung

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream dalam pan kecil sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Masukkan gula perang, esen vanila, spekuk dan gaul rata.
3. Masukkan coklat compound putih dan mentega, gaul sehingga kesemuanya larut.
4. Tambahkan tepung jagung dan gaul rata, renehkan sehingga sos sedikit pekat.


Monday, 3 October 2011

PUDING TEMBIKAI


Assalamualaikumm sahabat2 sumee n selamat petang..petang nih u all buat ape?? i buat puding tembikai..lame dh nk buat tp x terbuat pun, arini x brape nk sihat sgt sbb tu sempat buat puding nih aje..tengahari td i kol kawan i kt utara sana..namanya PUAN NOORAZNIAH MAMAT i cilok resepi nih dr dia laaa tima kasih yaa noii..pd tuan empunya asal resepi pun i ucapkan tima kasih yaa..jom tgk bwh..


ade lebih i letak dlm bekas bulat nih..

Bhn2..
15 gm serbuk agar2
6 cwn air
1/2 cwn gula castor
2 sdb butter
1 cwn susu pekat
2 keping roti putih - koyak2kan
1 paket cincau - potong kecil
Pewarna merah
Pewarna hijau

Cara2nya..
1. Rebus serbuk agar2 n air sehingga larut.
2. Masukkn gula castor n kacau sampai mendidih.
3. Masukkn butter n susu pekat, kacau lg shingga cair.
4. Masukkn roti ke dalam mesin pengisar, tuang 3 senduk adunan agar2 n kisarkan shingga lumat.
5. Tuang adunan roti kisar ke dalam adunan agar2 n kacau sebati. Tutup api.
6. Bahagikan adunan agar2 kepada 2 bahagian, warnakan 1 bahagian dgn warna merah n gaul rata.
7. Ambil 2 senduk dr baki 1 bahagian td utk djadikan kulit tembikai yg berwarna putih.
8. Bakinya warnakan dgn pewarna hijau utk djadikan kulit tembikai. 
9. Tuang adunan merah dgn menggunakan loyang 'puding tembikai' segitiga (gambar seperti dbawah), taburkan cincau n sejukkn sebentar.
10. Kemudian tuangkan pula aduanan warna putih di atas adunan warna merah, Biarkan keras sebentar.
11. Akhir skali tuang adunan warna hijau di atas adunan warna putih n sejukkn dlm peti sejuk selama 3 jam.
12. Keluarkan n siap dmakan ketika sejuk.


acuan utk puding tembikai..i beli kt bake with yen dgn harga rm19.80..haa siap bgtau lg..


dah tuang adunan warna merah, letakkn cincau yaa..biar keras cket..agak2 kalu u all sentuh dgn jari dia x melekat maknanya ok la tu..


pastu sudukan warna putih pulak n ratakan, biar keras jap..


akhir skali warna hijau pulak..warna hijau nih anak gadis i dh tertonggengkn banyak warnanya..dh jadik birat lebam..sabor jer laa..


jeng jeng jengg..dhh siapppp..


bole la mkn waktu sejukk..sedapp kan..


cuba la u all buat..


Thursday, 14 April 2011

DRAGON FRUIT PUDDING





Bhn2..
625 ml air
4 1/2 sdb gula pasir
2 helai daun pandan
5 gm serbuk agar2
1/2 sdk esen vnla
150 gm isi buah naga jenis merah + 125 ml air - dkisar
200 ml susu cair

Cara2nya..
1. Dlm periuk, satukn air, gula, daun pandan n serbuk agar2, kacau hingga larut n masak dgn api sdrhna sambil dkacau slalu hingga mdidih, masukkn esen vnla n kacau rata.
2. Alih periuk dr api, keluarkn daun pandan. Tuang puree buah naga td n kacau dgn whisk hingga rata, kemudian masukkn susu cair, kacau hingga sbati. Isi dlm bekas sesuai n biarkn sejuk sbntr.
3. Simpan dlm peti sejuk slama 1 jam ato hingga keras. Hdgkn sbgai pcuci mulut.


PUDING CENDOL



Bhn2..
Lpsn bwh
500 ml air
150 gm gula pasir
200 ml santan kotak + 100 ml air
10 gm agar-agar
800 gm cendol
2 helai daun pandan
sdkt garam

Lpsn atas
500 ml air
180 gm gula merah
200 ml santan kotak + 100 ml air
10 gm agar-agar
1 bj kuning telur
sdkt garam

Cara2nya..
Lpsn bwh
1. Masakkn air, agar-agar n gula shingga mdidih.
2. Masukkn santan+air, daun pandan n garam. Biarkn mdidih sdkt.
3. Masukkn cendol n kacau sdkt. Angkat.
4. Tuangkn ke dlm acuan.

