Followers

Sunday 29 September 2013

SAMBAL UDANG PETAI

Assalamualaikum..
Menu kami sekeluarga untuk malam ini, i hidangkan sambal udang petai, kebetulan suami hari ini tidak berapa selera makan, jadi i cuba buat tambahan petai dalam masakan, ini kerana suami memang sukakan petai bersama udang.
Alhamdulillah suami dan anak-anak sangat berselera makan, habis licin sambal udang sekali hadap. Syukur dengan pemberianNya. Amin.





Bahan-bahan..
15 ekor udang besar - buang sesungut - belah belakang - bilas dengan air asam - toskan
1 batang serai - ketukkan
1 biji bawang merah besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *ditumbuk
30 tangkai cili kering - potong memanjang - rendan air panas - bilas - toskan**
1 sdb belacan - dibakar**
1 cawan air** - **satukan dan kisar lumat
4 sdb gula
2 sdk garam
1 sdk perasa
2 sdk asam jawa ADABI
1/2 cawan air panas
1 labu bawang holland - hiris bulat
1/2 cawan petai - belah dua

Cara-caranya..
1. Panaskan 1 cawan minyak, tumis serai diikuti bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan cili kering yang dikisar dan biarkan masak dalam 10 minit atau sehingga cili benar-benar masak.
3. Tambahkan gula, garam, perasa dan asam jawa, gaul sebati.
4. Masukkan udang dan gaul lagi.
5. Tambahkan air panas, bawang holland dan petai, biarkan mendidih dalam 10 minit.
6. Tutup api dan siap dihidangkan.

2 comments: