Followers

Thursday 24 May 2012

BANANA CHOCOLATE MUFFIN

As-salam sahabat..
Harini "banana chocolate muffin" order dari puan diana sebanyak 150 pcs saiz M beserta "carrot cake"..muffin nih memang anak2 pun suka dan rata2 memang ramai yang suka, alhamdulillah, harini i buat lebih sikit untuk anak2 sekali, buat minum petang nih juga, resepi dah ada sebelum nih tapi i masukkan sekali lagi yaa..tengah rajin hehehhe..






yang nih buat anak2 makan saiz XL..

Bahan2..
80 gm gula perang
1 sdb ovallete
4 biji telur
260 gm pisang berangan - dilecek
1/2 sdk esen pisang
250 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
80 gm dark chocolate compound - disagat kasar
220 gm butter - cairkan
100 gm chocolate chip - hiasan

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul sebati gula perang dan ovallete, diikuti dengan telur, pukul sehingga naik sekali ganda.
2. Masukkan pisang lecek, gaul lagi.
3. Tuang adunan tepung sedikit2 danterus digaul rata.
4. Tambahkan chocolate compound, gaul lagi.
5. Tuang butter cair dan gaul sehingga adunan sebati sepenuhnya. Kalau guna mixer, gunakan kelajuan paling perlahan dan pukul hanya beberapa saat sahaja.
6. Tuang dalam papercup bersaiz 2.5oz (M) sehingga hampir penuh dan taburkan chocolate chips.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35-40 minit.
8. Sejukkan atas redai, adunan ini menghasilkan 23-25 biji muffin untuk saiz M.
9. Hidangkan untuk hidangan petang.






tempahan dari puan diana..alhamdulillah, diharap puan diana berpuashati dengan muffin ini, insyaallah..






carrot cake 2kg juga tempahan dari puan diana..
klik sini untuk RESEPI yaa..

Wednesday 23 May 2012

MASAK LEMAK PUCUK PAKU

As-salam..
Masak lemak pucuk paku udang..menu palinggg menjadi kegemaran i..setiap minggu kalu pergi pasar mesti cari pucuk paku..tadi i pergi pasar dah lewat, tengok pucuk paku macam dah "tiduuurr" ajee, tetiba ada 1 pak cik nih bawak sebeban pucuk paku, i pun apa lagii.."wakkk..pucuk pakunya 2 ikat yaa"..wak pun pilih laaa untuk i..balik aja, bibik terus kerat2 pucuk paku, sambil tu tetamu dah datang..i masak lempeng dulu baru masak pucuk paku nih, sedapppp..tekak i laa heheheh..jom tengok cara i masak..





Bahan2..
1 ikat pucuk paku - keratkan - cuci bersih - toskan
15 ekor udang - sederhana besar - buang kulit
8 biji cili api hijau*
4 biji cili api merah*
1 cm halia*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai*
1 cawan air* - *hiris dan kisar halus
1 kotak santan "kara"
1 keping asam gelugor
Garam dan perasa

Cara2nya..
1. Tuang bahan2 kisar dalam periuk bersama santan, asam gelugor dan udang, gaul sentiasa sehingga mendidih.
2. Kecilkan api, biarkan mendidih lagi dengan api sederhana sambil ditambahkan perasa dan garam.
3. Masukkan pucuk paku dan gaul sehingga masak.
4. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

LEMPENG BAWANG

As-salam semuaaa..
Heheheheh..hari ini i buat lempenggg uuu, nih baru lempeng yang sejati, pertama kali i buat dalam seumur hidup heheh, alhamdulillahh jadii, lempeng nih terjadi sebab ada tetamu "request"..katanya nak makan lempeng cicah dengan sambal hijau, jenuh la i mencari resepi lempeng, akhirnya i jumpa kat rumah mat gebu, terima kasih pada mat gebu ya..sudi share resepi..sedappp untuk sarapan pagi dan minum petang..jom tengok..







Bahan2..
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang holland - potong dadu
2 sdb minyak masak
1 genggam daun bawang - hiris halus
1/2 sdk garam
1 biji telur
2 1/2 cawan air


Cara2nya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, bawang holland, minyak masak, daun bawang, garam dan telur, gaul sebati.
2. Tuang air sedikit2 dan gaul sehingga adunan sebati.
3. Panaskan "frying pan", tuang 1 senduk bulat ke atas "pan" dan masak kedua2 bahagian, gunakan "ring cutter" untuk menjadikan lempemng bulat sekata.
4. Hidangkan bersama sambal hijau atau apa2 menu yang sesuai.

Saturday 19 May 2012

RED VELVET CAKE

As-salam semuaa..
Rasanya macam dah lama jer tak buat kek untuk makan sendiri, selalu asyik buat orang punya jer kan, so hari ini i rasa macam teringin sangat nak makan red velvet..berkali2 buat hari ini dapat makan dengan penuh perasaan..cewaaahhh..heheheh..tapi kat rumah nih anak2 lelaki dan suami memang tak makan kek, yang makan hanya i dan anak gadis i jee, dah tu yang lain siapa nak makan?? kebetulan hari ini ustazah datang rumah ajar anak2 mengaji, i dah makan sikit dan yang bakinya semua i bagi ustazah, abis cerita..tidak la membazir kan..resepi sama jugak dengan resepi yang lepas tapi takpe i salin lagi sekali dengan sukatan gram yaa..




hari ini potongan tak berapa kemas kan..


