Followers

Sunday 24 March 2013

BERSYUKUR ATAS RIZKINYA..

Assalamualaikum..
Bersyukur pada setiap hari dengan tempahan yang di beri olehNya.




chocolate moist cake..
tempahan dari Johor Bharu..


marble cheese brownies
single cheese - RM60.00
double cheese - RM80.00
10 inci..
DI BUKA UNTUK TEMPAHAN


kek sarang semut @ kek gula hangus
RM50.00 - 8 inci..
DI BUKA UNTUK TEMPAHAN..

Friday 22 March 2013

TEMPAHAN LAGI..SYUKURRR..

Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah dengan rizkiNya yang tidak putus-putus.


10 inci rainbow cake dan 8 inci red velvet..
frosting kesemuanya buttercream..
free untuk patung pengantin dan pisau beserta riben mengikut tema..
harga hanya RM380.00..


10 inci rainbow cake bersama buttercream..
untuk hantaran kahwin..
harga hanya RM200.00


Promosi kek sponge vanilla/strawberry/choc bersama ruffled buttercream design..
hanya RM50.00..



Promosi kek sponge vanilla/strawberry/choc bersama roses buttercream..
hanya RM50.00..



rainbow cake in jar..
RM7/jar..

Wednesday 13 March 2013

RAINBOW CAKE IN JAR

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah rizki masih lagi ada untuk 'cake in jar'. Tempahan dari sis Najah dari Seri Kembangan, Selangor dan telah i poskan tadi, In Sha Allah esok sampai ke tangan pelanggan.

Terima kasih juga atas tempahan ini, mohon maaf jika ada yang terkurang, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Kepada yang belum pernah merasa, ingin mencuba dengan kek yang penuh dengan warna warni berserta krim berperasa cheese, i ada buat lebih untuk yang ingin membeli, boleh terus telefon/sms di talian 0167614744 untuk tempahan, selagi stok masih ada ya..






rugi tak cuba..


Friday 8 March 2013

KELAS DAN TEMPAHAN

Assalamualaikum..
Selesai sudah kelas 'steam buttercream' untuk hari ini bersama Puan Anita Zahari, kelas yang tertunda hampir 2 minggu akhirnya dengan rizki Allah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Puan Anita Zahari dan kepada semua yang menempah kek dan pavlova. Terima kasih di atas sokongan kalian semua.




semuanya di lakukan dari pelajar..


terima kasih Puan Anita Zahari yang mengikuti kelas 'steam buttercream' pada hari ini..


marble cake buat my neighbour..


pavlova untuk penghantaran di Selangor dan Penang..





Monday 4 March 2013

TEMPAHAN LAGII DAN LAGII, SYUKURRR..

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Minggu lepas adalah minggu yang sedikit sibuk, apatah lagi ramai yang melangsungkan pertunangan dan hari bahagia, jemputan pun ada yang tidak dapat hadir di sebabkan kesibukan membuat kek. Mohon maaf kepada yang menjemput, semoga kalian kekal ke syurga, aminn.

Antara tempahan lewat malam tadi, rainbow cake dan red velvet cupcakes, terima kasih kepada yang menempah, mohon maaf jika ada yang terkurang.




rainbow cake with creamcheese frosting..


red velvet..

Saturday 2 March 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH DENGAN RIZKINYA..

Bismillahhirrohmannirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian sahabatku.

Syukur, Alhamdulillah di atas rizki yang di beri olehNya untuk minggu ini. Walaupun kini i sudah tiada pembantu untuk membantu dalam serba serbi tetapi anak-anak dan suami masih mahu membantu lagi-lagi dalam pembikinan kek-kek yang ditempah, terima kasih pada semua ahli keluarga yang amat i sayangi.

Antara tempahan yang telah di terima dan telah selesai dilaksanakan, semoga semua yang menempah berpuas hati, mohon maaf dan mohon halal jika ada yang terkurang, sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari diri i sendiri, amin..






3 tingkat kek perkahwinan, 30 biji vanilla poppy seed cuppies dan rainbow cake untuk hantaran..
dari Puan Liza.






Rainbow cuppies untuk hantaran pertunangan buat Cik Nurul Aniza..






Rainbow cake in jar dan pavlova buat Puan Siti Aishah dari Johor, Puan Noorazniah dari Kedah, Puan Faziah dari Selangor dan Cik Nurin dari Selangor.