Followers

Friday 22 February 2013

SELESAI SUDAH, ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah selesai tempahan untuk hari ini. Di tempah oleh Uztaz saya dan sahabat baik saya untuk jamuan untuk di pejabat beliau. 

Terima kasih, semoga berpuas hati dengan kek ini, mohon maaf dan mohon halal jika ada yang terkurang.


tutty fruity cake..


roselle vanilla cake..





Thursday 21 February 2013

ASAM REBUS BERAPI

Salam tengahari semua..
Dah masak? Kalau dah masak mesti dah makan kan.., i juga baru selesai makan, hari ini i masak ikut permintaan Awin. Kali ini i buat memang berapi, sangat berasap, kepada yang suka pedas-pedas bolehlahh ikut cara dibawah ya..


Bahan-bahan..
5 ekor ikan selar - cuci bersih
1 biji bawang merah besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci kunyit hidup*
15 biji cili api merah*
4 biji cili hijau besar*
2 biji buah keras*
1 sdb belacan - dibakar* - *ditumbuk kasar atau lumat
1 biji bawang merah besar - belah 4
4 cawan air
4 keping asam gelugor
1 biji timun jepun - potong serong dan tebal
Garam, gula dan perasa
3 tangkai daun kesom

Cara-caranya..
1. Masukkan bahan-bahan yang di tumbuk ke dalam periuk bersama bawang merah besar, air dan asam gelugor dan panaskan sehingga mendidih selama 5 minit.
2. Masukkan garam, gula dan perasa, renehkan lagi 5 minit.
3. Masuk pula ikan dan timun dan renehkan sehingga ikan masak.
4. Tambahkan daun kesom dan tutup api.



PAVLOVA WREATH

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat semua..
Errrmm rasa lazatt.., ada rasa manis dan ada rasa masam. Lama sangat i tak buat pavlova nih, dulu i buat saiz mini aja kali nih i buat ala-ala macam bunga-bunga yang gantung kat pintu depan rumah tu hahahha..

Resepinya pula sama juga dengan resepi pavlova yang lain, cuma bentuk aja yang berbeza. Idea i dapat dari SINI. Sebenarnya nak buat bentuk apa pun boleh juga kan, asalkan kita kreatif, nak buat bentuk kucing..bentuk bunga..bentuk buah..aiissshh semua bentuk boleh la kan kan kan..

Apa lagi jom la kita turun ke bawah lagi..










Bahan-bahan..
150 ml telur putih (4 biji)
200 gm gula kastor
2 sdb tepung jagung
2 sdk cuka epal
1 sdk esen vanila
250 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk
14 biji strawberry - belah 2 atau 4
100 gm blueberry
2 biji markisa - ambil isinya
1 biji kiwi - potong dadu

Cara-caranya..
1. Isikan telur putih dalam mangkuk mixer, pukul sehingga berbuih.
2. Masukkan gula secara sedikit-sedikit dan terus memukul sehingga bertanduk.
3. Tambahkan tepung jagung sambil terus dipukul lagi.


4. Akhir sekali masukkan cuka dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan kesemuanya sebati dan rata.


5. Lukis di atas kertas minyak saiz loyang 10 inci dan di dalamnya bersaiz 5 inci, terbalikkan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang bersaiz 12 x 12 inci atau loyang bulat bersaiz 12 inci, lenserkan sedikit mentega.




5. Masukkan adunan dalam piping bag bersama nozel pilihan dan paipkan mengikut kreativiti masing-masing.


6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 130C selama 1 1/2 jam.

7. Tutup suis oven, buka pintu sedikit dan biarkan pavlova di dalam oven selama 1 jam.
8. Biarkan pavlova benar-benar sejuk, baru di letakkan non-dairy whipping cream di atasnya bersama buah-buahan pilihan.
9. Sejukkan dalam peti sejuk, potong dan hidangkan.




buah markisa..


Tuesday 19 February 2013

JUS ROSELLE & JEM

As-salam semua..
Tempoh hari i pergi ke Ayer Hitam, Johor, i memang suka sangat beli buah-buahan yang rata-ratanya boleh dikatakan segar, antara buah yang i beli adalah Roselle. Memang dah lama i nak buat tapi macam biasa lah ada saja yang tertunda. Kali ini rizki i dapat membeli dan membuat apa yang di hajati.

I buat jus dan jem sekali, mula-mula ingatkan suami tak suka, sekali bila i hidangkan terus suami suka. Suami i suka yang panas, i dan anak-anak suka yang sejuk, jem pun boleh tahan sedap.

