Followers

Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts
Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts

Friday, 21 August 2015

KERUTUK DAGING

Assalamualaikum..
Pertama kali mencuba resepi KERUTUK DAGING setelah mendapat rempah kerutuk pemberian dari sahabat FB Aizsha Saibon. Diam-diam aja dia dok pos eyyhh..memang disuruh masak la kan..kebetulan daging pun ada dalam stok maka jadi sangatlah. Terima kasih yayunkk iii..semoga u dilimpahi rizki berganda..

Aizsha ada kasik i resepi tapi i tak boleh nak agak jika tiada sukatan. Makanya i jumpa resepi yang mudah di blog Puan Hanieliza. Terima kasih sis berkongsi resepi, i kongsikan disini pula ya.





KERUTUK DAGING

Bahan-bahan..
1 kg daging - potong tebal - cuci - toskan
1 batang kulit kayu manis
3 sdb rempah kerutup - jadikan pes
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 sdk + 1/2 cawan air asam jawa ADABI
2 sdb gula merah
2 sdk garam
2 sdb kerisik

Bahan-bahan kisar..
10 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering - hiris - rendam dalam air panas @ 10 sdb cili kisar
6 biji cili api merah

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kulit kayu manis.
2. Satukan pes kerutuk bersama bahan-bahan kisar, sebatikan dan tumis bersama kulit kayu manis sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan gaul rata selama 5 minit.
4. Tuang santan pekat, santan cair, air asam jawa, gula merah dan garam, gaul sebati dan renehkan dengan api sederhana sehingga separuh kering.
5. Masukkan kerisik dan reneh lagi sehingga kering atau mengikut kesukaan anda. Setelah kerisik dimasukkan , pastikan kerutuk sentiasa dikacau.
5. Siap dan hidangkan bersama nasi pilihan.

Thursday, 12 March 2015

KARI TELUR

Assalamualaikum..
Tempoh hari lihat sis Sheila d'Dapoq buat Kari Telur nih. Fuuhhh! tengok gambar sahaja sudah menyelerakan belum makan lagi. Kalau makan mahu tergolek dok hehehe..mau tak tergolek, dah sedap sangat, makan pun sampai tak ingat dunia sampai kembong perut..tu la tergolek dok tu hihihi..

Hari ini pada awalnya nak buat kari daging dan tiba-tiba teringalah kari kak Sheila kita tu..terus simpan daging dan rebus telur.

Terima kasih pada sis Sheila atas perkongsian resepinya ya, i kongsikan disini pula ya..cuma i tidak mengikut sepenuhnya resepi sis Sheila cuma hanya menggunakan bahan-bahan yang ada dalam simpanan dan dalam sukatan yang sedikit. Al maklum laaa tak ramai yang makan di rumah nih kan..






KARI TELUR
Sumber : Sheila d'Dapoq

Bahan-bahan..
6 biji telur - rebus sampai matang - buang kulit - belah sedikit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
2 tangkai daun kari - lurutkan
1 sdb cili kisar
5 sdb serbuk kari daging + sedikit air - jadi pes
2 sdk garam
1/2 sdk perasa
2 sdb kerisik
250 gm air
250 gm santan
1 batang lobak merah
8 biji baby tomato

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk sederhana besar, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Tumis pula bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun kari sehingga naik bau.
3. Masuk cili kisar dan biar sehingga cili masak.
4. Masuk pula pes serbuk kari, masak dengan api kecil sehingga naik minyak.
5. Masukkan garam, perasa dan kerisik gaul sebentar.
6. Masuk pula air dan biarkan mendidih sebentar.
7. Diikuti santan, lobak merah dan telur, gaul sebati sehingga mendidih sekali lagi.
8. Akhir sekali perasakan sekali lagi jika perlu, masukkan tomato dan tutup api.
9. Sedia dihidangkan dengan nasi putih atau pulut pilihan.



Wednesday, 10 December 2014

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..
Hari ini masih lagi dengan lauk pauk kampung bersama nangka muda pemberian mak tempoh hari. Ingat nak buat masak lemak pisang..sekali tengok pisang dah masak pula. Takpe..lain kali pula ya.