Lpsn ats
1. Masak gula merah dgn sdkt air drpd 500 ml resepi td shingga gula hancur. Tapiskn air gula merah.
2. Masukkn air gula merah td dlm periuk semula bsama baki air n agar-agar. Masak shingga mdidih.
3. Kacau kuning telur dlm santan+ air n tuangkn santan ke dlm adunan.
4. Masukkn garam n biar mdidih sbntr.
5. Angkt n tapis adunan sblm dtuang ke acuan.

Note..
Pastikn adunan bwh sdh keras n cucuk dgn garpu dserata adunan.
Tuang adunan lpsn ats plahan2.

CHEESE BREAD PUDDING

Bhn2..
10 keping roti - i guna roti fiber
2 cwn susu segar
½ cwn gula perang
250 gm cream cheese
1 bj telur
1 sdk esen vnla
raisin utk hiasan

Cara2nya..
1. Sapukn butter pd loyang pbakar n susun roti.
2. Jiruskn susu segar ats roti, biarkn dlm 15 mnt.
3. Pukul cream cheese, telur, gula perang n esen vnla hingga gebu.
4. Tuangkn ats roti td n taburkn raisin.
5. Bakar dlm oven slama 25 mnt dgn suhu 180.
6. Biarkn sejuk br potong.

                                           cheese bread pudding..

NUTELLA BREAD PUDDING

Bhn2..
4 kpg roti
2 bj telur
1 sdk butter - cairkn
1/4 cwn gula
235 ml susu segar
1 sdk esn vnla
chocolate nutella
badam hiris

Cara2..
1. Toastkn roti, sapukn nutella pd roti td, gulung2kn n masukkn dlm acuan, buat smpi abis.
2. Tuang butter yg tlh cair ke ats roti.
3. Pukul telur, masukkn susu, gula n esn vnla n kacau smpi sebati.
4. Tuangkn adunan telur dlm acuan. Biarkn adunan telur myerap ke dlm roti jap, taburkn badam hiris dpermukaan roti n masukkn dlm oven n bakar shingga perang dgn suhu 175@15-20mnt.

CUSTARD CREAM PUDDING

Bhn A..
1 bgks swiss roll
1 cwn air kopi - tnpa gula
Bhn B..
1 liter susu segar
4 sdb tepung custard
1/2 cwn gula
1sdk esen vnla
Bhn C..
3 cwn whipping cream
Bhn D..
Strawberry
Pic
Kiwi

Cara2nya..
1. Potong n susun swiss roll dlm bekas, tuangkn air kopi d atsnya.
2. Masuk sume bhn B dlm periuk n masak dgn api kecil, kacau smpi likat.
3. Stlh likat, angkt n tuangkn ke dlm bekas swiss roll td n biarkn sejuk sbntr.
4. Bhn C dpukul shnga likat, jgn pukul lama takut ia cair.
5. Kemudian tuangkn ats custard td.
6. Akhr skali, susun buah mgikut kreativiti msg2 n smpn dlm icebox slama 4 jam.
7. Dh siap, nk mkn cedok aje cket2.

BREAD PUDDING

Bhn2..
4 kpg roti
2 bj telur
1 sdk butter - cairkn
1/4 cwn gula
235 ml susu HL
1 sdk esn vnla
kismis
badam hiris

Cara2..
1. Toast roti dlm toaster, carik2kn roti td n masukkn dlm acuan. Tabur sikit2 kismis dcelah2 n d ats roti td.
2. Tuang butter yg tlh cair ke ats roti.
3. Pukul telur, masukkn susu, gula n esn vnla n kacau smpi sebati.
4. Tuangkn adunan telur dlm acuan. Taburkn baki kismis ke ats roti. Biarkn adunan telur myerap ke dlm roti jap n masukkn dlm oven n bakar shingga perang dgn suhu 175@15-20mnt.

Sos casturd..
1 tin susu cair
2 sdb tepung kastad
2 sdb gula

Cara2nya..
1. Gaulkn bhn2 sos kastad n masakkn d ats api yg sdrhna sbntr.
2. Tuangkn sos d ats puding semasa mhidang.