Followers

Showing posts with label KEK KAHWIN. Show all posts
Showing posts with label KEK KAHWIN. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

TEMPAHAN

Assalamualaikum..
Tempahan kek perkahwinan selepas Lebaran. Memang tidak dinafikan rasa sedikit kekok untuk menguli fondant setelah sekian lama tidak bermesra bersama, tambahan pula pergelangan tangan yang sering sakit kini kembali menyerang sebelum bermulanya tempahan ini. Allahuakbar..semuanya ujian dariNya yang harus ditempuhi. Walau bagaimana pun dengan adanya Awin pulang dapat mengurangkan kepenatan dalam pembikinan kek ini.

Kek telah ditempah dari sis Roba Romas (kalau tak silap) buat sahabat karib beliau yang melangsungkan perkahwinannya pada tengah hari tadi, syukur Alhamdulillah selamat dalam penghantaran ke Taman Damai Jaya, JB. Semoga sis Roba Romas danmempelai berpuashati dengan kek yang di tempah. Mohon maaf juga jika ada yang terkurang dari pihak kami.


masa nih tak sabar nak ambil gambar hehe..






riben mamang sengaja dibuat 'layu-layu lembik-lembik' gitu..
mana ada riben tegakkkkk jer kann..


ketika masih bogel..hihi..


di biarkan sementara menunggu riben mengeras..

Thursday, 4 April 2013

TEMPAHAN SELEPAS LAMA BERCUTI..

Assalamualaikum..
Setelah lama bercuti, kelmarin i bermula dengan pavlova, brownies dan kek kahwin. Mulai minggu ini i mem'baking' keseorangan tanpa Awin. 

Awin dah pergi PLKN, menunaikan tanggungjawab yang telah di tetapkan, semoga Awin dapat menyesuaikan diri dalam suasana yang baru bersama cikgu-cikgu pelatih dan sahabat-sahabat baru. 

Dalam masa yang sama, awin dapat mencuba hidup berdikari tanpa mama dan papa, bercampur gaul dengan orang luar dan boleh belajar hidup penuh keyakinan, In Sha Allah..

Okey, bercerita semula tentang kek perkahwinan ini, kek ini telah di beli oleh adik i Hazwan buat sahabatnya yang bakal berkahwin pada hari sabtu ini. Kiranya ini kek tajaan laaa.., Selamat Pengantin Baru kepada mempelai, semoga kalian kekal hingga ke jannah.





kek ini di hantar ke Kapar, Klang, Selangor.
sponge cake saiz 10", 8" & 6"
harga mampu milik RM300.00 sahaja..


pavlova wreath
10" - RM60.00


marble double cheese brownies
10" - RM80.00

Saturday, 22 December 2012

3 TIERS SIMPLE WEDDING CAKE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..
Apa khabar sahabat-sahabatku? Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat ya, i macam biasa terlebih sihat hihi, selamat bercuti juga kepada semua sahabat yang sedang bercuti, jaga diri dan keluarga ketika berada di tempat percutian.

Hari ini selesai i menyiapkan kek kahwin 3 tingkat buat Puan Izyan yang kini telah bergelar Puan. Syukur Alhamdulillah. Kek ini telah ditempah pada hari semalam jam lebih kurang 6 petang..haaaah semalam..terkezut kangaroo i tau haha, biar betik nih..esok kenduri hari ini baru nak tempah, lagi beberapa jam saja lagi kan, walau bagaimanapun i terima dengan ikhlas, ini kerana ada tempahan kek yang sama dengan yang Izyan minta, bolehlah selit menyelit kannn, dalam selit menyelit pun lambat jugalah i dan Awin masuk tidur, adik, abang & papa dah berdengkur, kami terkial-kial menyiapkan kek ini. Apa pun inilah rizki namanya kan.

Terima kasih kepada Puan Ezyan sudi membuat tempahan dengan i walaupun disaat-saat akhir. Jom lihat.


Selamat Pengantin Baru kepada Puan Izyan & Encik Amran..
Semoga kekal hingga ke syurga..Amin..






Terima kasih diatas tempahan, mohon maaf jika ada yang terkurang ya Izyan..


Untuk tempahan sila hubungi di talian 0167614744..
terima kasih..