Untuk resepi ini i buat pati, jadi amat senang kalau mahu bancuh, macam kordial yang biasa kita beli di pasaraya tu, cuma tuang sedikit pati roselle nih dan tambahkan air dan ais mengikut sukatan masing-masing.




sangat sedap jem nih..

Bahan-bahan..
30 biji roselle - kopek kelopak - buang biji - cuci bersih - toskan
2 liter air
5 cawan gula kasar
1 sdb tepung jagung*
4 sdb air* - *satukan dan gaul sebati


roselle panas buat suami tersayang..


Cara-cara jus roselle..


1. Masukkan kelopak roselle yang telah di cuci bersih ke dalam periuk besar bersama air.


2. Panaskan atas api dan masukkan gula, gaulkan sehingga gula cair.

3. Biarkan mengelegak dan renehkan selama 20 minit dengan api sederhana.
4. Tutup api, tapiskan air roselle. (jangan dibuang kelopak roselle dan tinggalkan sedikit air roselle untuk mengisar kelopak roselle untuk dibuat jem.)
5. Biarkan sejuk di suhu bilik baru disimpan dalam botol yang sesuai.

Cara-cara jem roselle..
1. Kisarkan kulit roselle yang di toskan tadi sehingga lumat.


2. Tuang dalam kuali, panaskan roselle sehingga sedikit kering.

3. Tuang adunan tepung jagung supaya adunan lebih pekat, gaul sebati renehkan dalam 10 minit.
4. Simpan dalam balang kaca dan sejukkan dalam peti sejuk.
5. Boleh di sapu pada roti atau membuat filling untuk pelbagai hidangan.




roselle yang telah di cuci..


nih biji dalam kelopak roselle tu..i buang aje..rasanya tak boleh buat apa pun hihi..saja jer tayang kat sini..

NASI AYAM ANGAH

Assalamualaikum semua..
Nasi Ayam Angah diperkenalkan oleh sahabat saya Puan Rini Musa, masa itu i baru berpindah di Kulaijaya nih dan memang tidak tahu restoran-restoran orang Islam. Tambahan pula i memang jarang sangat makan di luar di waktu itu, Syukur Alhamdulillah dan terima kasih pada sahabat saya.

Ada masa tiba waktu yang ketat dengan pelbagai hal dan kerja, kedai nasi ayam inilah yang menjadi santapan kami sekeluarga, anak-anak semua memang suka sangat dengan nasi ayam angah, suami i yang amat berkira dalam soal pemakanan juga mengatakan nasi ayam angah ini sedap.

Nasi Ayam Angah di buka dari jam 11 pagi sehingga ayam habis atau paling tidak sehingga jam 6 petang sahaja. Pelanggan memang ramai di waktu antara jam 12 tengahari sehingga 2 petang waktu orang-orang bekerja berehat.




masa i datang bawa tetamu, kedai nih tak buka habis lagi tapi syukur kami boleh masuk hihi..



ayam-ayam yang seksi sedang digantungkan hihi..


haaaa..ini lah nasi ayamnya, memang sedap..
cili pun sedap, sup pun sedap, tak la cair macam kedai-kedai lain tu huhuhu..


ini abah i, abaj pun kata sedap..ayam sedap..nasi sedapp dan lembutttt jer..


yang nih pula adik i dan anak-anaknya..


yang nih pula adik ipar i..apek adam kikiki..

Kepada sahabat-sahabat yang singgah atau bercuti di Johor, boleh lah bertandang di Restoran Nasi ayam Angah ini yang terletak bersebelahan dengan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya atau di belakang Mc Donald atau alamatnya di sini.

No. 1212, Jalan Kasturi 36/45, 
81000 Kulaijaya, 
Johor.

Monday 18 February 2013

BLACK WATER

Assalam..
Ayer Hitam atau nama gelaran yang i beri 'black water' hihihi.., memang mengelapkan wang bila ke sana, lagi-lagi kalau pergi Claytan Showroom, habis..punah..ranah..hancusss, anak hilang pun tak perasan..

Hari selasa yang lepas keluarga i datang bermalam di rumah, jadi rumah i penuh dengan anak saudara dan kaum kerabat semua, mereka nak sangat pergi ayer hitam, sebab tak pernah pergi, tu la i bawa. Hari rabu i pergi dengan abah, hari khamis pergi lagi dengan adik dan family nya, amboiii sampai 2 hari berturut-turut i pergi tau. Takpe la, lagipun i memang lama dah tak melawat 'black water' nih hihi..

