Followers

Showing posts with label DESSERTS. Show all posts
Showing posts with label DESSERTS. Show all posts

Sunday, 12 April 2015

PASSION FRUIT MOUSSE

Assalamualaikum..
Pagi-pagi lagi sudah gian nak buat mousse. Setelah berkali-kali tertangguh, hari ini terlajak buat Passion Fruit Mousse. Kebetulan minggu lepas i beli bekas-bekas kecil segi empat dan sebenarnya nak buat Puding Alpukat..malangnya langsung lupa nak buat..alpukatkan membusuk..kesiann alpukat..

Resepi pula kita risik-risik pelbagai cara yang ada kat Google tapi sudah dicampur tolak kan melalui bahan-bahannya. Jadinya resepi hanya sebagai panduan selebihnya pandai-pandailah kita gunakan kreativi kita ya.







PASSION FRUIT MOUSSE

Bahan-bahan..
15 keping biskut marie - kisar halus
4 sdb mentega - cairkan
8 biji passion fruit @ markisa - belah dua- ambil isinya - kisar sebentar - toskan jus - biji simpan
2 sdb gelatin*
5 sdb air panas* - *satukan - rendam 5 minit - panaskan secara double boiler - sejukkan sebentar
200 gm uht whipping cream
200 gm susu segar
200 gm susu pekat
80 gm jus passion fruit @ markisa

Cara-caranya..
1. Sediakan 20 bekas segiempat mini atau acuan yang seumpamanya.
2. Satukan biskut marie bersama mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati.
3. Sudukan 2 sudu kecil dalam bekas, tekan biar padat. Buat sehingga selesai dan sejukkan dalam peti sejuk.
4. Dalam bekas besar, satukan uht whipping cream, susu segar, susu pekat, jus passion fruit @ markisa dari 8 biji yang disebut dan cairan gelatin yang telah dilarutkan. Kacau sehingga sebati dan tapiskan.
5. Keluarkan bekas acuan yang berisi biskut marie tadi dan tuang adunan cecair. Buat sehingga selesai dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6. Setelah sejuk, keluarkan dan tuang sesudu baki biji passion fruit @ markisa diatasnya dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.




Saturday, 29 November 2014

AMIN..AMIN..AMINN..

Assalamualaikum..
Selesai sudah untuk kesemua tempahan buat minggu ini, Syukur yang tidak terhingga diatas pemberianNYA yang tak pernah putus. 

Terima kasih kepada semua yang mempercayai hasil dari Juicy Cafe, semoga kalian berpuas hati dengan hasilnya. Mohon maaf dari kami jika banyak kekurangan.

Kepada yang ingin mencuba boleh terus Whatsapp kami di talian 016-7614744.




cotton japanese cake..
pos ke Shah Alam.


marble rainbow dan chocolate cake..
pos ke Bandar Saujana Putra..


kek buah pos ke Kuala Lumpur..


roti sarang lebah COD ke Kulaijaya..


kek buah COD ke Singapore..


cake in jar..
salted caramel, red velvet & chocolate moist
COD ke Singapore


mini pavlova juga buat orang Singapore..


marble rainbow..buat orang JB..


brownies cheese untuk orang JB juga..


siap pack..

Terima kasih buat semua yang sudi menempah berulang kali. Mohon maaf jika ada kekurangan dari pihak kami Juicy Cafe.

Terima kasih semuaa..

Monday, 29 September 2014

PAVLOVA

Assalamualaikum dan Selamat Petang..
Hari ini i selesaikan tugas Pavlova..semalam malam dah siapkan 'meringue' nya dan hari ini untuk krim dan buah-buahan.

Bagi yang tidak suka manisan-manisan, pavlova memang tidak sesuai buat kalian sebabnya pavlova nih manis giler..kalau ada kencing manis mauunya potong kaki kihkihkih. Serius yuuu..memang manis, itupun i dah kurangkan sukatan gula dan Pavllova tetap manis.

Tapii..
Bagi yang gemarkan manisan-manisan Pavlova akan menjadi salah satu kegemaran kalian. Dalam Pavlova ini i campurkan buah markisa selain buah-buah yang lain. Buah markisa nih masam sungguh, jadi sesuailah digandingkan yang manis dan yag masam.








Bahan-bahan..
150 ml telur putih (4 biji)
200 gm gula kastor
2 sdb tepung jagung
2 sdk cuka epal
1 sdk esen vanila
250 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk
10 biji strawberry - belah 4 atau 6
20 gm blueberry
2 biji markisa - ambil isinya
1 biji kiwi - potong dadu

Cara-caranya..
1. Isikan telur putih dalam mangkuk mixer, pukul sehingga berbuih.
2. Masukkan gula secara sedikit-sedikit dan terus memukul sehingga bertanduk.
3. Tambahkan tepung jagung sambil terus dipukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan cuka dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan kesemuanya sebati dan rata.
5. Lukis di atas kertas minyak saiz loyang 8 inci, terbalikkan dan letak kertas minyak diatas loyang.
6. Masukkan adunan dalam piping bag bersama nozel pilihan dan paipkan mengikut kreativiti masing-masing.
7. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 130C selama 1 1/2 jam.
8. Tutup suis oven, buka pintu sedikit dan biarkan pavlova di dalam oven selama 1 jam.
9. Biarkan pavlova benar-benar sejuk, baru di letakkan non-dairy whipping cream di atasnya bersama buah-buahan pilihan.
9. Sejukkan dalam peti sejuk, potong dan hidangkan.







dengan resepi yang sama Pavlova juga boleh dihasilkan dengan saiz yang kecil.