Nangka muda masak lemak cili api ini juga pertama kali i masak seumur hidup. Resepi i dapat dari rumah Encik Adnan Ibrahim. Terima kasih Encik. Saya kongsikan disini pula ya. 

Cuma i kurangkan sukatan setiap bahan..yang makan dirumah ini hanya 3 orang sahaja jadi tak boleh lah nak masak banyak-banyak kann..nanti membazir pula. Juga i tokok tambah..kurangkan lebihkan mengikut keperluan.




Bahan-bahan..
700 gm nangka muda - buang kulit - potong besar - cuci bersih - rebus sehingga empuk - toskan
5 ketul ikan kurau masin
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
20 biji cili api hijau*
10 biji cili api merah*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1 inci belacan - dibakar* - *kisar halus
2 batang serai - diketuk
400 gm santan KARA
500 gm air
2 helai daun kunyit - disimpul
1 keping asam gelugor
2 sdk garam
1 sdk perasa
1 sdb gula

Cara-caranya..
1. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama ikan masin, bahan-bahan kisar halus, serai, santan dan air. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan daun kunyit, asam gelugor, garam, perasa dan gula. Gaul lagi dan renehkan dalam 10 minit atau sehingga nangka muda benar-benar empuk.
3. Siap dihidangkan.


Monday, 8 December 2014

ASAM TUMIS BATANG KELADI

Assalamualaikum..

Pertama kali seumur hidup i mencuba memasak batang keladi. Ceritanya macam nih..

I balik kampung, biasalah kalau balik kampung mesti macam-macam dibawa pulang, lagi-lagi kalau kampung banyak tanan-tananam. Di kampung i ada pelbagai pokok yang mak tanam. I tengok nangka penuh atas pokok, besar-besar..buah markisa..buah mengkudu..pokok kari sampai boleh buat berteduh hahaha kann..kalau kat rumah i pokok kari nak tumbuh pun segan. Dengan pokok pisang laa..kelapa muda laa..keladi..batang kelo aduhhh..rasanya tak cukup la nak tulis hahaha..

Dalam banyak-banyak yang mak kasik..antara yang i bertolak-tolak tak mahu bawa adalah batang keladi!!!

Aduhhh..dah la tak pernah makan..apatah lagi memasaknya, jadi buat apa laa i nak bawa balik. I kata kat mak keladi tak mahu, mak kata bawa la balik..sedap nih..i jawab lagi "orang tak makan la makkkk" hahhaha..pastu kann psstt psstt suami pun sambung.."yerla mak, kitaorang tak makan nanti buang aja"

Ermmm dalam hati i macam kesian kat mak sebab kita orang tak nak bawa balik..yang suami pulak dah pandang-pandang i..aduhhhh..pastu mak kata lagi.."takpe la..kalau tak nak" sekali nkooo..mak kerat pendek-pendek campak masuk dalam bonet kahkahkahkah aduuhhh makk ooiii..suami pulak kata "bawa jugak" aduhh takpe la bangg..

Dann..
Kisahnya hari ini pagi-pagi i dah start gugel resepi..ingat nak buat asam rebus tapi ternampak asam tumis sis Azlita Aziz terus nak buat. Terima kasih sis, i kongsikan disini pula ya. Ok..i buat..sedap tak sedap i tak tahu.

Siap semua masak..i pun panggil big boss..

I : abangg nak makan..?
Bigboss : okey..

Dah siap isikan nasi kat pinggan..hidangkan air..ok makan..tapi kan bigboss tak makan tau batang keladi tu..kecik hati i huhuhu..so i tanya la..

I : abang..abang tak nak rasa batang keladi nih? Resepi ayang cari kat gugel aje (nada kecik hati campor sedih nkoo) hahaha..
Bigboss : oh! ok (sambil ambil batang keladi 1 aja dan kuah sikit.

I pun diammmm ajee..eermmm dalam hati mesti tak sedap..takpe laa..sekali nkoo bigboss kata..

Bigboss : Tambah lagi yangg..sedap laaa..

ooiiii cheq teruuihh kembangggg..i pun jawab..

