Followers

Sunday 30 November 2014

STEAM BROWNIES STRAWBERRY CHEESE

Assalamualaikum..
Lama sungguh i tak buat kek ini..ada dalam 3 tahun. Hari ini tempahan untuk kek ini kembali lagi. Syukur Alhamdulillah terus menerus dengan rizki yang tidak putus.

Kebetulan tempahan dari customer, i buat lebih adunan buat keluarga. Bila makan, teringat akan Amanda Brownies dari Bandung yang popular tu. Bila la nak pergi lagi ya? Memang rancang nak pergi dalam masa terdekat. Kalau ada yang nak join sekali jom laa hehehe..call i hokey..

I kongsikan sekali lagi resepi di sini. Asal resepi ini i dapat dari rakan FB kalau tak silap saya dan terlupa namanya. Minta maaf ya sis, jika u terbaca, ribuan terima kasih dari i. 





Bahan-bahan brownies..
80 gm mentega - suhu bilik
50 gm coklat compound - potong kecil
130 gm gula kastor
5 biji telur
1 sdk coklat emulco
50 gm tepung superfine*
30 gm serbuk koko*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan cheese..
50 gm gula kastor
30 gm ovallete
3 biji telur
50 gm tepung superfine*
30 gm tepung jagung* - *satukan dan ayak
200 gm cream cheese
3 sdb susu pekat manis
1 sdk strawberry emulco
60 gm minyak jagung

Cara-cara brownies..
1. Satukan mentega dan coklat compound dalam bekas aluminium dan cairkan mengikut kaedah 'waterbath'. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang sekali ganda.
3. Masukkan adunan coklat yang telah sejuk bersama coklat emulco dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masuk pula adunan kering yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga rata.
5. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak dan telah dioles sedikit mentega.
6. Panaskan periuk kukusan sehingga berasap dan kukus brownies selama 30 minit.
7. Sementara itu sediakan adunan lapisan atas.
8. Dalam mangkuk pengadun, pukul gula kastor, ovallete dan telur sehingga naik sekali ganda.
9. Masukkan adunan tepung superfine dan tepung jagung dan gaul rata dan sebati. Ketepikan.
10. Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga sedikit lembut.
11. Tambahkan susu pekat dan strawberry emulco, pukul sehingga sebati.
12. Tuang adunan nombor 9 kedalam adunan cheese dan pukul lagi bagi rata.
13. Akhir seklai tuang minyak jagung dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga adunan betul-betul rata dan sebati.
14. Keluarkan brownies dari pengukus, lorek-lorekkan brownies dengan garfu, ini supaya adunan cheese melekat dengan brownies dan tuang adunan cheese diatas brownies dan ratakan.
15. Kukus semula selama 30 minit.
16. Keluarkan dan sejukkan atas redai.





Saturday 29 November 2014

AMIN..AMIN..AMINN..

Assalamualaikum..
Selesai sudah untuk kesemua tempahan buat minggu ini, Syukur yang tidak terhingga diatas pemberianNYA yang tak pernah putus. 

Terima kasih kepada semua yang mempercayai hasil dari Juicy Cafe, semoga kalian berpuas hati dengan hasilnya. Mohon maaf dari kami jika banyak kekurangan.

Kepada yang ingin mencuba boleh terus Whatsapp kami di talian 016-7614744.




cotton japanese cake..
pos ke Shah Alam.


marble rainbow dan chocolate cake..
pos ke Bandar Saujana Putra..


kek buah pos ke Kuala Lumpur..


roti sarang lebah COD ke Kulaijaya..


kek buah COD ke Singapore..


cake in jar..
salted caramel, red velvet & chocolate moist
COD ke Singapore


mini pavlova juga buat orang Singapore..


marble rainbow..buat orang JB..


brownies cheese untuk orang JB juga..


siap pack..

Terima kasih buat semua yang sudi menempah berulang kali. Mohon maaf jika ada kekurangan dari pihak kami Juicy Cafe.

Terima kasih semuaa..

Friday 28 November 2014

PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA

Assalamualaikum..
Pau Sambal atau Burger Malaysia?
Ada yang panggil pau sambal dan ada yang panggil burger malaysia. Bagi i mana-mana pun ok kan. Sepatutnya Pau Sambal ini i bawa ke Kuala Lumpur bekalan untuk anak bujang disana tetapi meeting telah dibatalkan dan pemergian ke Kuala Lumpur juga i batalkan. 

Lebihan pau yang ada kita sedekahkanlah yaa. Itulah dia..kita mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Pasti ada hikamh disebaliknya.






Bahan-bahan..
200 gm air suam
500 gm tepung gandum
100 gm mentega
100 gm gula kastor
11 gm yis kering

1 biji telur
1 sdk bread improver
Timun secukupnya - hiris halus
Daun salad secukupnya

Sambal ikan bilis

Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Dalam mangkuk breadmaker, tuang air suam diikuti bahan-bahan lain.
2. Tekan 'setting dough' selama 1 1/2 jam atau boleh juga setting dough masa 15 minit dan tunggu sehingga selesai.

3. Keluarkan doh, uli dan tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin, ambil doh sebanyak 50 gram, uli menjadi bulat, susun atas loyang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan doh naik sekali ganda lagi, buat sehingga selesai. Dapat 15 biji untuk 50 gram.
5. Panaskan minyak penuh dalam kuali, goreng pau dengan api sederhana sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
6. Belah pau dengan pisau bergigi, jangan sampai putus, isikan hirisan timun bersama sambal dan salad.
7. Siap dihidangkan.

