Followers

Showing posts with label MUFFINS. Show all posts
Showing posts with label MUFFINS. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

RED CURRANT MUFFIN

Assalamualaikum..
Jam dah menunjukkan hampir ke waktu cinderella, haizzz i tak tukar baju lagi nih, kang x pasal-pasal pakai baju buruk pulak kan..kihkihkih..

Sebelum menjadi lebih buruk jom kita lihat resepi muffin yang buahnya malatop malatop bila dibakar..buah nih i beli minggu lepas, dari sehari ke sehari tak tahu nak bikin apa, akhirnya terjadilah kejadian meletup di dalam oven iaitu red currant muffin..






Bahan-bahan..
1 biji telur A
120 gm susu segar
130 gm yogurt biasa
50 gm minyak zaitun
220 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1/4 sdk garam halus* - *satukan dan ayak
130 gm gula kastor
200 gm red currant - gaulkan dengan sedikit tepung - tapiskan

Cara-caranya..


1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan telur, susu segar, yogurt dan minyak zaitun, pukul sehingga sebati.

2. Masukkan bahan-bahan kering yang telah di ayak sedikit demi sedikit kedalam adunan basah dan gaul rata, jangan terlebih pukul, cukup sekadar rata dan sebati.


3. Tambahkan red currant dan gaul perlahan. 
(simpan sedikit red currant untuk hiasan diatas muffin seperti gambar dibawah)




4. Sediakan loyang muffin, letak papercup dan sudukan adunan sehingga penuh papercup. 


5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.


6. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.




i kasik 4 daripada 5 bintangg..

Sunday, 7 July 2013

DOUBLE CHOCOLATE BANANA MUFFIN

Assalamualaikum..
Masih berjiwa muffin, rasanya dalam tempoh sebulan nih i banyak buat pelbagai jenis muffin. Ini salah satu muffin yang terbaru i kongsikan, 2 minggu lepas i ada buat tapi tidak berkesempatan nak update.

Resepi untuk muffin kali ini i ambil dari blog STACI dan terima kasih kepada beliau kerana berkongsi resepi kepada seluruh dunia, cumanya i buat pertukaran sedikit di bahagian bahan penaik.



Bahan-bahan..
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 sdk baking soda*
1 1/2 sdk double acting baking powder*
1/4 cawan serbuk koko*
1/4 sdk garam halus* - *satukan dan ayak bersama
1 cawan gula kastor
1 1/3 cawan pisang - dilecek lumat
1/3 cawan minyak jagung
1 biji telur A
1 cawan coklat chip

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar satukan bahan-bahan yang diayak bersama gula dan gaul sebati.
2. Didalam bekas sederhana besar pula, satukan pisang lecek, minyak jagung dan telur, gaul sebati.
3. Masukkan adunan kering sedikit-sedikit kedalam adunan pisang dan gaul sebati hingga rata, jangan terlebih gaul.
4. Masuk pula coklat chip dan gaul perlahan.
5. Sediakan loyang muffin bersama papercup dan isi penuh adunan kedalam papercup.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30-35 minit.

Monday, 17 June 2013

BANANA MUFFIN

Assalamualaikum..
Haaa muffin lagik..sejak sejak dah mengenali "saspek utama" nih..asyik buat muffiiiinnnnn aje kan.., iyaa memang benar, lagi pulak buat muffin nih kan senang aja, tidak memerlukan mixer..guna tangan sahaja uuuu..

Tambahan pula adik minta muffin pisang dan  adik besar i Hney Machal pun suruh i buat untuk rujukan beliau, memang tidak dinafikan muffin pisang ini sangat gebu..
Jom kita lihat resepi asal DISINI tetapi i telah menukarkan dari baking powder ke double acting baking powder.




nampak macam keras tapi rupenya lembutttt..


Bahan-bahan..
280 gm tepung gandum*
1 sdk double action baking powder*
1/2 sdk baking soda*
1/2 sdk garam halus* - *satukan dan ayak
250 gm pisang - lecekkan
120 gm gula kastor
1 biji telur - pukul sedikit
90 gm susu segar
90 gm minyak jagung

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana, satukan pisang yang telah dilecek bersama gula kastor, telur, susu segar dan minyak, gaul sebati.
2. Masukkan adunan kering yang telah diayak dan gaul rata, JANGAN TERLEBIH GAUL.
3. Sediakan loyang muffin bersama papercup dan tuangkan sepenuhnya adunan dalam papercup.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedia untuk hidangan petang.




nampak tak dalam lubang muffin tu ada air..
haaa..
itu tips dari SIS AYU..katanya supaya muffin naik lebih gebu..
terima kasih sis atas tips ini..



Wednesday, 5 June 2013

CHOCOLATE CHIP MUFFINS

ASSALAMUALAIKUM..
Wahhh!! mood membuat muffin pulak sekarang kan, yerla..sejak i dah tahu punca utama untuk menjadikan muffin yang montok dan membukit, i rasa tak mahu melepaskan "saspek utama" nih, mungkin ramai dah sahabat-sahabat yang sudah tahu sebelum nih..cuma setakat nih belum lagi ada yang sudi berkongsi secara mendalam.