I : Yeke abangg? meh meh ayang tambah lagi (sambil i sudukan batang keladi dalam pinggan suami)

Hahahah..puas hati kan bila suami kata sedap..dan kesinambungannya nasi bertambah dan kuah batang keladi habis nkoo hahahha..

sempat lagi i seloroh dengan bigboss.."tu la..mak suh bawak balik hari tu tak nak..siap tolak-tolak..kan tak cukup hehehhe"

Terima kasih makkk..saya sayang mak saya..elehh macam mak aku pandai bukak blog! hahahhaha..





Bahan-bahannya..
2 ikat batang keladi - kupas kulit - kerat sejengkal - rebus dengan asam gelugor hingga empuk - toskan
1 sdb asam jawa ADABI
1 sdk garam
3 sdk gula
1/2 sdk perasa
2 cawan air
1 kiub ikan bilis

3 tangkai daun kesom
1/2 cwn ikan bilis - cuci - toskan*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci belacan*
5 sudu besar cili kisar*
1/2 inci kunyit hidup* - *satukan dan kisar lumat

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa, kiub ikan bilis dan kacau sebati.

3. Masuk pula batang keladi yang direbus tadi.
4. Masukkan air, ikut kehendak kalau nak pekat atau cair. Kacau lagi dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan daun kesum.

6. Siap dihidangkan.



Tuesday, 14 October 2014

SIAKAP STIM LEMON

Assalamualaikum..
Hidangan 3 hari yang lepas juga. Menu ini sebenarnya adalah 2 atau 3 kali i dah buat..cuma tak pernah dan tidak berkesempatan nak kongsikan dan i tak gunakan lemon sebaliknya i gantikan limau nipis atau jus segera.

Kali ini i gunakan yang betul-betul ikut resepi. Resepi i ambil dari 1 blogger nih tapi i dah pening mencari. dah tak tahu mana satu i lihat. Tambahan pula macam-macam resepi i lahat dan i ada buat penambahan juga. Maaf sangat-sangat dan jika anda lihat resepi ini sama seperti resepi anda saya ucapkan jutaan terima kasih ya dan izinkan saya kongsikan disini pula ya.




Bahan-bahan..
1 ekor ikan siakap - rendan dengan air asam - cuci bersih
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 batang serai*
10 biji cili api hijau*
5 biji cili api merah*
1 batang lobak merah*
3 helai daun limau purut* - *hiris halus
1 biji lemon - sagat kulit - ambil jus
1 1/2 cawan air panas
1 sdb sos ikan
1 sdb gula
Garam dan perasa
8 biji tomato ceri - belah dua
1 poko daun ketumbar - hiris halus
1/2 biji lemon - hiris - hiasan

Cara-caranya..
1. Masukkan ikan siakap dalam bekas casserol atau piring panjang.
2. Taburkan bahan-bahan yang telah dihiris halus dan kukus selama 10 minit.
3. Dalam kuali kecil, panaskan jus lemon bersama kulit yang disagat bersama air panas, biarkan didih sebentar.
4. Tambah sos ikan, gula, garam dan perasa dan tutup api.
5. Tuang kedalam mangkuk ikan bersama tomato ceri dan kukus lagi selama 7 minit.
6. Keluarkan dari kukusan, tabur daun ketumbar dan hiaskan dengan hirisan lemon.



PUYUH GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum..
Hidangan 3 hari yang lepas buat keluarga. Hari ini baru berkesempatan updated. Seumur hidup memang tak pernah masak puyuh. Selalunya i lihat puyuh di Mydin tapi macam dah lebammmm jer..dan minggu lepas i ke Bandar Baru Uda dan lihat ada kedai produk-produk dan buatan Muslim, singgah masuk dan nampak puyuh sejuk beku terus beli kerana ingin mencuba.

Balik rumah tak tahu nak buat apa. Google punya google..ternampak puyuh yang menyelerakan di rumah SIS AYU kita tuuu..hehehe..makasih sis..izinkan i kongsi disini pula yaa..muuaahhh..memang terangkat seyyy!!!



