Thursday, 14 May 2015

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Sahabat..
Demam kan..demam apa? Alaa demam brownies kedut-kedut..sana sini nak buat brownies kedut-kedut nih. Sebelum-sebelum nih memang biasa kita buat brownies kan tapi tak la demam macam brownies kedut nih..resepi pun lebih kurang sama juga. Apa yang membuatkannya KEDUT? Siapa boleh jawab sila komen ya..

Baiklah..teruskan celoteh pagi ini. Semnalam bila masuk jer gambar brownies nih kat FB ramai yang minta resepi..rata-rata ramai yang dah tak tahan nak buat hehehe..ada yg inbox..bagi komen nak buat malam nih jugak hahaha..sweet la korang..dah buat brownies nih lagi sweet kan hehehe..

Tapi semalam bukan tak nak update..cuma masa tak mengizinkan..macam hal semalam..kemudian faham-faham la kan..nak masuk gambar lagi..nak pok pek pok pek dengan korang lagi..mana dan masa yang ciput..yer dak yer dak..hihi..

Apa-pa pun i ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat Instagram Sis Cik Cek kita yang telah menerai n error resepi ini dan dikongsikan pula oleh sis Ayu kita yang comel tuuu..dan diintai pula oleh iiii hehehhe..itulah kisahnya. Terima kasih buat kalian berdua. Semoga kalain terus menerus dimurahkan rizki..diberi keberkahan didunia dan akhirat. Aminn..

Resepi ini i buat 2 adunan dan i telah jadikan sepenuhnya dalam sukatan gram. Kalau mengikut resepi yang dikongsikan oleh Sis Cik Cek kita melalaui Sis Ayu mereka menggunakan sukatan gram dan cawan. Jadinya untuk lebih mudah bagi i dimasa akan datang i lebih suka dengan sukatan gram. Kepada yang ingin mencuba silakan ya. I telah mendapat keizinan dari pihak mereka berdua melalui sis Ayu. Jom kita tengok..








CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.




Friday, 1 May 2015

RED VELVET BROWNIES

Assalamualaikum..
Selamat bercuti kalian. I tak jadi pergi KL hari ini atas sebab-sebab kesihatan. Semalam tiba-tiba sakit pinggang bahagian belakang sebelah dan pagi nih baru ada kurang sikit. Walau macam mana sakit hati tetap nak baking..kali ini dengan bantuan Awin sepenuhnya hehehe..terima kasih sayanggg. 

Dalam masa yang sama pula ada tetamu bakal tiba petang nanti. Insyaallah, katanya sudah dalam perjalanan dari Kl tapi jalam macet sangat-sangat sekarang nih, mungkin sampai lewat petang la tu kan..

Selalu kita tengok di FB sekarang nih memang viral baker-baker bikin Chocolate Brownies..tapi kita buat la Red Velvet kan..chocolate brownies dah selalu buat hehehe..ok tak mahu celoteh panjang-panjang..jomlah kita lihat..







merahnyerrrr mak ngahhhh!!!


RED VELVET BROWNIES

Bahan-bahan..
120 gm coklat kompound - sagat kasar*
200 gm mentega* - *satukan dan cairkan secara 'double boiler'
450 gm gula kastor
3 sdb pewarna merah
2 sdk perasa vanilla
2 sdk cuka epal
4 biji telur A
300 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk 'stainless steel', satukan coklat kompound dan mentega, panaskan secara 'double boiler' sehingga adunan mencair.
2. Tambahkan gula dan kacau sehingga gula sedikit larut.
3. Masuk pula pewarna merah, perasa vanila dan cuka epal, gaul sebati. Angkat dan sejukkan 10 minit.
4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, kacau sehingga sebati.
5. Tuang adunan tepung 3 bahagian dan gaul sehingga adunan kesemuanya rata dan sebati.
6. Sediakan loyang bersaiz 10 inci yang telah dilapik kertas minyak dan pastikan kertas minyak melebihi ketinggian loyang supaya senang untuk dikeluarkan. Semburkan sedikit 'spray cooking'.
7. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 - 40 minit.
8. Keluarkan dari loyang dan sejukkan sebentar atas redai.
9. Potong brownies mengikut saiz yang dikehendaki.