Bahan2..
85 gm butter
220 gm gula castor
110 gm biji telur @ 2 biji
25 gm serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *satukan dan ayak
40 gm pewarna merah
240 gm buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sdb cuka + 1 sdb jus lemon - perapkan 20 minit
1 sdk esen vanilla
270 gm tepung superfine - ayakkan
1 sdk baking soda
1 sdb cuka

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Tambahkan telur dan terus pukul sehingga berkrim.
3. Dalam mangkuk lain, satukan serbuk koko, nescafe dan pewarna, gaul sehingga menjadi pes pekat.
4. Masukkan adunan koko tadi ke dalam adunan telur dan pukul sebati.


5. Tuang buttermilk dan esen vanilla, pukul lagi biar rata.


6. Masukkan tepung sedikit dan kaupbalikkan adunan.


7. Dalam mangkuk kecil, satukan baking soda dan cuka, kacau sehingga buihnya menghilang dan terus tuang kedalam adunan dan pukul dengan kelajuan perlahan selama beberapa saat.
8. Ambil sedikit adunan dan tuang dalam 2 papercup kecil (untuk hiasan), kemudian tuang bakinya dalam 2 loyang saiz 8 inci yang telah di gris dengan setiap loyang sebanyak 450 gm.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atai sehingga masak.


10. Sejukkan kek atas redai.
11. Potong setiap kek kepada 2 lapisan, sapu dengan cream cheese sehingga kek lapisan yang teratas, diikuti dengan sapuan cream cheese pada keseluruhan kek dan sejukkan kek dalam peti sejuk sehingga cream cheese sedikit mengeras. 
12. Hias ikut kreativiti masing2.

Bahan2 cream cheese..
500 gm cream cheese
150 gm butter
200 gm gula aising - ayakkan
1 sdk esen vanilla

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul cream cheese dengan butter sehingga sebati.
2. Masukkan gula aising dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan betul2 sebati.


Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

AS-SALAM..
Sejak adik masuk sekola 6 tahun selama 5 bulan ini, adik dah pandai pegang pensil, adik dah pandai menulis, adik dah pandai membaca buku (walaupun masih tak faham sebab adik cuma baca saja), adik dah pandai mengeja, adik dah kenal huruf dan nombor dan paling mama terkejut adik dah hafal SURAH YASSIN dari ayat 1 hingga 14 dan surah2 penting yang lain2 siap "translation" lagi..ALHAMDULILLAHH sangat2..

Dulu, masa mula2 adik pergi sekolah adik langsung tak pandai pegang pensil, tak pandai membaca apatah lagi mengeja, tak pandai menulis, SURAH YASSIN memang langsung tak tahu, bila mama buka CD SURAH YASSIN dalam kereta mesti adik menangis dan merajuk sebab suruh mama buka CD yang lain dan bila mama nak ajar adik, adik bagi macam2 alasan, mungkin masa tu adik belum ada minat lagi.

Bila adik dah mula masuk alam persekolahan, minggu pertama aje adik ok, mingu2 berikutnya dah macam2 berlaku, sampaikan adik balik rumah sendiri!!itu yang paling mama "kering darah" sekejap, selepas2 itu adik dah setiap hari menangis, adik tak nak pergi sekolah, dengar nak pergi sekolah adik dah masam muka dan menangis, sampai hampir 2 bulan, bila masuk kelas airmata adik dah turun laju sebab adik takut mama tinggalkan adik, bila mama tengok adik menangis, mama pun sama menangiss..huwaaaaaaaaa masa tu i sedihhh uuuu..masa tu mama kena temankan adik separuh hari dari masa adik belajar, kemudian tengahari mama tinggalkan adik (sebab kena ambil abang dan kakak dari sekolah) dalam keadaan adik meronta2, menangis tersedu sedan, sampaikan adik menjerit2 panggil nama mama.."adik nak mama..adik nak mama" huhuhu..mama yang melihat pun sedih sangat, kemudian "teachers" adik yang tenteramkan adik, tenangkan adik, pujuk adik sampai adik reda menangis (walaupun adik tahan sabar dan terpkasa). ALHAMDULILLAHH..terima kasih "teachers"



hari pertama adik pergi sekolah..


peaceee, masa nih adik belum menangis lagi..


nih minggu pertama adik sekolah, dah nak mula menangis..

Atas nasihat "teachers" adik semua dan juga persetujuan dari mama dan papa, adik telah dipindahkan ke kelas tahun 5 (walaupun adik tahun 6) untuk menarik minat supaya adik suka belajar dengan rakan2 yang baru masuk sekolah, (ini kerana sebelum ini adik tak pernah masuk sekolah, terus tahun 6) dan sekali lagi ALHAMDULILLAH nasihat dan idea "teachers" adik tu menjadi..dan dalam masa 2 hari adik dah tak menangis lagi sehingga laa sekarangg ALHAMDULILLAH, walaupun adik berada di tahun 5, "teachers" dah beritahu adik tetap akan "graduate" untuk tahun 6.