Walau macamana pun bersyukur kerana dengan secara tidak sengaja dan secara membuta tuli telah terkeluar teknik membuat muffin yang montok begini. Alhamdulillah.

Malam ini walaupun sebenarnya penat dengan tempahan, i merajinkan diri untuk buat satu lagi jenis muffin untuk dibawa ke Kuala Lumpur esok sebagai bekalan kami sekeluarga.
Untuk yang ingin mencuba, dapatkan "saspek utama" dulu ya sis semua, jom cuba, resepi asal DISINI..




yang nih i koyakkan kemontokkan..



Bahan-bahan..
250 gm susu segar
90 gm butter cair @ minyak jagung
1 biji telur A
1 sdk esen vanilla
250 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk serbuk soda*
2 sdb serbuk koko* - satukan dan ayak
150 gm gula kastor
150 gm coklat chip
50 gm coklat chip - tabur

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan susu segar, butter cair, telur dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
2. Gaul bahan-bahan kering yang telah diayak bersama gula kastor dan coklat chip.


3. Tuang adunan basah kedalam adunan kering dan gaul rata, JANGAN TERLEBIH GAUL.

4. Sediakan loyang muffin bersama papercup dan tuang adunan dengan isian yang sangat penuh.
5. Taburkan coklat chip sebagai hiasan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.
7. Kelurkan dari oven dan sejukkan atas redai.


loyang muffin yg i gunakan..
papercup saiz M dan menghasilakn 18 biji muffins..



Monday, 3 June 2013

VANILLA MUFFIN

Assalamualaikum..
Seperti yang telah i janjikan di Facebook untuk berkongsi resepi yang mudah untuk membuat muffin yang gebu dan montok seperti ini, hari ini..malam ini i amat tidaklah sibuk dan inilah masanya i berkongsi resepi ini.

Sahabat-sahabat yang ingin mencuba dipersilakan ya, cuma mohon maaf i sangat terlupa dimana i cedok resepi ini. Terima kasih pada penyumbang.
Kepada yang ingin mencuba bolehlah buat separuh adunan dan jika ikut pada resepi dibawah, boleh menghasilkan 29 biji muffin montok untuk 'papercup' saiz M.

Muffin ini juga adalah atas permintaan adik untuk kudap-kudapan beliau.






inilah wajah ceria selepas mamanya selesai menyiapkan muffin idaman..
dengan rela hati nak sangat bergambar..


Bahan-bahan..
6 biji telur
100 susu segar
2 sdk esen vanilla
410 gm tepung gandum*
3 sdk baking powder*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak
250 gm gula kastor
170 gm butter - cairkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, esen vanilla dan gaul perlahan.
2. Masukkan bahan-bahan kering yang telah di ayak bersama gula dan gaul rata dengan spatula, jangan terlebih pukul.
3. Tuang butter cair dan gaul sehingga sebati.
4. Sediakan loyang muffin yang telah tersedia bersama 'papercup', tuang adunan sehingga penuh dalam 'papercup'.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.




pada pendapat i, dengan menggunakan loyang inilah yang menjadikan muffin anda naik mencanak dengan isian penuh dalam 'papercup'..
i dah cuba beberapa kali dengan resepi yang berlainan..
daannnnnnn..
ini adalah SUSPEK UTAMA..
hahahha..
loyang nih i beli dah lamaaaa sangat kat BAKE WITH YEN dengan harga rm17++..

Thursday, 24 May 2012

BANANA CHOCOLATE MUFFIN

As-salam sahabat..
Harini "banana chocolate muffin" order dari puan diana sebanyak 150 pcs saiz M beserta "carrot cake"..muffin nih memang anak2 pun suka dan rata2 memang ramai yang suka, alhamdulillah, harini i buat lebih sikit untuk anak2 sekali, buat minum petang nih juga, resepi dah ada sebelum nih tapi i masukkan sekali lagi yaa..tengah rajin hehehhe..






yang nih buat anak2 makan saiz XL..

Bahan2..
80 gm gula perang
1 sdb ovallete
4 biji telur
260 gm pisang berangan - dilecek
1/2 sdk esen pisang
250 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
80 gm dark chocolate compound - disagat kasar
220 gm butter - cairkan
100 gm chocolate chip - hiasan

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul sebati gula perang dan ovallete, diikuti dengan telur, pukul sehingga naik sekali ganda.
2. Masukkan pisang lecek, gaul lagi.
3. Tuang adunan tepung sedikit2 danterus digaul rata.
4. Tambahkan chocolate compound, gaul lagi.
5. Tuang butter cair dan gaul sehingga adunan sebati sepenuhnya. Kalau guna mixer, gunakan kelajuan paling perlahan dan pukul hanya beberapa saat sahaja.
6. Tuang dalam papercup bersaiz 2.5oz (M) sehingga hampir penuh dan taburkan chocolate chips.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35-40 minit.
8. Sejukkan atas redai, adunan ini menghasilkan 23-25 biji muffin untuk saiz M.
9. Hidangkan untuk hidangan petang.






tempahan dari puan diana..alhamdulillah, diharap puan diana berpuashati dengan muffin ini, insyaallah..






carrot cake 2kg juga tempahan dari puan diana..
klik sini untuk RESEPI yaa..

