Followers

Showing posts with label KEK LAPIS. Show all posts
Showing posts with label KEK LAPIS. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

KEK LAPIS PELANGI sekali lagi permintaan dari ADIK..

Assalamualaikum..
Kek Lapis Pelangi sekali lagi permintaan dari Adik. Kek lapis ini memang dah jadi kegemaran adik. Pertama kali i buat bulan lepas memang nampak Adik suka sangat. Kali nih Adik minta, hampir 2 minggu baru terlaksana..aduuhh kesian Adik..hari-hari mama tak sempat nak penuhkan permintaan Adik dan syukur Alhamdulillah semalam terlaksana juga.

Masa sedang membakar pun berkali Adik sibuk tanya.. "mama..dah siap..?"..memang Adik tak sabar nak makan. Pagi tadi pergi sekolah memang manjadi bekalan Adik ke sekolah.

Kali ini i buat pertukaran dari segi warna pula dan i rasa kali ini pembuatan kek lapis ini nampaknya seperti ada kemajuan, macam cantekk jeww..macam comell jew..hehehe..(jangan la kata i perasan hokey..i nak belajar nih kihkihkih)..












Thursday, 20 February 2014

KEK LAPIS PELANGI

Assalamualaikum..
Ketemu lagi kita untuk hari ini ya. Sebenarnya hidangan kali ini pun adalah hasil dari yang lepas. Hari ini yang berkesempatan nak update. Hidangan buat keluarga yang datang ziarah masa Tahun Baru Cina yang lepas. Jangan mintak-mintak hokey..dah habis dah..baja pun takde kehkehkeh..

Untuk pertama kali i buat kek lapis pelangi ini, dan i pun sangat tak pandai dalam pembuatan kek-kek lapis. I cuba mencuba dan terus mencuba. Kek Lapis Pelangi ini juga menjadi antara kek yang Adik suka, mungkin adik suka sebab warna kot kan.

Resepinya pula i dapat dari rumah sis QASEY HONEY yang comel lote tuuu..alaa takkan tak tahu. Apa pun terima kasih pada beliau atas perkongsian resepi ini dan i kongsikan disini ya sis. Terima kasih sekali lagi. Untuk pengetahuan i ada buat ubahsuai dari segi cara-cara dan penambahan spekuk. Jika ingin resepi asal dan cara-cara yang asal sila ke rumah sis Qasey Honey ya..









Bahan-bahan..
10 biji telur A
150 gm gula kastor
1 sdb ovallete
500 gm mentega
300 gm susu pekat manis
150 gm serikaya
1 sdk perasa vanilla 
300 gm tepung hong kong*
100 gm serbuk horlick*
1 sdk spekuk* - *satukan dan ayak
1 sdk pewarna ungu
1 sdk pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah
100 gm mentega @ jem - untuk dioles

Cara-caranya..


1. Dalam mangkuk mixer, pukul telur bersama gula kastor dan ovallete sehingga naik sekali ganda seperti dalam gambar. Ketepikan.

2.Dalam mangkuk mixer yang bersih, pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga putih berkrim dan kemudian masukkan serikaya dan perasa vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan adunan telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan mentega dan pukul sehingga kedua-dua adunan sebati.
4. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan tepung sebati dengan adunan yang lainnya.


5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dimana satu bahagian adalah sebanyak 340 gram dan berikan 1 warna kepada 1 bahagian.

6. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci yang telah dioles dengan mentega atau 'spray cooking' dan lapikkan kertas minyak serta oleskan sekali lagi.
7. Tuang separuh bahagian untuk satu warna sebanyak 170 gram bermula dengan warna ungu kedalam loyang dan ratakan. Ini bermakna satu warna mempunyai 2 lapisan. Warna kedua ialah biru, hijau, kuning, oren dan merah atau anda boleh la mengikut turutan warna yang anda suka.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C dengan api atas bawah selama 8 minit dan api atas sahaja selama 5 minit. Proses dan masa pembakaran mengikut kesesuaian oven masing-masing.
9. Keluarkan loyang dari oven, tekan-tekankan kek dengan penekan kek lapis atau perata fondant dan oleskan bahagian atas kek dengan mentega @ jem.
10. Isikan separuh bahagian yang berbaki tadi, ratakan dan bakar semula dalam oven dengan suhu 200C dan hanya dengan api atas sahaja selama 15 minit. Ingat! Proses pembakaran mengikut kesesuaian oven masing-masing.
11. Ulangi langkah 9 dan 10 sehingga habis keenam-enam warna.
12. Sapu mentega @ jem pada lapisan terakhir kek lapis dan bakar dengan api atas dan bawah dengan suhu 180C selama 5 minit dan api atas sahaja selama 5 minit.
13. Keluarkan dan sejukkan kek atas redai selama 10 minit baru dikeluarkan kek dari loyang.
14. Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah dipotong untuk hidangan.



Terima kasih juga pada jiranku yang sudi tempah kek rainbow dibawah buat ayahnya..




Wednesday, 28 August 2013

LEGIT TOBLERONE

Assalamualaikum dan selamat pagi Rabu..
Masih lagi bersama kek lapis iaitu Lapis Toblerone. Kek lapis ini i buat bersama dengan Lapis Prune tempoh hari tapi tidak berkesempatan nak meng'update' atas urusan melayan tetamu yang bermalam dirumah sehingga hari Ahad dan kemudian i pula buru-buru ke Kuala Lumpur atas urusan lain. Memang tidak dinafikan sedikit letih dengan aktiviti yang ada. Sekali sekala takpe, apa-apa pun tetamu mesti di utamakan.

Sebenarnya kek lapis ini adalah permintaan dari tetamu merangkap sahabat i yang datangnya daru utara. Jadi kebetulan oven i boleh masuk banyak loyang, i mencuba membuat kek lapis dengan 2 loyang berlainan jenis lapis.

Resepi ini pula asal dari pembuat kek terkenal dari Indonesia iaitu Ny. Liem. Asalnya resepi kek ini adalah dari "Brona Cake" iaitu gabungan antara brownies, kek lapis dan kek span dan i hanya mengambil resepi kek lapis dan gandakan menjadi 1 adunan untuk kek lapis dan i membuat tambahan coklat Toblerone di dalam adunan tersebut.

Hasil pembikinan kek lapis ini, rata-rata sahabat-sahabat mengatakan sangat sedap walau pun rupanya kurang memberangsangakan hehe..takpe..inilah permulaan cita-cita i untuk bersama kek lapis, Insyaallah i akan datang i akan cuba buat yang lebih baik lagi, dan yang penting rasa dah ada..Alhamdulillah..







Bahan-bahan A..
650 gm kuning telur (42 biji)
200 gm gula aising - ayakkan
1/2 sdk serbuk vanilla

Bahan-bahan B..
40 gm tepung hong kong*
40 gm susu tepung* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan C..
600 gm mentega - kualiti tinggi
2 sdb susu pekat manis
1 1/2 sdk spekuk

Bahan D..
300 gm toblerone - sagat halus

Cara-caranya..
1. Pukul bahan-bahan A sehingga putih dan mengembang berganda.
2. Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit hingga rata dan ketepikan.


3. Dalam bekas mixer yang lain, pukul bahan-bahan C sehingga mengembang dan putih.

4. Campurkan kedalam adunan tadi (adunan telur + tepung) dan gaul sehingga tercampur rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci atau 7 x 7 x 3 inci yang siap dilapik kertas minyak dan di oles mentega.
6. Tuang 1 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175C selama 7 minit dengan api atas bawah.
8. Tuang 1 senduk lagi untuk lapisan kedua, dan kali ini bakar hanya api atas sahaja selama 7 minit. Ini bermakna mulai lapisan kedua sehingga lapisan terakhir hanya api atas sahaja yang digunakan.


sagat halus lebih bagus dari potong dadu seperti ini..

