Followers

Sunday 15 September 2013

TEMPAHAN

Assalamualaikum..
Tempahan kek perkahwinan selepas Lebaran. Memang tidak dinafikan rasa sedikit kekok untuk menguli fondant setelah sekian lama tidak bermesra bersama, tambahan pula pergelangan tangan yang sering sakit kini kembali menyerang sebelum bermulanya tempahan ini. Allahuakbar..semuanya ujian dariNya yang harus ditempuhi. Walau bagaimana pun dengan adanya Awin pulang dapat mengurangkan kepenatan dalam pembikinan kek ini.

Kek telah ditempah dari sis Roba Romas (kalau tak silap) buat sahabat karib beliau yang melangsungkan perkahwinannya pada tengah hari tadi, syukur Alhamdulillah selamat dalam penghantaran ke Taman Damai Jaya, JB. Semoga sis Roba Romas danmempelai berpuashati dengan kek yang di tempah. Mohon maaf juga jika ada yang terkurang dari pihak kami.


masa nih tak sabar nak ambil gambar hehe..






riben mamang sengaja dibuat 'layu-layu lembik-lembik' gitu..
mana ada riben tegakkkkk jer kann..


ketika masih bogel..hihi..


di biarkan sementara menunggu riben mengeras..

6 comments:

  1. Simple & yet so cute.. Semoga tangan Kak Shu cepat sembuh ya.. ogyep ni pun dah seminggu lebih rasa mcm terkehel aje pergelangan tangan kanan ni.. urut dah berkali2.. tapi sakit x hilang juga.. ntah ngape ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah kot nk sembuh tangan nih..sama la kita pun pergelangan tgn kanan, dh mula sakit sejak bulan 2 yg lepas..3 bulan lepas tu sembuh..nih sakit balik..semoga kita sama2 cepat sembuh ya sis..

      Delete
  2. cantiknya semua kek tu. pandai deco :)

    Jom Exchange Blog List @ buatwanita.blogspot.com

    ReplyDelete