6 ekor burung puyuh - buang isi-isi perut - cuci bersih - toskan
6 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah besar*
2 inci halia*
2 batang serai* - *kisar halus
3 sdb cili kisar
2 sdb serbuk kari ayam
1/2 sdk serbuk ketumbar
1/2 sdk serbuk jintan manis
1/2 sdk serbuk jintan putih
1/2 sdk rempah 5 rasa
Garam dan perasa
2 tangkai daun kari

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar satukan kesemua bahan-bahan kecuali daun kari dan gaul rata. Perapkan dalam tempoh 1 jam.
2. Panaskan minyak yang penuh dan goreng burung puyuh.
3. Bila sudah separuh masak, taburkan daun kari.
4. Goreng sehingga masak dan toskan.
5. Hidangkan ketika panas.



Thursday, 18 September 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum..
Menu semalam yang tidak sempat i nak update. Permintaan dari Awin, katanya kali ini nak mama masakkan Asam Pedas yang betul-betul pedas. Memang pedas betul, lepas makan bengkak bibir hahaha.

Bagi yang tak suka pedas boleh kurangkan sukatan cili kisar ya dan bagi yang memang hantu pedas..nasihat i Asam Pedas ini hanya pedas peringkat sederhana hihihi..




Bahan-bahan..
8 ketul ikan pari - rendam dengan asam jawa - cuci bersih
1 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk kasar
1 inci belacan bakar
6 senduk cili kisar
2 sdb gula
1 1/2 sdk garam
1/2 sdk perasa
4 sdk asam jawa ADABI
1 liter air
1 batang bunga kantan - belah dua
8 batang bendi
2 genggam daun kesom
6 biji baby tomato

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam satu mangkuk sup kecil, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk kasar bersama belacan sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, masak sehingga sedikit garing dengan api kecil.
3. Masukkan garam, perasa dan asam jawa, kacau sebati.
4. Tuang air dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan ikan pari, gaul rata dan didihkan dalam 5 minit.
6. Masukkan bunga kantan, bendi dan daun kesom, renehkan lagi dalam 5 minit.
7. Akhir sekali masukkan baby tomato dan renehkan dengan api sederhana selama 10 minit.
8. Tutup api dan siap dihidangkan.

Sunday, 27 July 2014

KETAM MASAK LADA HITAM


Assalamualaikum..
Kalau tak silap menu ini menu pada hari Khamis lepas. Dek kerana kesibukan dengan tempahan yang tak seberapa nak banyak kikiki..sampai tak sempat nak update..kann..

Kisahnya..
Tempoh hari suami beli banyak lauk-lauk basah..kebetulan memang lama sangat tak makan ketam, yang terjual di pasar berhampiran rumah memang nampak tak segar dan ketam nih suami beli kat Pontian. Alhamdulillah segar la sikit dari pasar biasa tu. Kami sekeluarga memang gemar makan ketam lada hitam berbanding menu yang lain-lain dan bila tanya suami rasanya, Alhamdulillah mendapat pujian..kembang sebaldi kannnnn..hahhaha..


Bahan-bahan..
4 ekor ketam - bersihkan - cuci - toskan - goreng separuh masak
1 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
3 sdb lada hitam serbuk kasar
7 sdb sos lada hitam
1 cawan air panas
1 sdb kicap pekat
4 sdb kicap manis
1 biji bawang holland - potong bulat
Garam dan perasa
Daun bawang - hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan gaul sebati diikuti dengan sos lada hitam dan gaul lagi.
3. Tuang air panas, kicap pekat, kicap manis dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masuk pula ketam yang digoreng separuh masak bersama bawang holland dan gaul sebati.
5. Tambahkan garam dan perasa dan biarkan mereneh dalam 3 minit.
6. Siap dihidangkan dan tabur sedikit daun bawang.



Sunday, 8 June 2014

PECAL

Assalamualaikum..
Lama kita tak buat Pecal nih. Tiba-tiba tekak terasa-rasa akan kesedapan kuah Pecal..tapi kuahnya i beli yang hampir siap tau hihihi..sebab rasanya sedap sangat dan macam biasa i buatlah tambahan-tambahan mengikut selera i. Pedas berapiii..

Dann..
Pecal juga antara makanan kegemaran suami, anak-anak pula kurang sebab itulah i jarang buat pecal. Bila lihat suami makan dengan seleranya, kita sebagai isteri pasti berasa kembang setaman kan kan kan kikiki..



