Followers

Saturday, 24 August 2013

LAPIS PRUNE

Assalamualaikum semua..
Percubaan kali kedua untuk jenis kek lapis yang i buat, yang pertama dulu Lapis Cuppochino, kali ini i mencuba Lapis Prune untuk hidangan tetamu i untuk hari ini. Sepatutnya i buat 3 hari lepas supaya kek akan lebih sedap di makan selepas 3 hari.

Walau macamana pun i masih sangat tidak berpuas hati dengan hasil untuk kek lapis ini. Lapisan yang tidak cantik, tekanan yang tidak begitu kuat (tak pasti macam mana nak terangkan) menyebabkan ada lubang-lubang di beberapa tempat, jalur garisan yang tidak ketara..aduuhhh macam-macam la yang i tidak puas hati tapi sangat syukur Alhamdulillah sahabat-sahabat yang mencuba mengata sedap (harap-harap sedappp betul-betul ya hehe), suami juga mengatakan hal yang sama, Syukur Alhamdulillah.., Insyaallah jika tiada aral i bercita-cita untuk mempelajari kek lapis ini.

Resepi asal dari warga Indonesia dan dikongsikan oleh SIS RIMA DARI BISOUS A TOI. Terima kasih sis berkongsi resepi yang enak ini, mohon berkongsi disini pula ya. I memilih resepi dari pelbagai blogger kerana i rasa i sangat cerewet dengan kek lapis kerana asal usulnya i sangat tidak suka dengan kek lapis walau apa pun perasanya sehinggalah i menerima buah tangan kek lapis dari my sis dan i merasa tersangaaaattttttttlah sedap keknya. I berulang kali menempah dan kini tempahan sudah tidak diterima dan kerana itulah i cuba-cuba mencari dan terjumpa di rumah Sis Rima dan amat tertarik dengan bahan-bahannya. Mohon berkongsi disini pula ya sis..terima kasih..







Bahan-bahan A..
800 gm mentega (kualiti tinggi)
440 gm gula aising - ayakkan
1 gm garam halus
100 gm susu pekat manis
1 sdb serbuk vanillin

Bahan B..
900 gm kuning telur / 50-52 biji

Bahan-bahan C..
190 gm tepung hong kong
1/2 sdk spekuk

Bahan D..
350 gm prune - potong kasar

Cara-caranya..


1. Pukul bahan-bahan A agar sebati dahulu kemudian guna kelajuan tinggi pukul selama 12 minit atau sehingga naik berganda.


2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan terus pukul dengan kelajuan tinggi sehingga sebati selama 10 minit.




3. Perlahankan mixer, masukkan bahan-bahan C dan pukul cukup sekadar rata.




4. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci atau 9 x 9 x 3 inci, lapikkan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit butter atau 'spray cooking'.
5. Tuang anggaran dalam 100 - 120 gram ke dalam loyang, ratakan dengan spatula.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api atas bawah bersama suhu 175C selama 7 minit atau sehingga sedikit gelap pada kulit atasnya.
7. Keluarkan loyang dari oven, tekan sedikit pada kek dengan menggunakan perata fondant.
8. Tuang lagi adunan dengan sukatan yang sama, ratakan dan bakar semula dengan hanya menggunakan api atas sahaja.


9. Ulangi cara-cara nombor 5, 6 dan 7 sehingga lapisan keempat, kemudian taburkan buah prune. Ini bermakna setiap 4 lapisan di taburkan dengan buah prune.

10. Buat sehingga adunan terakhir dan bakar selama 10 minit bersama api atas dan bawah.
11. Keluarkan kek dari oven, kikis dengan spatula ditepi-tepi loyang supaya kek merenggang dan sejukkan sebentar atas redai.
12. Keluarkan kek dari loyang, biarkan semalaman baru dipotong.


prune yang telah dihiris dadu..


cuci telur sebelum digunakan..

8 comments:

  1. huhu..sukanya kek lapis prun..tp takde kederat nk tunggu sampai siap..tahniah le pd akak shu...berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdlhhh..tercapai juga cita2 nk buat kek lapis wpun bercinta hehe..

      Delete
  2. adoiii.. mau lah cake lapis tuh... bagi sikit kak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduhh sis mel..kapan2 ke johor i kasik dikit yah hehe..

      Delete
  3. Salam...minat jugak nak buat tapi tengok jumlah telur nya....hm..m...banyak ya...memang kek prune sedap sebab ada rasa masam2 manis..tahniah sebab sabo mengadun dan melapis nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt n salam kenal sis..
      terima kasih, sis juga bule buat..insyaallah sedap, telur byk dan kuantiti juga berbaloi..

      Delete
  4. Assalam...mcm ada x cun dlm resepi puan...mana mungkin tlor sbyk 52 biji boleh masuk dlm acuan 8*3*8@9*3*9... Ukuran bahan tidak betul ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt..
      Tepuk dada tanya selera..tiada paksaan..
      Kami yg buat boleh sahaja, malah tuan yg berkongsi resepi juga bole..

      Delete