Sejak adik dah minat sekolah, dah banyak yang adik belajar dari "teachers", adik dah tak mahu makan "junk food" lagi, adik bilang kalu adik makan "junk food nanti adik lambat pandai..adik pun dah kurang beli mainan, adik dah dengar nasihat2 mama..beli buku lagi bagus dari beli mainan, terus adik dah minat membeli buku2 bacaan dan kiraan. ALHAMDULILLAH..


tulisan adik yang baru nak pandai..
tak cantik pun takpe ya sayangg..
nanti adik baiki lagi..






nih buku kira2 adik..



adik sedang mewarna..




wahh ade remos la adikkk hehehehe..


Di sini, dengan rasa berbesar hati dan rasa hormatnya saya dan keluarga, ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua guru di TADIKA DARUL ILMU atas didikkan yang diberi ke atas anak kami sehingga adik boleh menulis, membaca dan sebagainya, terima kasih yang tidak terhingga, semoga kalian terus dimurahkan rizki dan diberkati olehNya AMIN.


Tak lupa juga ucapan "SELAMAT HARI GURU" buat semua guru2 dari TADIKA DARUL ILMU, SK SEAFIELD USJ 6, SMK USJ8, SMK KULAI BESAR kerana mendidik anak2 kami dari dulu sehingga kini dan dengan ucapan terima kasih kami sekeluarga terimalah hadiah yang comel ini dari kami..terima kasih guru atas didikan yang telah diberi, semoga kalian di limpahi rizki yang berlipat kali ganda dariNya..aminnn..

Tak lupa juga buat semua rakan2 FB SHUHAIRI SHUHAINI, BLOGGER2 dan PEMBACA2 yang bergelar guru sekalipun bekas guru atau bakal guru, saya wakil dari JUICY CAFE mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat kalian, terima kasih kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna kepada anak2 bangsa sehingga ada yang ke menara gading. AMINN..

TERIMA KASIH GURU





buah tangan untuk SMK KULAI BESAR dan guru pilihan anak2 awin & aman..














kek dan buah tangan untuk guru2 adik di DARUL ILMU..




adik bersama "teacher"2nya, dari kanan nombor 2 teacher yang selalu adik sebut2..teacher zu..

Sunday 13 May 2012

NASI BERIANI

As-salam semuaa..
Selamat berhujung minggu bersama keluarga..ramai jugak yang bercuti dari memasak bila sampai hari ahad kan..i jarang bercuti dari memasak, memang hari2 kena masak, anak2 dan suami memang tak suka makan di luar..rasanya dalam sebulan tu susah jugak kami nak makan diluar..hari ini projek menghabiskan beras basmathi lagii, kelmarin nasi hujan panas, hari ini nasi beriyani pulak yaa hehehe..idea dari BEST WAN!! tapi i buat ada yang bertambah dan ada yang terkurang hehhe..jom kita tengok..




Bahan2..
500 gm beras basmathi - cuci bersih - toskan
55 gm minyak sapi
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
5 biji buah pelaga* - *4 beradik
2 biji besar bawang merah**
1 inci halia** - **hiris halus
2 batang serai - di ketuk
3 helai daun pandan - potong kasar
4 biji tomato - potong dadu
100 gm kismis
620 ml air rebusan daging
130 ml susu cair
2 sdk saffron - i tak guna sebab takde
100 gm kacang gajus - bakar
1/2 sdk garam
2 sdb tomato puri
Segenggam daun pudina - hiris halus
Segenggam bawang goreng
60 ml air mawar
1 keping daun pisang

Cara2nya..




1. Dalam kuali, panaskan minyak sapi, tumis 4 beradik, bahan2 hiris, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan tomato dan kismis, masak sehingga tomato sedikit lembut.


3. Padamkan api, masukkan beras dalam periuk elektrik dan masukkan bahan2 tumis kedalam periuk berisi nasi, tambah juga air rebusan daging, susu cair, saffron, kacang gajus, garam, tomato puri dan separuh daripada daun pudina, gaul sebati dan tekan butang "ON".
4. Tunggu sehingga nasi separuh masak, tuangkan air mawar, baki daun pudina dan bawang goreng, gaul rata dengan menggunakan "chopstik", ini supaya nasi tidak patah, kemudian tutup nasi dengan daun pisang dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
5. Hidangkan nasi bersama lauk kegemaran.


amboiii adikk posing mautt aekkk!!!

Saturday 12 May 2012

TEMPAHAN

As-salamm semuaa..
Tempahan semalam dan hari ini dari PUAN DIANA..seronok bila berborak dengan puan diana, seorang yang peramah, lemah lembut pertuturannya dan bersopan santun..terima kasih atas tempahan nih ya sis, diharap sis berpuashati..




tapi untuk kek rainbow kali ini i gunakan frosting cream cheese..




mini tiramisuu..
resepi DISINII


hot cheese chocolate cake..
klik untuk RESEPI..