Bahan-bahan sambal tumis..
1 mangkuk ikan bilis halus - cuci - toskan - goreng
2 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk lumat
30 tangkai cili kering - rendam air panas - toskan - kisar halus
5 sdb gula
1 sdk garam (tambah jika kurang)
1 sdk perasa
1 sdk asam jawa ADABI

1/2 cawan air

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering yang telah dikisar, kacau sehingga masak.
3. Tambahkan gula, garam, perasa dan asam jawa, gaul lagi biar sebati.
4. Tuang air dan terus kacau sehingga mendidih.

5. masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul lagi sehingga kering.



MARBLE RAINBOW

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..
Kek ini i dah buat 3 hari lepas. Sebenarnya sudah 2 kali customer tempah Marble Rainbow..cumanya i tidak berkesempatan untuk lihat dalam kek ini. Biasanya i akan buat dan beri terus pada customer dan tidak terfikir pun hendak minta customer tolang ambilkan gambar dalam kek.

Kebetulan kelmarin i tidak jadi ke Kuala Lumpur jadi kek pun tidaklah sampai ke tangan customer. Fikir punya fikir i pun buatlah simpanan untuk makan-makan. 

Pagi ini terdetik hati nak potong setelah 2 hari terperap dalam kotak. Bila sudah potong nampak cantik warna pelangi kek ini..(terperasan jap ahaks). yerla..kalu u kata tak cantik pun takpe hehehehe..




Bahan2..
250 gm gula kastor
1 sdb ovallete
5 biji telur A
300 gm mentega
280 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdb susu tepung* - *satukan dan ayak
30 gm gliserin
20 ml air mawar
1 sdk pewarna ungu
1 sdk pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah

Cara2nya..
1. Pukul gula dan ovallete sehingga rata, masukkan telur, pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga naik sekali ganda.
2. Dalam bekas lain, pukul mentega menggunakan mixer yang sama juga (tak cuci pun tak pe) sehingga putih.
3. Dengan kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit-sedikit dan pukul sehingga sebati.
4. Tuang adunan nombor 3 ke dalam adunan nombor 1 dan terus pukul sebati.
5. Satukan gliserin dan air mawar dan tuang dalam adunan dan pukul sebati sebentar.
6. Tutup mixer, bahagikan adunan kepada 6 bahagian dimana 1 bahagian lebih kurang 170 gram.
7. Letakkan setiap pewarna pada setiap bahagian dan gaul rata.
8. Sediakan loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dan dioles dengan sedikit mentega.
9. Tuang secara bergilir-gilir bermula pada bahagian tengah loyang dan setiap bahagian hentak-hentakkan loyang agar adunan rata.
9. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 175C selama 55 minit atau sehingga masak.


Sunday 16 November 2014

ALHAMDULILLAH..rizki dari NYA..

Assalamualaikum..
Masih lagi dengan tempahan-tempahan sepanjang minggu. Syukur Alhamdulillah dengan setiap pemberian dariNYA. Terima kasih juga buat anak perempuanku Awin yang membantu.

Kepada yang berminat ingin tempah boleh terus hubungi atau Whatsapp di talian 016-7614744. Terima kasih..





red velvet cake..
pos ke Shah Alam.




untuk customer dari Impian Emas, Johor.




cake in jar dan roti buat warga Singapore..

Wednesday 12 November 2014

TEMPAHAN lagii..Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..rizki yang berterusan sepanjang minggu. Kepada yang berminat, bolehlah terus menghubungi di talian atau whatsapp 016-7614744.




chocolate cake with snickers, kinder buenos, rock chocolate, strawberry & salted caramel..



rainbow cake with creamcheese frosting..






cake in jar..red velvet, chocolate moist & salted caramel chocolate cake..






roti sarang lebah pelbagai perasa..

Sunday 2 November 2014

KERABU MANGGA

Assalamualaikum..
Dalam kalian dok sibuk dengan Jeruk Mangga Asam Boi..i juga tidak ketinggalan walaupun i tak makan..jangan lupa dengan yang satu ini..haaa memang i suka..KERABU MANGGA.

Biasanya menu-menu kerabu nih i suka buat semasa bulan puasa sebab terserlah keseleraannya hehehe..tapi dok sibuk dengan jeruk tetiba teringat kat dia nih..lama la tak buat kan..jadi hari ini kita jadikan menu tengah hari kita tadi.


Bahan-bahan..
1 biji mangga muda besar - hiris kulit - cuci bersih - toskan - hiris memanjang
1 batang lobak merah - sagat memanjang
1 biji bawang merah besar*
5 biji cili api merah*
5 biji cili api hijau* - *hiris halus
2 sdb udang kering - rendam air panas - cuci bersih - toskan - kisar halus
2 sdb gula
1 sdb jus lemon
2 sdb sos ikan
Sedikit garam
3 sdb serbuk kacang tanah

Cara-caranya..
1. Dalam mangkok besar, satukan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati.
2. Tambah serbuk kacang tanah dan gaul lagi.
3. Siap dihidangkan.

Note : Kalau ada daun ketumbar lagi sedap.



TEMPAHAN lagii dan lagii..syukur..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih lagi menerima rizki dariNYA. Syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah.






MINI PAVLOVA
RM3.00/pcs


CONGO BARS
RM60.00/box


BLUEBERRY CHEESE TART
RM45.00/box or 150 pcs..








ROTI SARANG LEBAH with BUTTERSCOTH
- rempah manis
- cheese
- blueberry cheese
RM20.00/10" - 1 perasa
RM25.00/10" - 2 perasa