Followers

Showing posts with label TA-Q-BIN. Show all posts
Showing posts with label TA-Q-BIN. Show all posts

Friday, 13 July 2012

TA-Q-BIN YAMATO TRANSPORT (M) S/B

As-salam dan selamat sejahtera semua sahabat2..


YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD atau TA-Q-BIN adalah syarikat pengangkutan sejukbeku satu-satunya di Malaysia. Baru beroperasi hampir 1 tahun dalam pengangkutan sejukbeku. Memang sesuai bagi para-para 'baker homemade' seperti saya dan sahabat-sahabat diluar sana. Ini adalah satu-satunya peluang anda untuk mengembangkan lagi produk anda kepada mereka yang jauh. Di samping dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga anda.

Untuk sementara ini TA-Q-BIN hanya membuat penghantaran hanya di JOHOR (kecuali batu pahat & kluang), SELANGOR (kawasan terpilih), seluruh KUALA LUMPUR, PENANG dan hanya sehingga SUNGAI PETANI, KEDAH. Untuk itu bagi mereka-mereka yang berada diluar kawasan yang tidak dinyatakan harap bersabar, tidak lama lagi bakal ada cawangan di setiap negeri. Di jangkakan MELAKA bakal dibuka pada October tahun ini, diikuti NEGERI SEMBILAN dan IPOH pada tahun hadapan.

Produk-produk diambil terus dari rumah penghantar. Pekerja-pekerja juga memberikan perkhidmatan yang mesra alam bersama pelanggan, itu yang kita mahukan. Waktu operasi adalah pada setiap hari termasuk sabtu dan ahad. Kerana itulah TA-Q-BIN pilihan saya. KOS PENGHANTARAN juga berpatutan.


yang nih namanya AZMAN..hehhe..senyummm jer dia kan..


yang nih pulak ADHAM..ala ala malu malu meoowwww..kihkihkih..


senarai pendek harga penghantaran..


selesai kelulusan barulah boleh dapat slip macam nih dan baru bole guna perkhdmatan ini..


Kepada sahabat-sahabat yang ingin menggunakan perkhidmatan TA-Q-BIN boleh menghubungi terus di talian bebas tol 1800-8-TAQBIN (827246) untuk keterangan lebih lanjut atau juga boleh mendaftar secara ONLINE dan kepada sahabat-sahabat diluar sana yang ingin membuat tempahan kek melalui pos bolehlah tinggalkan pesanan di FB (SHUHAIRI SHUHAINI) atau hubungi saya di talian 016-7614744.

Di bawah antara produk-produk saya yang telah di hantar kepada pelanggan dalam keadaan yang sungguh baik. Setakat ini, memang tiada masalah dan saya berpuashati dengan perkhidmatan yang telah di beri. Terima kasih dari saya kepada PUAN SITI HAFIZAH yang telah memperkenalkan TA-Q-BIN kepada saya.


penghantaran yang pertama pada 4/7/12..di ambil oleh ADAM..
alhamdulillah dua-dua kek dalam keadaan yang sangat baik..


masa nih AZMAN tengah makan kek yang i bagi..ambooiiii suka ko kan man..ekekke..


penghantaran buat kali kedua pada 10/7/12..
di ambil oleh ADHAM..


masa nih ADHAM malu2 bile i amek gambar nih..hehe..


yang nih ADHAM beritahu tempat penyimpanan sejukbeku..suhu dalamnya -20..


penghantaran kali ketiga 11/7/12..
diambil oleh ADHAM sekali lagi..




penghantaran kali keempat pada hari ini 12/7/12..
diambil oleh AZMAN pula..
nih AZMAN tengah tampal2 dan 'key-in bar code tracking number'


hati-hati meoowwww tecikkk..nih AZWAN cakap aekk heheh..


yang nih pulak tempat penyimpanan 'chiller'..


lori dah berlepasssss..byeeee..