Bahan-bahan..
1 bungkus pes Pecal*
1 cawan air panas* - *satukan dan rendam 
5 tangkai cili kering - guntingkan dan buang biji
5 biji cili api
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci cekur* - *dhiris
1 inci belacan - bakar sedikit
1 cawan air panas
1 sdk pati asam jawa
2 sdk gula
Secubit garam

Bahan-bahan sayuran..
1 biji timun - dihiris
2 keping tauhu - goreng - potong dadu
2 ikat kangkung*
300 gm taugeh*
6 batang kacang panjang* - *celur dalam air panas

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili kering, cili api, bawang merah, bawang putih, cekur dan belacan sehingga sedikit garing dan masukkn dalam pengisar.
2. Tambahkan pes pecal yang telah direndam bersama air panas tadi bersama sebahagian lagi air panas, asam jawa, gula dan garam kemudian kisar sehingga lumat. Tambahkan air panas lagi jika terlalu pekat.
3. Tuang dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan bersama sayur-sayuran yang telah dicelur.





inilah pes pecal yang biasa i beli di pasar basah..


SUP TULANG BUAT ADIK..

Assalamualaikum..
Menu tengah hari tadi i buat Sup Tulang. Kebiasaannya sup-sup ini adalah permintaan dari Adik dan Adik bila makan sup nih memang dia akan makan banyak. Pernah juga disebabkan terlalu suka, Adik makan sampai muntah..Allahuakbar..Adikk..Adikk..

Dan..
Sup-sup nih ada pelbagai cara dalam proses pembuatannya dan ini adalah antara salah satu jenis atau cara yang i buat kebiasaannya. Mudah dan senang.






Bahan-bahan rebus..
1 kg tulang - cuci bersih*
2 liter air*
1 inci halia*1 batang serai* - *diketuk - satukan dan rebus selama 1 jam atau sehingga empuk

Bahan-bahan tumis..
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 batang serai - diketuk

Bahan-bahan tumbuk kasar..
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
1 sdk lada hitam

Bahan-bahan lainnya..
2 sdb serbuk perencah sup

1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang - buang kulit - potong kasar
1 biji lobak merah - potong kasar - cuci bersih
10 biji tomato kecil
2 sdb jus lemon
10 biji cili api

3 cawan air panas
1 pokok daun sup - potong kasar

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk besar, tumiskan semua bahan-bahan tumis sebentar.
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kasar dan tumis lagi sehingga naik bau.
3. Masuk pula serbuk perencah sup, gaul sehingga adunan rata.
4. Tuang air rebusan sup tulang bersama tulang, sup bunjut, kentang, lobak merah, tomato, jus lemon, cili api, air panas, garam dan perasakan mengikut sukatan.
7. Renehkan sup selama 20 minit dengan api sederhana.
8. Hidangkan ketika panas bersama daun sup.


Wednesday, 4 June 2014

MASAK LEMAK IKAN TALANG DENGAN NENAS

Assalamualaikum.
Menu tengah hari buat kami. Sebenarnya seumur hidup baru pertama kali i masak lauk nih. Sebelum-sebelum ini memang kurang makan dengan ikan-ikan masin..cuma sejak kebelakangan ini hati terasa ingin mencuba pelbagai jenis lauk pauk kampung.

Kebetulan hari pergi AEON tempoh hari nampak ikan masin nih..terus terdetik ingin mencuba. Alhamdulillah kemungkinan besar inilah rasanya.





Bahan-bahan..
200 gm ikan masin talang - cuci bersih
1 biji nenas - potong kecil
1 biji bawang merah sederhana besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai*
7 biji cili api hijau*
5 biji cili api merah*
1 inci belacan - bakar sebentar* - *kisar halus
200 gm santan KARA
150 gm air
2 keping asam gelugor
2 sdb gula
1 sdk perasa
6 biji baby tomato
1 helai daun kunyit - buang urat- simpulkan atau hiris halus

Cara-caranya..
1. Dalam periuk sederhana besar, masukkan ikan masin talang bersama bahan-bahan yagn telah dikisar dengan santan dan air. Gaul dan biarkan mendidih sebentar.
2. Masukkan nenas, asam gelugor, gula dan perasakan. Biarkan mendidih lagi.
3. Akhir sekali masuk tomato dan daun kunyit dan renehkan dalam 5-8 minit. Siap untuk dihidangkan.