Sunday, 30 September 2012

4 TIERS HOCKEY WEDDING CAKE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT-SAHABATKU..

Semuanya sihat ke?? harap-harap sihat la yaa, kalau ada yang tak berapa nak sihat tu, makan leerr ubat..kann..i kat sini macam kek nih jugak laa..terlebih suda sihatnya hihi..

Sebelum i berceloteh panjang lebar lagi, i dengan rasa sedihnya, ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang sememangnya sudah lama menunggu 'entry' untuk fondant nih, maafkan i ya sis-sis, takde niat nak lambat-lambatkan, tak mahu berkongsi itu jauh sekali di sudut hati i, semuanya kerana nak kejar masa, terlalu fokus sehingga terlupa (al-maklum laa i tak makan kismis sebab tu selalu lupe hehe), anak-anak pun sekolah jadi tiada tukang ambil gambar (paling penting), kadang tu memang teringat tapi disebabkan masa sangat terhad semuanya terpaksa ditunda..sekali lagi mohon dimaafkan ya sis sis..

Disini juga ingin i jelaskan, i tidaklah pandai sangat dalam pembuatan kek-kek ini, cukuplah semua pemberian dariNya buat i kongsikan bersama sahabat-sahabat yang sangat i sayang..sayang sangat, tak tahu nak jelaskan macam mana. Kepada yang sudi, silakan ya, kepada yang tidak yakin tepuk dada tanya selera. Semoga segala yang i kongsikan tidak disalahertikan.


Bercerita tentang kek ini, telah di tempah dari PUAN SREE DURANNI yang juga wakil dari pihak pengantin lelaki, pengantin lelaki adalah pemain hoki, jadi tema keknya juga berkonsepkan ala-ala hoki gituu..Terima kasih sudi menempah kek berkali-kali, mohon maaf jika ada yang terkurang.

Kek paling bawah dihiasi dengan bulat-bulat melambangkan bola hoki..kek yang kedua melambangkan bentuk kayu hoki dan paling atas sekali adalah kayu hoki bersama sebiji bola hoki..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar mengikut kehendak pelanggan. Bersyukur kepadaNya mempermudahkan segala pekerjaan untuk minggu ini, AMIN..


majlis berlangsung di dewan perling..


1. Setelah kek semua siap, buang kulit kek dibahagian atas sekali, ini supaya, apabila kek dipotong, kesan kulit kek tidak kelihatan. Boleh gunakan apa-apa kek yang sis-sis suka. Pastikan kek sama tinggi pada setiap tingkat kecuali kek ini.
2. Untuk kek paling bawah gunakan papan lebih besar dari kek.


3. Untuk kek tingkat kedua, ketiga dan keempat, gunakan papan kek yang sama saiz dengan kek. Jika papan kek dari kayu, boleh gunakan 'board' yang keras..potong dan gunting ikut saiz.
4. Buat lubang ditengah-tengah pada papan kek tingkat 2, 3 dan 4. Buat lubang lebih besar dari ini, supaya kayu yang terakhir senang dipacakkan dari kek tingkat ketiga terus kebawah dasar.


5. Sapu sedikit krim pada papan kek kemudian letakkan kek pada papan kek, gambar diatas i terbalikkan kek untuk beri contoh pada sis-sis semua.


6. Sapu buttercream pada setiap lapisan kek dan semua bahagian kek dengan rata dan ketepikan.
7. Kek sebelah kanan atas adalah kek paling bawah, kek sebelah kiri atas adalah kek tingkat kedua, papan-papan untuk kek tingkat kedua, ketiga dan keempat itu adalah papan sementara, dibawah kek itu ada papan yang sama saiz dengan kek, ini untuk memudahkan ketika kita melepa buttercream dan memudahkan kita bila hendak naikkan kek diatas kek yang pertama.


8. Buat fondant (resepi dibawah), boleh juga gunakan fondant yang telah siap, nasihat i, kalau kek 1 tingkat lebih baik beli fondant yang telah siap, jika kek yang bertingkat, buat fondant sendiri lebih menjimatkan.