Tuesday, 9 September 2014

MINI PAVLOVA

Assalamualaikum..
Kebetulan memang terlalu banyak putih telur dalam simpanan dan kebetulan pula ada tempahan untuk Mini Pavlova maka inilah kejadiannya. Alhamdulillah ada baki dapat juga merasa.

Sebenarnya lama juga tak buat dan tak merasa Pavlova nih. Dirumah nih kalau Awin takde memanglah takde seorang pun yang akan makan, asyik-ayik mamaaa jer yang makan..sebab tu badan mama pun gebu hahahha. kalau Awin ada baru la syiok sebab ada kawan yang temankan makan bersama.









Bahan-bahan..
150 ml telur putih (4 biji)
200 gm gula kastor
2 sdb tepung jagung - ayakkan
2 sdk cuka epal
1 sdk esen vanila
250 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk
Strawberry - belah 2 atau 4
Blueberry
Markisa - ambil isinya

Cara-caranya..
1. Isikan telur putih dalam mangkuk mixer, pukul sehingga berbuih.
2. Masukkan gula secara sedikit-sedikit dan terus memukul sehingga bertanduk.
3. Tambahkan tepung jagung sambil terus dipukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan cuka epal dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan kesemuanya sebati dan rata.
5. Lukis di atas kertas minyak mengikut saiz mini yang dikehendaki, terbalikkan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang, lenserkan sedikit mentega atau 'spray cooking'.
5. Masukkan adunan dalam piping bag bersama nozel pilihan dan paipkan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 130C selama 1 1/2 jam.
7. Tutup suis oven, buka pintu sedikit dan biarkan pavlova di dalam oven selama 1 jam.
8. Biarkan pavlova benar-benar sejuk, baru di letakkan non-dairy whipping cream di atasnya bersama buah-buahan pilihan.
9. Sejukkan dalam peti sejuk dan kemudian hidangkan.


Sunday, 31 August 2014

NUTELLA PODS

Assalamualaikum..
Hari ini hampir sebulan i tak masukkan apa-apa entry. Kesian blog i..kosonggg jer. Hari ini juga berkesempatan untuk kongsikan Nutella Pods yang i buat hari Rabu yang lepas.

Sebenarnya lama tak mem'baking' i jadi sangat gian. Mencari-cari resepi yang mudah dan senang, jadinya inilah resepi yang mudah dan cepat untuk disiapkan.

Nutella pods yang i buat ini besar, jika kalian ingin mencuba, kalian boleh gunakan loyang yang lebih kecil. Ini adalah saiz jumbo dimana i buat mengikut kesesuaian loyang yang sama saiz dengan penekan tat i.

Sumber resepi i dapat dari blogger barat tapi i dah tak jumpa yang mana satu. Banyak sangat sampai dah tak tahu i ambil yang mana. Terima kasih kepada empunya resepi.








Bahan-bahan..
225 gm mentega
130 gm gula perang
130 gm gula kastor
2 biji telur
2 sdk esen vanila
350 gm tepung gandum*
1 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
Nutella secukupnya

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega bersama kedua-dua jenis gula sehingga berkrim dan kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanila kemudian pukul lagi sehingga sedikit mengembang.
3. Akhir sekali masukkan adunan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati dan rata.


i guna loyang yang sedia ada dan kebetulan match dengan penekan tat itu..




4. Sediakan loyang berlubang kecil, oleskan mentega atau 'spray cooking', skopkan 1 skop kecil, kemudian ratakan dengan menggunakan penekan tat, balut penekan tat dengan plastik supaya semasa menekan doh tidak melekat. Boleh juga gunakan botol air mineral kecil yang diterbalikkan.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 13 minit.
6. Pods akan mengembang dan jangan risau. Keluarkan sebentar loyang kemudian tekankan sekali lagi dengan penekan tat pada setiap lubang supaya pods rata dan turun semula.
7. Bakar sekali lagi dengan suhu yang sama selama 8 minit atau sehingga keperang-perangan.
8. Keluarkan loyang, sejukkan atas redai selama 3 minit kemudian keluarkan pods dari loyang dan sejukkan sepenuhnya atas redai.
9. Masukkan nutella dalam 'piping bag' kemudian picitkan ke dalam pods mengikut kepenuhan yang dikehendaki.




Sunday, 29 June 2014

PULUT MANGGA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam.
Hari ini hari pertama kita menjalani ibadah puasa dan sebentar lagi Insyaallah kita bakal mengakhiri puasa untuk hari yang pertama.