9. Buat sehingga ke lapisan keempat kemudian tabur toblerone sehingga rata. Toblerone di tabur setiap 4 lapisan. Buat sehingga ke lapisan terakhir.


10. Mulai lapisan ketiga, selesai setiap pembakaran untuk setiap lapisan, tekan-tekankan kek dengan menggunakan perata fondant supaya kek lebih padat.

11. Untuk lapisan terakhir bakar dengan api atas bawah selama 10 minit dengan suhu 150C.


12. Keluarkan kek, sejukkan sebentar atas redai, kemudian kikis ditepi-tepi loyang baru dikeluarkankek dari loyang.

13. Bungkus kek dengan 'cling plastik' atau 'aluminium foil' dan simpan dalam peti sejuk semalaman.


Saturday, 24 August 2013

LAPIS PRUNE

Assalamualaikum semua..
Percubaan kali kedua untuk jenis kek lapis yang i buat, yang pertama dulu Lapis Cuppochino, kali ini i mencuba Lapis Prune untuk hidangan tetamu i untuk hari ini. Sepatutnya i buat 3 hari lepas supaya kek akan lebih sedap di makan selepas 3 hari.

Walau macamana pun i masih sangat tidak berpuas hati dengan hasil untuk kek lapis ini. Lapisan yang tidak cantik, tekanan yang tidak begitu kuat (tak pasti macam mana nak terangkan) menyebabkan ada lubang-lubang di beberapa tempat, jalur garisan yang tidak ketara..aduuhhh macam-macam la yang i tidak puas hati tapi sangat syukur Alhamdulillah sahabat-sahabat yang mencuba mengata sedap (harap-harap sedappp betul-betul ya hehe), suami juga mengatakan hal yang sama, Syukur Alhamdulillah.., Insyaallah jika tiada aral i bercita-cita untuk mempelajari kek lapis ini.

Resepi asal dari warga Indonesia dan dikongsikan oleh SIS RIMA DARI BISOUS A TOI. Terima kasih sis berkongsi resepi yang enak ini, mohon berkongsi disini pula ya. I memilih resepi dari pelbagai blogger kerana i rasa i sangat cerewet dengan kek lapis kerana asal usulnya i sangat tidak suka dengan kek lapis walau apa pun perasanya sehinggalah i menerima buah tangan kek lapis dari my sis dan i merasa tersangaaaattttttttlah sedap keknya. I berulang kali menempah dan kini tempahan sudah tidak diterima dan kerana itulah i cuba-cuba mencari dan terjumpa di rumah Sis Rima dan amat tertarik dengan bahan-bahannya. Mohon berkongsi disini pula ya sis..terima kasih..







Bahan-bahan A..
800 gm mentega (kualiti tinggi)
440 gm gula aising - ayakkan
1 gm garam halus
100 gm susu pekat manis
1 sdb serbuk vanillin

Bahan B..
900 gm kuning telur / 50-52 biji

Bahan-bahan C..
190 gm tepung hong kong
1/2 sdk spekuk

Bahan D..
350 gm prune - potong kasar

Cara-caranya..


1. Pukul bahan-bahan A agar sebati dahulu kemudian guna kelajuan tinggi pukul selama 12 minit atau sehingga naik berganda.


2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan terus pukul dengan kelajuan tinggi sehingga sebati selama 10 minit.




3. Perlahankan mixer, masukkan bahan-bahan C dan pukul cukup sekadar rata.




4. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci atau 9 x 9 x 3 inci, lapikkan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit butter atau 'spray cooking'.
5. Tuang anggaran dalam 100 - 120 gram ke dalam loyang, ratakan dengan spatula.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api atas bawah bersama suhu 175C selama 7 minit atau sehingga sedikit gelap pada kulit atasnya.
7. Keluarkan loyang dari oven, tekan sedikit pada kek dengan menggunakan perata fondant.
8. Tuang lagi adunan dengan sukatan yang sama, ratakan dan bakar semula dengan hanya menggunakan api atas sahaja.


