Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah hari ini i dapat buat 1 entry untuk bulan October, sebenarnya ada 3 lagi entry yang tidak sempat nk update tapi takpe la..lupakanlah entry tu, lagi pun dah pernah ada dah sebelum ini..
...dan yang pastinya entri atau resepi kali ini memang tidak pernah ada dan tidak pernah wujud sebelum ini..itu yang terlebih excited nak update malam-malam macam nih.
Ceritanya begini..jeng jeng jengg..hahahha..
Hari raya yang lepas kan i ada buat kek-kek lapis, jadinya terlaluuuuuuu lahh banyaknya putih telur. Sepanjang pencarian i tadi i terjumpalah resepi ini di SINI iaitu sis Hesti, terima kasih sis sudi berkongsi resep ini yah, mohon dikongsi disini pula ya sis.
Cara pembuatannya juga senang. Mulanya i risau jugak jika putih telur i sudah tidak berkualiti dan kemudian i mencuba denganpukulan telur putih dan nampaknya berbuaih serta semakin menaik dan kemudian bila nampak kemajuan barulah i meneruskan pembuatan kek ini. Alhamdulillah siap dengan lancarnya dan jayanya..Syukur..dan i telah gandakan adunan tersebut menjadi 2.
maaf i tidak pandai mengambil gambar..
kebiasaannya Awin yang snap, bila Awin dah takde susah sangat sebab takde yang membantu..
nasib baik suami sudi membantu dengan memegang kek hihi..
Bahan-bahan..
600 gm putih telur - suhu bilik
1/2 sdk garam halus
2 sdk ovallete
250 gm gula kastor
300 gm tepung gandum*
40 gm susu tepung*
1 sdk vanillin* - *satukan dan ayak
100 gm santan kotak
60 gm mentega - dicairkan - sejukkan sebentar
1 sdk perasa coklat
1 sdk perasa mocca
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, satukan putih telur, garam dan ovallete, pukul sehingga berbuih.
2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan terus pukul lagi sehingga kental.
3. Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit dengan pukulan yang perlahan, biarkan rata.
4. Tuang santan dan mentega cair, gaul sehingga rata dan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan 1 bahagian bersamaan 450 gm.
6. Satu bahagian biarkan warna asli dan 2 bahagian lagi tambah campuran perasa.
7. Sediakan loyang bersaiz 9 inci, lapik kertas minyak dan JANGAN dioles dengan mentega atau spray cooking.
8. Ambil 1 senduk perasa coklat dan tuang ditengah-tengah loyang, diikuti dengan 1 senduk warna asli dituang diatas perasa coklat tadi dan diikuti dengan perasa asli dan kemudian perasa mocca. Buat bergilir-gilir warna asli, coklat dan mocca sehingga selesai.
9. Kukus dalam periuk kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api sederhana selama 25-30 minit.
10. Keluarkan dari periuk kukusan dan biarkan sejuk atas redai, kikis ditepi-tepi loyang baru dikeluarkan.
chantik kek tu!
ReplyDeletemakaseh sis..
Deletekak, sy amik ya resepi. nak try buat... tq.
ReplyDeletebulee..silakan yaa..
DeleteSriyus meliurkn dn menggiurkan.maseh share resipi.alhmdullillah,murah rezeki akk .
ReplyDeleteaminn..alhamdulillahh sama2 kita ya sis..
DeleteSalam sis...600gm putih telur tu guna berapa biji telur yer?
ReplyDeletewslm wbt sis..
Deletemaaf ya sis i hanya menggunakan baki putih telur yg ade jd x pasti berapa biji telur tp kalu ikut kiraan i mungkin dlm anggaran 20 biji kot sis..insyaallah..
Vanilin tu esen vanila ke?
ReplyDeletebetul sis..
Delete