Followers

Sunday 23 February 2014

IKAN KEMBUNG MASAK TIGA RASA

Assalamualaikum..

Teka teki dari Adik..

Banyak banyak ikan..
Ikan apa yang selalu sakit perut??

HAHAHAHHA..Adikkk..adikkk..

Jawapannya ialah..

IKAN KEMBUNGGGGG..hahahha..

Jadi..malam nih kita makan 'ikan sakit perut eyh adik'. Kebetulan tadi selepas suami keluar ke kelab golf, i tanya nak masak ke tidak..jadi suami kata masak la yang simple-simple. Sebenarnya kami jarang sangat makan malam di rumah..kalau sebulan tu mungkin satu atau dua kali aja..selebuhnya memang kami makan diluar..makan tom yam ke..nasi lemak ke kann..

Tambahan pula, 2 orang anak kami kedua-duanya telah tinggal di Kuala Lumpur. jadi tinggallah kami 3 beranak..ok lah..jom kita perhatikan resepinya. I rasa tak rugin mencuba..memang sedap..


Bahan-bahan..
3 ekor ikan kembong - cuci-rendam air asam-cuci bersih-gaulkan dengan garam dan kunyit-goreng garing
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 biji cili merah besar* - *kisar kasar
2 sdb cili kering kisar
1 sdb sos tomato 
2 sdb besar sos ikan
1 sdb gula
3 sdb sos cili
1 sdb jus lemon
1 sdk kicap manis
1/2 cawan air panas
Sedikit garam dan perasa
1 kuntum bunga kantan**
1 batang serai**
2 helai daun limau purut**
7 biji cili api** - **hiris halus
1 potong nenas - potong kiub

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar kasar sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili kering kisar, biarkan cili masak sebentar.
3. Masukkan sos tomato, sos ikan, gula, sos cili, jus lemon dan kicap manis, masak sehingga mendidih.
4. Tambahkan air gaul lagi dan tambahkan garam dan perasa.
5. Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama nenas dan biarkan masak selama 5 minit.
6. Sediakan ikan didalam piring yang sesuai, tuang kuah yang telah dimasak diatas ikan dan hidangkan.




KEK LAPIS PELANGI sekali lagi permintaan dari ADIK..

Assalamualaikum..
Kek Lapis Pelangi sekali lagi permintaan dari Adik. Kek lapis ini memang dah jadi kegemaran adik. Pertama kali i buat bulan lepas memang nampak Adik suka sangat. Kali nih Adik minta, hampir 2 minggu baru terlaksana..aduuhh kesian Adik..hari-hari mama tak sempat nak penuhkan permintaan Adik dan syukur Alhamdulillah semalam terlaksana juga.

Masa sedang membakar pun berkali Adik sibuk tanya.. "mama..dah siap..?"..memang Adik tak sabar nak makan. Pagi tadi pergi sekolah memang manjadi bekalan Adik ke sekolah.

Kali ini i buat pertukaran dari segi warna pula dan i rasa kali ini pembuatan kek lapis ini nampaknya seperti ada kemajuan, macam cantekk jeww..macam comell jew..hehehe..(jangan la kata i perasan hokey..i nak belajar nih kihkihkih)..












Thursday 20 February 2014

KEK LAPIS PELANGI

Assalamualaikum..
Ketemu lagi kita untuk hari ini ya. Sebenarnya hidangan kali ini pun adalah hasil dari yang lepas. Hari ini yang berkesempatan nak update. Hidangan buat keluarga yang datang ziarah masa Tahun Baru Cina yang lepas. Jangan mintak-mintak hokey..dah habis dah..baja pun takde kehkehkeh..

Untuk pertama kali i buat kek lapis pelangi ini, dan i pun sangat tak pandai dalam pembuatan kek-kek lapis. I cuba mencuba dan terus mencuba. Kek Lapis Pelangi ini juga menjadi antara kek yang Adik suka, mungkin adik suka sebab warna kot kan.

Resepinya pula i dapat dari rumah sis QASEY HONEY yang comel lote tuuu..alaa takkan tak tahu. Apa pun terima kasih pada beliau atas perkongsian resepi ini dan i kongsikan disini ya sis. Terima kasih sekali lagi. Untuk pengetahuan i ada buat ubahsuai dari segi cara-cara dan penambahan spekuk. Jika ingin resepi asal dan cara-cara yang asal sila ke rumah sis Qasey Honey ya..