9. Ulangi cara-cara nombor 5, 6 dan 7 sehingga lapisan keempat, kemudian taburkan buah prune. Ini bermakna setiap 4 lapisan di taburkan dengan buah prune.

10. Buat sehingga adunan terakhir dan bakar selama 10 minit bersama api atas dan bawah.
11. Keluarkan kek dari oven, kikis dengan spatula ditepi-tepi loyang supaya kek merenggang dan sejukkan sebentar atas redai.
12. Keluarkan kek dari loyang, biarkan semalaman baru dipotong.


prune yang telah dihiris dadu..


cuci telur sebelum digunakan..

Monday, 2 July 2012

KEK LAPIS CAPUCCINO CHOCOLATE

As-salam sahabat2..
Sabarrrrrrrrrrrrrr..memangg kena sabar bila buat kek lapis nih, adoooiii..sesiapa yang tiada kesabaran yang tinggi, fikirkan untuk 'bermesra' dengan kek lapis nih, i dok mengeluhh dari petang tadi, buatnya senang tapi tempoh pembakaran yang tak tahan tu, i awal2 memang 'angkat tangan' tak nak jual kek lapis nih hehhe, memang i tabik springg laaa kat penjual2 kek lapis nih..kek lapis nih i bakar dari jam 5 petang sampai jam 10 malam huwaaaaaaaaa..lamanyerrrrr..mata ngantokkkk sudaaaa, antara banyak2 resepi blogger2..i pilih resepi dari sis zarin, terima kasih sis sudi berkongsi resepi, izinkan i berkongsi disini pula ya..jom tengok lagi..






i tak tahu la kek lapis nih jadi ke tidak, nih i dah tak sabar2 nak potong, 
coklat tak kering pun nak potong gak..
layan jerlaa..

Bahan2..
23 biji kuning telur
5 biji putih telur
220 gm gula castor
130 gm tepung hong kong - ayakkan
1 sdb ovalette
1 sdb esen vanilla

Bahan2 B..
430 gm butter golden churn @ SCS
100 gm susu pekat manis

Bahan C..
2 sdb cappucino emulco

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul bahan2 A dengan kelajuan tinggi sehingga gebu dan ketepikan.


2. Dalam mangkuk lain, pukul bahan2 B sehingga gebu dan berkrim.


3. Satukan adunan A dan adunan B, pukul sehingga semua adunan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian lebih kurang 760 gram.
5. Tambahkan bahan C pada 1 bahagian dan biarkan 1 bahagian lagi dengan warna asal.
6. Griskan loyang saiz 8 x 8 inci, lapik kertas minyak dan gris sedikit lagi.


7. Tuang adunan asal sebanyak 100 gram @ 5sdb @ 3 sudip sup dalam loyang, ratakan dengan spatula.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175C selama 8 minit atau sehingga keperangan di tingkat tengah dengan api atas bawah.




9. Keluarkan dari oven, tekan2kan kek biar padat dan tuang pula adunan cappucino sebanyak 100 gram juga.
10. Bakar semula dengan suhu 160C selama 8 minit hanya api atas sahaja, untuk pembakaran kali kedua dan seterusnya, pastikan pintu oven terbuka sedikit.
11. Seterusnya adunan dibakar bergilir2 dengan warna asal dan cappucino.
12. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang kek dengan 'aluminium foil', bakar dengan api atas selama 8 minit dan api atas bawah selama 15 minit.
13. Keluarkan kek, biarkan sejuk sebentar, kikis ditepi2 loyang dengan spatula dan keluarkan dari loyang, sejukkan atas redai.


14. Buat 'drizzle' coklat (resepi dibawah) keatas kek lapis.
15. Sejukkan kek sepenuhnya baru potong untuk hidangan.

Bahan2 coklat..
100 gm uht whipping cream
200 gm coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk.
2. Tuang kedalam bekas berisi coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Biarkan dalam 8 minit, masukkan coklat dalam 'piping bag', buat lubang kecil, baru 'drizzle' keatas kek lapis.