Untuk menu puasa pertama, Awin minta dibuatkan Pulut Mangga untuk hidangan manisan. Sebenarnya masa di kampus lagi Awin sudah teringin tapi memandangkan susah nak mencari maka terpaksalah menahan airliur.

Dan..
Sebelum Awin balik ke kampus esok Alhamdulillah i dapat buatkan walaupun mamanya tidak berapa cerdik dengan proses pembuatan pulut. Cuba aja ya..tak cuba tak tau..






Bahan-bahan..
500 gm beras pulut - cuci bersih - rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpulkan
200 gm santan KARA
100 gm air panas
1/2 sdk garam

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih, toskan pulut, masukkan dalam loyang saiz 9 inci bersama daun pandan dan kukuskan selama 10 minit.
2. Dalam periuk kecil, panaskan santan, air panas dan garam sehingga mendidih. Ketepikan.
3. Keluarkan pulut, tuang santan yang dimasak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Kukus pulut semula selama 20 minit.

Bahan-bahan sos..
200 gm santan KARA
200 gm air panas
1/4 sdk garam
4 sdb gula kasar
2 helai daun pandan
2 sdk tepung aroow root @ tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan bancuh
2 biji mangga - hiriskan

Cara-caranya..
1. Masukkkan kesemua bahan-bahan sos kecuali bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung dalam periuk kecil, masak sehingga santan masak dan mendidih.
2. Tuangkan bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung tadi dan kacau sehingga adunan menjadi kental.
3. Siap dihidangkan bersama hirisan mangga.


PULUT DURIAN


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..
Juadah manisan untuk hari pertama berbuka puasa atas permintaan Awin Pulut Mangga dan akibat terserempak dengan Raja Durian tadi..sekali jalan i buat Pulut Durian okke hehehe..




Bahan-bahan..
500 gm beras pulut - cuci bersih - rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpulkan
200 gm santan KARA
100 gm air panas
1/2 sdk garam

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih, toskan pulut, masukkan dalam loyang saiz 9 inci bersama daun pandan dan kukuskan selama 10 minit.
2. Dalam periuk kecil, panaskan santan, air panas dan garam sehingga mendidih. Ketepikan.
3. Keluarkan pulut, tuang santan yang dimasak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Kukus pulut semula selama 20 minit.

Bahan-bahan sos..
200 gm santan KARA
200 gm air panas
1/4 sdk garam
4 sdb gula kasar
2 helai daun pandan
2 sdk tepung aroow root @ tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan bancuh
Durian secukupnya

Cara-caranya..
1. Masukkkan kesemua bahan-bahan sos kecuali bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung dalam periuk kecil, masak sehingga santan masak dan mendidih.
2. Tuangkan bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung tadi dan kacau sehingga adunan menjadi kental.
3. Siap dihidangkan bersama durian.


Tuesday, 10 June 2014

VANILLA MACARONS

Assalamualaikum..
Masih lagi permintaan dari Awin yang ingin membawa balik buat sahabat-sahabatnya di hostel. Memang putih telur terlalu banyak dirumah nih dan kebetulan i pun sudah bertahun tak buat mak aron nih.

Bila ada mood nak buat..bahan pula takde..tapi bila anak dah minta macamana pun mesti buat. Alhamdulillah 4 hari Awin pulang ke rumah segala yang diminta..segala yang mahu dimakan..semua mama dah buat. Syukur atas izinNYA. Amin..

Untuk resepi Macarons nih rata-rata resepinya lebih kurang sama. Jadi pandai-pandailah kita pilih yang mana satu pilihan ya. I pula ikut buku yang dibeli tempoh hari.






Bahan-bahan..
80 gm serbuk badam - bakar sebentar
120 gm gula aising - ayakkan
2 telur putih
50 gm gula kastor
1/2 sdk perasa vanilla
Setitik pewarna skyblue

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan serbuk badam dan gula aising, gaul rata. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk mixer pula, pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula kastor dan vanilla pukul lagi sehingga bertanduk.
3. Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit dalam adunan telur dan pukul dengan kelajuan paling perlahan cukup sekadar sebati.
4. Akhir sekali tambahkan pewarna, gaul sebati dan rata.


5. Masukkan adunan dalam piping bag, paipkan diatas 'macarons mat'. Jika tidak ada 'macarons mat', lukis bentuk bulat di 'parchment paper' bersaiz sebesar duit syiling 50 sen, terbalikkan parchment paper dan paip mengikut lukisan syiling tadi supaya saiznya sama. 


5. Biarkan adunan benar-benar kering licin, lebih bagus keringkan dibawah kipas.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 130C selama 15 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
7. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
8. Paipkan krim vanilla (resepi dibawah) pada satu macaron dan kemudian tindihkan satu lagi.
9. Siap dan hiaslah mengikut kreativiti kalian.


Bahan-bahan krim..
50 gm mentega
1/2 sdk perasa vanilla
110 gm gula aising - ayakkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, pukul mentega bersama vanilla sehingga berkrim.
2. Masukkan gula aising dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan mengembang dan bertukar warna menjadi krim.
3. Masukkan adunan dalam piping bag. Sedia digunakan.