9. Semasa dalam mixer, gunakan kepala mixer ini, kepala lain tak boleh yaaa..nanti bergegar-gegar pulakk..


10. Bila fondant dah siap, uli dan canaikan fondant dengan tambahan tepung jagung.


11. Sukat pada setiap kek dibahagian tepi kek dikiri dan kanan serta sukat dibahagian atas kek.
12. Tambahkan jumlah sukatan yang disukat tadi, ukur pada fondant yang telah dicanai tadi.


13. Jika cukup sukatannya, gulungkan fondant yg dicanai tadi pada kayu penguli.






14. Angkat kayu pengguli, selimutkan pada setiap kek.





15. Ratakan fondant pada setiap kek dengan menggunakan peralatan dibawah. Sifu i ajar, nak ratakan fondant tepi-tepi tu senang aje..katanya.."kangkangkan fondant ratakan..kangkangkan ratakan".., hahhaha..korang jangan kuning ehhh..


perata fondant, nama lain tak tahu hehehe..


16. Setelah rata, potong fondant bahagian tepi-tepi kek dengan pisau pemotong pizza ini.


17. Sukat dan ukur saiz kek untuk tingkat kedua pada kek paling bawah, cucukkan kayu 'chopstik' paling besar dan panjang ditengah2 kek paling bawah kemudian keluarkan. Kemudian pacak juga kayu 'chopstik' yang telah dipotong sama tinggi dengan ketinggian kek pada keliling kek paling bawah mengikut saiz kek tingkat kedua, kayu chopstiknya mesti ada 8 batang dikeliling dan 1 batang ditengah-tengah.
18. Ketinggian 8 batang 'chopstik' mestilah sama dengan ketinggian setiap kek, chopstik yang ditengah-tengah tak perlu dipotong, ini kerana perlu dipacak sehingga kek paling atas.


contoh 'chopstik' yang i gunakan, i beli di kedai bahan bakeri..


19. Ketiga-tiga kek telah dipacakkan 'chopstik' sebanyak 8 batang pada setiap biji kek kecuali kek tingkat ketiga hanya 4 batang sudah memadai, perhatikan betul-betul ya, kek paling atas sekali tak perlu dipacakkan.


20. Naikkan kesemua kek dengan penuh hati-hati, pastikan papan kek tingkat kedua, ketiga dan keempat yang sama saiz dengan kek tersebut terletak pada kayu 'chopstik' yang dipacak pada kek tadi, kalau papan kek tidak terkena pada kayu 'chopstik', kek akan senget dan bakal runtuh..mesti hati-hati yaa..
21. Sesudah kek ketiga dinaikkan, pacakkan kayu 'chopstik' paling panjang sekali dari atas kek tingkat ketiga sehingga ke kek paling bawah. Kalau terpendek tambahkan kayu lagi dengan sukatan sehingga separuh bahagian untuk kek yang keempat.
22. Akhir sekali, naikkan kek paling atas.


21. Hiaslah kek mengikut kehendak anda semua yaa.


alhamdulillahhh siappp..


caaakkkkkkkkkkkk!!!
kek dah masuk kotak..


orang kuat dalam membantu i dalam pembuatan kek dan penghantaran kek..
terima kasih anak bujangku..


pegang kek tu sayangggg..hehhe..

Bahan2 fondant..
50 gm air masak*
5 sdk halagel gelatin* - *satukan - gaul rata - biar sehingga kembang
170 gm liquid glucose
1 sdb gliserin
1 kg gula aising - ayakkan
1 sdb perasa strawberry tanpa pewarna

Cara2nya..
1. Sediakan gula aising didalam mixer.
2. Panaskan campuran gelatin dan air yang telah kembang secara 'double boiler' sehingga adunan cair.
3. Campurkan liquid glucose, kacau sehingga adunan cair.
4. Tambahkan gliserin dan gaul sehingga sebati dan sehingga cair. Tutup api dan angkat.
5. Tuang adunan kedalam gula aising bersama perasa dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati dan putih.
6. Adunan memang sedikit lembut, keluarkan dari mixer, gaul rata bersama sedikit tepung jagung dan canaikan mengikut keperluan.

