Assalamualaikum..
Menjelang Ramadhan ke 24 mahu tidak mahu i kena gagah perkasakan diri untuk membuat biskut kegemaran suami dan anak-anak..i pun hehehe..
Jadi untuk hari ini i mulakan dengan tat nenas, kali ini i menggunakan resepi yang sama seperti DULU dan asalnya dr CMG cuma i ubahkan sedikit dengan penambahan minyak sapi.
Rasanya fullamakk..i makan siap pejam-pejam mata uuu hahha, tapi memang bukanlah niat i nak naik lif dan tekan sendiri tapi hakikatnya memang enak, lazat, berkrim dan cair di mulut..eh eh tetiba jer hilang..
Bahan-bahan doh..
300 gm mentega ANCHOR/SCS
200 gm minyak sapi GHEE
100 gm gula aising - ayakkan
4 kuning telur
2 sdk esen vanila
1 sdk pewarna kuning
700 gm tepung gandum*
100 gm tepung jagung* - *satukan dan ayak
Bahan-bahan oles..(gaul sebati)
2 kuning telur
1 sdk susu pekat
1 sdk esen vanila
Cara-caranya..
1. Pukul mentega, minyak sapi dan gula aising sehingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit di ikuti dengan esen vanila dan pewarna kuning, pukul sebati.
3. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh dan rata.
4. Tutup bekas dengan plastik ataupun kain dan rehatkan dalam 1 hingga 2 jam, semalaman juga boleh.
5. Ambil doh sebanyak 10 gram, leperkan, letak inti nenas atas doh, tutup dan bulat2kan kemudian buat supaya menjadi lonjong iaitu atas besar dan bawah runcing.
6. Gunting dengan menggunakan gunting kecil yang tajam dihujungnya menjadi seperti buah nenas.
7. Susun atas loyang yang dilapik dengan kertas minyak dan buat sehingga habis.
8. Oleskan kuning telur di atasnya. Adunan ini menghasilkan 143 biji.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 165C selama 25 minit.
Bahan-bahan inti..
1 kg nenas @ 2 biji nenas - buang kulit dan mata nenas - potong halus - cuci bersih - toskan
200 gm air
300 gm gula kasar
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
Cara-caranya..
1. Dalam pengisar, masukkan nenas bersama air dan kisar sehingga hancur lumat.
2. Tuang dalam periuk bersama kulit kayu manis dan bunga cengkih dan biarkan masak dengan api kecil selama 3-4 jam.
3. Biarkan diluar sehingga suhu panas hilang baru disejukkan dalam peti sejuk.
4. Ambil inti sebanyak 5 gram dan bulat-bulatkan. Buat sehingga selesai.
inti yang ini i beli aje..inti yang i buat tak sempat nak jadi inti hehe..
Rasa nak buat balik resepi mak² kita buat dulu. Terima kasih ye sudi kongsi resepinya.
ReplyDelete