Biasanya kalau i pergi Kuala Lumpur, i akan pastikan masa i nak balik i singgah 'black water' nih, macam-macam yang i beli, buah-buahan, kerepek-kerepek, pinggan mangkuk sudah semestinya la kan hihi..

Jom jom tengok..tapi i tak ambil banyak gambar, almaklum la sebenarnya sampai sini i lupa semuanya hehehe..


ini putu bambu yang selalunya i tak pernah lupa untuk beli..


Claytan Showroom
Ayer Hitam, Johor.




ini my abah tersayang..
abah i pun suka membeli belah pinggan mangkuk, 
kalau abah beli pinggan, abah suka yang besar, 
katanya luas sikit nak makan..
alaaa abahh nih, 
kalau nak luas guna la talam kehkehkeh..


ini warna kegemaran i tapi i tidak berminat, maaf ya hihi..


akhir sekali dekat kaunter, korang akan nampak slogan nih hahahhaha..
BIAR MENYESAL BELI, JANGAN MENYESAL TAK BELI..
hahahha..

Tuesday 12 February 2013

KEK SARANG SEMUT

Assalamualaikum..
Kek sarang semut nih i buat tengahari semalam dan i bakar jam 7 malam tadi. Malam tadi i tidak berkesempatan nak updated kerana kami sekeluarga keluar jalan-jalan cari makan.

Memang kek ini i buat khas untuk suami tercinta yang menjadi kegemarannya, sebenarnya dah berkali-kali i buat tapi i juga heran kenapa i tak pernah updated kat blog..huhu..mungkin lupa kot..amboiii belum kertu lagi dah lupa ya hihi..yerla uu..i tak makan kismis sebab tu i lupa hehehe..

Jom lihat dan i lupa juga dari mana i ambil resepi nih ya..maaf kepada tuan punya resepi dan izinkan i kongsikan disini ya..






Bahan-bahan..
250 gm butter - cairkan - sejukkan
530 gm gula kastor
390 gm air
8 biji telur
150 gm susu pekat manis
260 gm tepung gandum*
4 sdk soda bikarbonat* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam kuali, goreng gula sehingga gula cair dan menjadi keperang-perangan hitam, kemudian dengan berhati-hati dan sedikit-sedikit masukkan air, gaul sehingga sebati dan sejukkan.
2. Dalam bekas besar, gaulkan telur dengan perlahan, masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan butter cair, adunan tepung dan gula hangus kemudian gaul sehingga adunan menjadi rata dan sebati semuanya.
4. Sediakan 'bund pan' (tidak perlu lapik kertas minyak) atau loyang bersaiz 8 inci yang di lapik dengan kertas minyak. Tapiskan dan terus tuang adunan ke dalam loyang yang tersedia.
5. Ketepikan loyang dan perapkan selama 4 jam, ini supaya sarangnya menjadi.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.
7. Keluarkan, sejukkan atas redai dan hidangkan.

Saturday 9 February 2013

SUPERHEROES CHECKERED RAINBOW CAKE

As-salam dan salam bercuti buat semua sahabat..
Masa mula-mula i menerima contoh gambar yang di lakarkan untuk membuat rekabentuk kek ini, dalam fikiran hanya tahu Superman & Batman saja, yang bintang atas tu langsung i tak tahu, dalam hati berkata-kata.., (apa laaa design kek bintang-bintang nih ya)..dan sampailah waktu sedang membuatnya, tiba-tiba adik (anak bongsu) tegur i..katanya.. ''wahhh!! mama SUPERHEROES!!''.., i pun jawab.., "haa..SUPERHEROES??" sambil terpinga-pinga dengan jawapan adik, kemudian adik terangkan pada i.., "mama, SUPERHEROES tuu ada campur-campur.., ada Batman, Superman, Captain America dengan Spiderman".., i pun terkejut jugak dan jawab.., "oooyekeee, mama langsung tak tahu la adik" sambil i gelak lihat keletah adik.

Jadi ceritanya baru semalam la i tahu tengtang SUPERHEROES nih, al-maklum la i memang tak lihat kartun hihi.

Terima kasih pada Cik Puan Syiekin di atas tempahan ini dan memberi kepercayaan kepada i membuat kek SUPERHEROES. Mohon maaf dan halal jika ada kekurangan ya.



rekabentuk di bahagian depan..




rekebentuk bahagian belakang..




rekebentuk di permukaan atas kek..
untuk tempahan sila hubungi nombor yang tertera di atas ya..


yang ini pula tempahan dari Puan Zuraidah untuk ulangtahunnya..
tahniah zura, akak doakan semoga kalian berbahagia hingga ke syurga..





tempahan dari sahabat anak gadis i buat mama dan papa mereka..