Tuesday, 3 June 2014

RENDANG AYAM

Assalamualaikum..
Hidangan malam ini buat kami sekeluarga. Sebenarnya tengah hari tadi kami makan di luar, jadinya malam wajib la masak kannn. Kebetulan tadi pagi-pagi ternampak sahabat FB buat rendang ayam dan dan tu leee meleleh ayaq liuqqq..

Bila keluar tengah hari tadi, i pun ajak la suami pergi AEON dan beli bahan-bahan untuk buat rendang. I buat seekor ayam tapi kami dirumah hanya bertiga aja hehehe..takpe yang lebih kita boleh frozen kan..




Bahan-bahan..
1 1/2 cawan minyak masak
1 ekor ayam - sederhana besar - potong 12 - cuci bersih - toskan
4 biji bawang merah besar*
7 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
7 biji cili api hijau*
5 biji cili api merah*
6 batang serai*
3 biji buah keras*
1 inci belacan - dibakar*
1 cawan air* - *kisar lumat
1 cawan cili kering kisar
3 sdk ketumbar**
2 sdk lada hitam**
2 sdk jintan manis**
2 sdk jintan putih** - **sangaikan sehingga naik bau dan kisar halus
400 gm santan KARA
2 sdb gula merah
3 sdk garam
1 sdk perasa
2 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit - buang urat tengah dan hiris halus
2 sdb kerisik

Cara-caranya..
1. Sediakan kuali besar, sangai ketumbar, lada hitam, jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang sama, tumis bahan-bahan bawang yang telah dikisar lumat sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering kisar. Masak sehingga cili dan bawang sedikit garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang disangai tadi dan biarkan lagi dalam 8 minit.
4. Tambahkan ayam, gaulkan sehingga ayam rata dan sebati. 
5. Masukkan santan dan gaul sebati dan rata. Renehkan sehingga sedikit kering.
6. Apabila sudah separuh kering, tambahkan gula merah, garam, perasa, asam gelugor dan daun kunyit. Gaul rata lagi dan biarkan ayam mengering lagi.
7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan gaul sebati dan sehingga kering. Bila sudah masuk kerisik pastikan rendang sentiasa digaul, ini kerana rendang akan mudah melekat di kuali.




Sunday, 23 February 2014

IKAN KEMBUNG MASAK TIGA RASA

Assalamualaikum..

Teka teki dari Adik..

Banyak banyak ikan..
Ikan apa yang selalu sakit perut??

HAHAHAHHA..Adikkk..adikkk..

Jawapannya ialah..

IKAN KEMBUNGGGGG..hahahha..

Jadi..malam nih kita makan 'ikan sakit perut eyh adik'. Kebetulan tadi selepas suami keluar ke kelab golf, i tanya nak masak ke tidak..jadi suami kata masak la yang simple-simple. Sebenarnya kami jarang sangat makan malam di rumah..kalau sebulan tu mungkin satu atau dua kali aja..selebuhnya memang kami makan diluar..makan tom yam ke..nasi lemak ke kann..

Tambahan pula, 2 orang anak kami kedua-duanya telah tinggal di Kuala Lumpur. jadi tinggallah kami 3 beranak..ok lah..jom kita perhatikan resepinya. I rasa tak rugin mencuba..memang sedap..