Bahan-bahan..
10 biji telur A
150 gm gula kastor
1 sdb ovallete
500 gm mentega
300 gm susu pekat manis
150 gm serikaya
1 sdk perasa vanilla 
300 gm tepung hong kong*
100 gm serbuk horlick*
1 sdk spekuk* - *satukan dan ayak
1 sdk pewarna ungu
1 sdk pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah
100 gm mentega @ jem - untuk dioles

Cara-caranya..


1. Dalam mangkuk mixer, pukul telur bersama gula kastor dan ovallete sehingga naik sekali ganda seperti dalam gambar. Ketepikan.

2.Dalam mangkuk mixer yang bersih, pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga putih berkrim dan kemudian masukkan serikaya dan perasa vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan adunan telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan mentega dan pukul sehingga kedua-dua adunan sebati.
4. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan tepung sebati dengan adunan yang lainnya.


5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dimana satu bahagian adalah sebanyak 340 gram dan berikan 1 warna kepada 1 bahagian.

6. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci yang telah dioles dengan mentega atau 'spray cooking' dan lapikkan kertas minyak serta oleskan sekali lagi.
7. Tuang separuh bahagian untuk satu warna sebanyak 170 gram bermula dengan warna ungu kedalam loyang dan ratakan. Ini bermakna satu warna mempunyai 2 lapisan. Warna kedua ialah biru, hijau, kuning, oren dan merah atau anda boleh la mengikut turutan warna yang anda suka.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C dengan api atas bawah selama 8 minit dan api atas sahaja selama 5 minit. Proses dan masa pembakaran mengikut kesesuaian oven masing-masing.
9. Keluarkan loyang dari oven, tekan-tekankan kek dengan penekan kek lapis atau perata fondant dan oleskan bahagian atas kek dengan mentega @ jem.
10. Isikan separuh bahagian yang berbaki tadi, ratakan dan bakar semula dalam oven dengan suhu 200C dan hanya dengan api atas sahaja selama 15 minit. Ingat! Proses pembakaran mengikut kesesuaian oven masing-masing.
11. Ulangi langkah 9 dan 10 sehingga habis keenam-enam warna.
12. Sapu mentega @ jem pada lapisan terakhir kek lapis dan bakar dengan api atas dan bawah dengan suhu 180C selama 5 minit dan api atas sahaja selama 5 minit.
13. Keluarkan dan sejukkan kek atas redai selama 10 minit baru dikeluarkan kek dari loyang.
14. Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah dipotong untuk hidangan.



Terima kasih juga pada jiranku yang sudi tempah kek rainbow dibawah buat ayahnya..




Wednesday 19 February 2014

MINI FRUIT TART

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Harap-harap kalian semuanya sihat walafiat. Sebenarnya i pun tidak berapa sihat sejak Tahun Baru Cina yang lepas sebab tu lama menyepi. Kebetulan ramai ahli keluarga yang datang sempena cuti panjang, jadi bertambah-tambah lah sibuknya dan tak sihatnya.

Dalam pada itu sempat juga i siapkan pencuci mulut ini. Lama sangat tak buat 'fruit tart' ini. Kebetulan memang ada kulitnya yang i beli dari Sis Rahayu Md Yunus. maka terus terjadi fruit tart. Alhamdulillah rizki tetamu yang hadir.






Bahan-bahan kastad..
200 gm susu segar
1 sdk esen vanilla
1 biji telur
5 sdb gula kastor
3 sdb tepung kastad
1/2 sdk spekuk - pilihan
Raspberry*
Blueberry*
Anggur* - *utk hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan susu segar dan esen vanila dalam periuk kecil.
2. Dalam bekas lain, pukul telur dan gula kastor sehingga sedikit kembang dan masukkan adunan tepung kastad dan spekuk dan gaul rata.
3. Tuangkan sebahagian susu panas dalam adunan kastad dan gaul kemudian tuang kesemua adunan kastad bercampur susu panas tadi kedalam periuk lebihan susu segar tadi dan masak sehingga adunan kental.
4. Tutup api dan sejukkan sebentar. Masukkan adunan dalam piping bag.
5. Sapu coklat filling pada dasar kulit tat, ini untuk memastikan kulit tat tahan lama ranggupnya. Kemudian barulah pipe kan adunan kastad kedalam tat dan hiaslah dengan buah-buahan segar.


Nota : Adunan kastad ini cukup untuk 30-40 biji sahaja.