Monday, 23 January 2012

BANANA CHOCOLATE MUFFIN

As-salamm semuaaa..
Kongsikongsikongsinii..heheheh..GONG XI FA CHAI..i ucapkan sekali lagi pada SHIRLEY dan jiran i, nama xtau sebab i panggil aunty aje hehhehe dan juga seluruh kaum cina..tadi lepas i buat kek carrot i terus buat muffin banana nih untuk di beri hadiah kepada shirley dan my jiran..kebetulan ade pisang kat umah nih yang menanti kebusukan..so sebelum busuk bauk i buat bende yang bule di makan kannnn..


memangg sedapppp..


resepi klik SINI ya sahabat2..


nih tariang naga kat sebelah umah i petang tadi..dung dung cheng dung dung chenggggg..hehehhe..


nih aunty sebelah kasik anak2 i angpow dan limauu..tq aunty..

Tuesday, 17 January 2012

MUFFIN KELEDEK BLUEBERRY

As-salammm sahabat2kuuuu..
haaaaaa arini i cube resepi yang memang x pernah buat penjang hidupku..keledek banyak sangat, separuh dari tu i dah kasik kat kawan2, nih baki2nya laa, memang x buat ape pun dari aritu, xkan keledek tu asik2 nak buat keria..asik2 nak buat cucur badakk kannn..buat la lain dari yang lainn..jadi terhasillahh muffin keledek dan i tambahkan pulak dengan blueberry segar dari ladanggg..cewahhh..xde laaa..orang kasik blueberry tu dah sebulan dah dok dalam fridge hahahha..tima kaceh sis Jana, baru arini berkesempatan menggunakannya, blueberry nih memang tahan lama tauuu..x caya cer teraiii..ok ok ok dah jom kite pi tengok resepinya..resepi nih sebenarnya asal dari muffin labu klik sini yang i pernah buat dulu pastu i tukarkan ke keledekk heheh..jom jom tengok..


nasib baikkk jadikkk uuu..


keledek dah buat muffin cenggini baru anak2 makan..


amaciammm ok x keledek i buat muffin??


memang gebuu uuu..cuba laa..

Bahan2 A..
150 gm butter
150 gm gula castor
2 biji telur A
200 gm tepung gandum**
2 1/2 sdk baking powder**-**satukan dan ayak
80 ml susu segar
50 ml whipping cream
200 gm keledek oren - buang kulit - rebus - lecekkan - sejukkan*
15 gm butter*
20 gm gula castor* - *satukan dan gaul sebati
100 gm blueberry segar

Cara2nya..
1. Pukul butter dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur sedikit2 dan terus pukul lagi.
3. Satukan susu segar dan whipping cream, masukkan tepung yang di ayak bergilir2 dengan dengan adunan susu tadi.
4. Tambahkan adunan keledek dan blueberry segar, kaupbalikkan adunan sehingga sebati.
5. Masukkan adunan dalam piping bag dan pipekan dalam papercup sebanyak 3/4 penuh.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan 170C selama 30 minit.
7. Sejukkan atas redai dan hidangkan buat minum petang.

Friday, 29 July 2011

RASBERRY LEMON MUFFIN


Assalamualaikumm n selamat petang sumee..ni kan lg brape ari jer nk puasa kan..mmg x sabar rasenya nk tunggu bulan ramadhan..so sebelum puasa ni i cuba buat muffin baru..semalam my sis datang umah, macam2 dia bagi kt i kan..antaranya buah rasberry..so i pun buat la muffin..buahnya pulak segar2 uu.., mmg sedap muffin nih, ade macem2 buah rasberry tu..tu yg syiok hehehhe..jom2 tgk resepi yg i amek kt intenet omputeh..


Bhn2..
1 biji lemon - sagat kulitnya
1/2 cwn gula castor
1 cwn buttermilk
1/3 cwn butter - cairkan n biar sejuk
1 biji telur A
1 sdk esen vanilla
1 sdk jus lemon
2 cwn tepung gandum*
2 sdk baking powder*
1 sdk baking soda*
Secubit garam* - *satukan n ayak
1 1/2 cwn rasberry segar

segarkan rasberrynya..

Cara2nya..
1. Satukan kulit lemon n gula dlm pengisar n kisarkan shingga lumat.
2. Masukkn buttermilk, butter yg telah dcairkan, telur, esen vanilla n jus lemon, kemudian kisar lg shingga btol2 sebati, seperti gambar dbwh.


3. Tuang adunan yg dkisar td ke dalam adunan tepung yg telah dsatukan n d ayak td, gaul shingga sebati dgn menggunakan spatula.


4. Masukkn rasberry segar ke dlm adunan n gaul perlahan n rata.


5. Sudukan adunan dlm papercup yg sesuai n bakar dlm oven yg telah dpanaskan dgn suhu 180C selama 30 mnt, bole dhidangkan utk minum petang.