Followers

Monday 30 September 2013

NUTELLA CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum..
Lamakan i tak buat kek untuk makan sendiri, hari ini atas permintaan Awin yang balik bercuti setelah selesai exam untuk semester yang pertama dalam kuliahnya. Berkali-kali Awin minta, mamanya selalu aje M M M hehehe, tapi hari ini i kena juga tunaikan sebab memang tidak sibuk.

Alhamdulillah kejadian brownies ini amat kena dengan selera Awin. Awin kata "mama brownies nih tak terkata sedapnya".., waduh waduh..mama kembang sebesen uuuuu hahaha..

Takde laa..apa-apa pun mesti kita suka kalau makanan yang datangnya hasil dari air tangan seorang ibu untuk anaknya..dan mendapat pujian..betul tak?? betulll..,

Resepi ini datangnya dari mak cik gugel minah saleh, i dah terlepas pandang blognya..terima kasih kepada beliau..dan macam biasa i ada buat pengurangan dan penambahan dalam resepi ini dan juga i lebihkan masa pembakarannya ikut kepentingan i hehe..oleh itu mehh i kongsikan resepi ini disini ya..











Bahan-bahan brownies..
90 gm mentega
170 gm coklat kompound - sagat halus
30 gm serbuk koko - ayakkan
3 biji telur
170 gm gula kastor
1 1/4 sdk esen vanila
280 gm nutella
140 gm tepung gandum*
1/2 sdk baking powder* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan cheese..
350 gm cream cheese
1 sdk esen vanila
120 gm gula kastor
2 biji telur
140 gm nutella - untuk marble

Cara-caranya brownies..
1. Satukan mentega, coklat kompound dan serbuk koko, masak adunan ini secara 'doble boiler' sehingga adunan sebati dan larut. Angkat dan sejukkan dalam 10 minit.
2. Dalam mixer, pukul adunan coklat tadi bersama telur satu demi satu sehingga sebati.
3. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur diikti dengan esen vanila.
4. Masuk pula nutella, pukul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan adunan tepung dan gaul sehingga rata.


6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas bersama kertas minyak dan oleskan dengan sedikit mentega atau 'spray cooking'. Pastikan kertas minyak berlebihan bagi memudahkan brownies dikeluarkan ketika selesai membakar. Ketepikan sementara menyiapkan adunan cheese.

Cara-cara cheese..
1. Dalam bekas mixer yang bersih, satukan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
2. Tuang telur dan pukul lagi sehingga benar2 rata dan tidak berbintil.


3. Tuang adunan cheese ke dalam loyang dan ratakan.


4. Sudukan nutella keatas adunan cheese, ambil lidi, marblekan nutella pada sekelilingnya.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 50-60 minit atau sehingga perang.


7 comments:

  1. Sedapnyr shu......nnt i nk wat jgk lah...harap2 jd la mcm u buat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nutella brownies nih mmg x dinafikan sedap sis..cuba la ya..

      Delete
    2. Coklat kompound tu cemana ye?

      Delete
    3. choc compound seperti choc masakan tp kualiti lebih bagus..bule cari di kedai jual brg2 kek jenama tulip atau beryls atau lain2 lg ya..

      Delete
  2. Sis..bakar guba api atas n bawah ke?

    ReplyDelete
  3. Maaf nk tny xperlu masak bahagian bawah dulu ke? Cheese xbercampur dgn adunan coklat di bawah?

    ReplyDelete