NOTA PENTING
1. Tambahkan pewarna gel jika perlu, antara pewarna yang i gunakan adalah wilton, chefmaster atau americolour.
2. Jika anda ada pilihan lain, gunakan resepi fondant yang lain, i tidak menggalakkan sis-sis menggunakan resepi diaatas, ini kerana adunan cepat kering, tapi i memang menggunakan resepi ini pada kebiasaannya, ini kerana fondant lembut, sedap cuma cepat kering.
3. Jika mahu gunakan resepi ini juga, setelah dikeluarkan dari mixer, cepat-cepat uli dan cepat-cepat canaikan dan terus selimut pada kek.

Sunday, 16 September 2012

4 TIERS WEDDING CAKE


As-salam sahabat-sahabat semua..
Dalam masa beberapa hari lagi bulan Syawal hampir tamat dan masih ramai lagi yang mengadakan jamuan rumah terbuka, ada juga yang mengadakan Cukur Jambul dan termasuklah yang mengadakan hari bersejarah Hari Perkahwinan.

Alhamdulillah rezeki dariNya buat kami sekeluarga dengan tempahan kek ini, atas dasar kepercayaan yang telah diberikan dari pihak pengantin perempuan dan diatas permintaan mereka, saya dengan sepenuh jiwa raga dan kasih terhadap dunia pembuatan kek telah mencuba merealisasikan permintaan mereka, Alhamdulillah saya telah melaksanakan dengan sebaik mungkin walaupun tidak sempurna sepenuhnya..InsyaAllah..

Terima kasih yang tidak terhingga buat PUAN SREE DURANNI yang telah memberi kepercayaan kepada saya dalam membuat kek perkahwinan adik beliau.

Terima kasih yang amat sangat juga dari saya buat anak-anak kesayanganku AWIN & AMAN yang telah membantu saya dalam pembuatan kek ini dari mula sehingga akhir, terima kasih sayanggg dan tak lupa juga buat PUAN IEDA HIJAU yang secara tidak langsung membantu dan meng'kepoh'kan keadaan semasa proses pembuatan kek ini sedang dijalankan, sesekali kepoh meriah juga..kan kan kan..

Setelah selesai menyiapkan kesemua kek, badan baru terasa sakit, sakit sendi-sendi, urat-urat..rasa macam nak demam pun ada dah nihh..tapi biasalah..itukan lumrah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Walaupun penat, hati berasa amat lega bila melihat kek sudah terlaksana bagai yang diminta, syukur Alhamdulillah dan dalam masa yang sama juga semacam terasa sedih untuk melepaskan kek ini, mungkin kerana dalam pembikinan kek yang penuh kasih sayang bersama anak-anak tersayang, walaupun begitu terpaksa melepaskan kek ini.

Penghantaran juga membuatkan saya risau dengan keadaan jalan raya, memandu hanya dengan kelajuan 60 km membuatkan ramai pemandu yang memotong kereta saya, ini menjadikan saya lebih berhati-hati kerana risau dengan keadaan kek.

Akhirnya kek selamat sampai ke tempat yang dituju dan juga diserahkan dalam keadaan yang baik, syukur Alhamdulillah sekali lagi kepadaNya kerana memudahkan urusan duniawi. Syukur.

Semoga pihak pengantin kesemuanya berpuashati dengan kek ini. Dengan rasa rendah dirinya, saya memohon maaf jika ada yang terkurang atau ada yang tidak berpuashati. Terima kasih semuanya. AMIN.


kek telah dimasukkan dalam kereta..


orang kuat dalam penghantaran kek..


setelah sampai, pihak pengurusan hotel membantu mengangkat kek..
mula-mula 2 orang..


kemudian 3 orang..


tambah lagi seorang..jadi empat orang..hehhe..
berat wooo kek nih, hampir 25kg..


kek dibawa masuk ke dalam dewan majlis..


kek menunggu giliran untuk naik ke pentas..


keluarga pengantin berbincang sesuatu mengenai kek..


keseluruhan kek ini hampir 25kg..
kek paling bawah adalah WALNUT CARROT CAKE 16"..
kek tingkat kedua CHOCOLATE MOIST CAKE 12"..
kek tingkat ketiga adalah MARBLE CAKE 9"
dann
kek paling atas sekali 'butter orange cake' 7", 
resepi belum update lagi, insyaallah jika i buat akan datang i akan kongsikan disini.