Bahan-bahan..
3 ekor ikan kembong - cuci-rendam air asam-cuci bersih-gaulkan dengan garam dan kunyit-goreng garing
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 biji cili merah besar* - *kisar kasar
2 sdb cili kering kisar
1 sdb sos tomato 
2 sdb besar sos ikan
1 sdb gula
3 sdb sos cili
1 sdb jus lemon
1 sdk kicap manis
1/2 cawan air panas
Sedikit garam dan perasa
1 kuntum bunga kantan**
1 batang serai**
2 helai daun limau purut**
7 biji cili api** - **hiris halus
1 potong nenas - potong kiub

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar kasar sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili kering kisar, biarkan cili masak sebentar.
3. Masukkan sos tomato, sos ikan, gula, sos cili, jus lemon dan kicap manis, masak sehingga mendidih.
4. Tambahkan air gaul lagi dan tambahkan garam dan perasa.
5. Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama nenas dan biarkan masak selama 5 minit.
6. Sediakan ikan didalam piring yang sesuai, tuang kuah yang telah dimasak diatas ikan dan hidangkan.




Friday, 3 January 2014

RENDANG DAGING PEDAS

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah..akhirnya i dapat membuat rendang daging mengikut citarasa anak-anak dan suami. Ceritanya macam nih, kelmarin..i ketandusan idea nak masak..jadi i tekad nak buat rendang sebab teringin sangat-sangat nak makan.

Awin kata..,
"Mama..tak payah la masak rendang..nanti tak jadi macam sebelum-sebelum nih"
I pun jawab laa..
"Alaaa..mama nak masak rendang jugak"

Awin pun berkeras kata tak payah..tak payah..

Akhirnyakan..i buat derk aje dengan Awin dan terus masak..
Dah siap masak kan, i pelawa Awin makan, Awin macam nak tak nak, last-last Awin rasa dan makan juga..dia ambil la nasi sesenduk dan rendang sikittt..sekali dah rasa..haaaaaaa siap tambah sepinggan penuhhh uu harharhar..kannn dah kena penangan air tangan mama hahahha..

Malam suami balik..suami i pun rasa..Alhamdulillah suami kata sedap..suke suke suke tau..kembang setalamm hahaha..

So pagi tadi kami sekeluarga pergi Aeon..dalam kereta dok berborak-borak la..suami tanya nak beli apa..i kata nak beli daging (sebab family kami memang semuanya suka daging) so suami kata ok laa..beli daging lebih dan masak rendang macam kelmarin..suami kata sedapppp..gilaaa uuu i kembang sebesen pulakkk hahahha..

Maka malam ini siap sedia la Rendang Daging Pedas kamiii..Awin pun nak tapau bawak balik kampus..Alhamdulillah..akhirnya i dapat juga buat rendang kegemaran keluarga, kalau tidak sebelum-sebelum nih suami yang masak..Syukurrr..





Bahan-bahan..
1 1/2 cawan minyak masak
1 kilo daging batang pinang - hiris nipis dan lebar
10 biji bawang merah besar sederhana*
15 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
10 biji cili api*
1 sdk lada hitam*
6 batang serai*
1 cawan air* - *kisar lumat
3 cawan cili kering kisar
5 sdk ketumbar**
3 sdk jintan manis**
3 sdk jintan putih** - **kisar kering dan sangaikan sehingga naik bau
600 gm santan KARA
2 sdb gula merah
3 sdk garam
1 sdk perasa
2 keping asam gelugor
5 helai daun kunyit - buang urat tengah dan hiris halus
3 sdb kerisik

Cara-caranya..
1. Sediakan kuali besar, sangai ketumbar, jintan manis dan jintang putih yang telah dikisar halus. Angkat.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang sama, tumis bahan-bahan bawang yang telah dikisar lumat sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering kisar. Masak sehingga cili dan bawang sedikit garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang disangai tadi dan biarkan lagi dalam 8 minit.
4. Tambahkan daging, gaulkan sehingga daging rata dan sebati. Masakkan sehingga air daging keluar dan sehingga air daging mengering.
5. Masukkan santan dan gaul sebati dan rata. Renehkan sehingga sedikit kering.
6. Apabila sudah separuh kering, tambahkan gula merah, garam, perasa, asam gelugor dan daun kunyit. Gaul rata lagi dan biarkan daging mengering lagi.
7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan gaul sebati dan sehingga kering. Bila sudah masuk kerisik pastikan rendang sentiasa digaul, ini kerana rendang akan mudah melekat di kuali.


Nota :-
- Jika suka boleh tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
- Nak tambah daun limau purut juga boleh.
- Tambahan buah keras juga boleh didalam bahan-bahan bawang.