Masih lagi bersama kek lapis iaitu Lapis Toblerone. Kek lapis ini i buat bersama dengan Lapis Prune tempoh hari tapi tidak berkesempatan nak meng'update' atas urusan melayan tetamu yang bermalam dirumah sehingga hari Ahad dan kemudian i pula buru-buru ke Kuala Lumpur atas urusan lain. Memang tidak dinafikan sedikit letih dengan aktiviti yang ada. Sekali sekala takpe, apa-apa pun tetamu mesti di utamakan.
Sebenarnya kek lapis ini adalah permintaan dari tetamu merangkap sahabat i yang datangnya daru utara. Jadi kebetulan oven i boleh masuk banyak loyang, i mencuba membuat kek lapis dengan 2 loyang berlainan jenis lapis.
Resepi ini pula asal dari pembuat kek terkenal dari Indonesia iaitu Ny. Liem. Asalnya resepi kek ini adalah dari "Brona Cake" iaitu gabungan antara brownies, kek lapis dan kek span dan i hanya mengambil resepi kek lapis dan gandakan menjadi 1 adunan untuk kek lapis dan i membuat tambahan coklat Toblerone di dalam adunan tersebut.
Hasil pembikinan kek lapis ini, rata-rata sahabat-sahabat mengatakan sangat sedap walau pun rupanya kurang memberangsangakan hehe..takpe..inilah permulaan cita-cita i untuk bersama kek lapis, Insyaallah i akan datang i akan cuba buat yang lebih baik lagi, dan yang penting rasa dah ada..Alhamdulillah..
Bahan-bahan A..
650 gm kuning telur (42 biji)200 gm gula aising - ayakkan
1/2 sdk serbuk vanilla
Bahan-bahan B..
40 gm tepung hong kong*
40 gm susu tepung* - *satukan dan ayak
Bahan-bahan C..
600 gm mentega - kualiti tinggi
2 sdb susu pekat manis
1 1/2 sdk spekuk
Bahan D..
300 gm toblerone - sagat halus
Cara-caranya..
1. Pukul bahan-bahan A sehingga putih dan mengembang berganda.
2. Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit hingga rata dan ketepikan.
3. Dalam bekas mixer yang lain, pukul bahan-bahan C sehingga mengembang dan putih.
5. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci atau 7 x 7 x 3 inci yang siap dilapik kertas minyak dan di oles mentega.
6. Tuang 1 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175C selama 7 minit dengan api atas bawah.
8. Tuang 1 senduk lagi untuk lapisan kedua, dan kali ini bakar hanya api atas sahaja selama 7 minit. Ini bermakna mulai lapisan kedua sehingga lapisan terakhir hanya api atas sahaja yang digunakan.
sagat halus lebih bagus dari potong dadu seperti ini..
9. Buat sehingga ke lapisan keempat kemudian tabur toblerone sehingga rata. Toblerone di tabur setiap 4 lapisan. Buat sehingga ke lapisan terakhir.
10. Mulai lapisan ketiga, selesai setiap pembakaran untuk setiap lapisan, tekan-tekankan kek dengan menggunakan perata fondant supaya kek lebih padat.
12. Keluarkan kek, sejukkan sebentar atas redai, kemudian kikis ditepi-tepi loyang baru dikeluarkankek dari loyang.
wow..Nampak sedap kek lapis tu..sya memang suka makan kek lapis ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah..rata2 skwn2 yg rasa semua kata sedap sis..
DeleteAlamak Kak Shu.. tang melting toblerone tu yang tak larat nak tengok.. mengancam segala jiwa raga tu..
ReplyDeletehaaaa..itu kalu terslurrppp..adoooii mmg siap pejam2 mata hehe..
DeleteSalam. Akak, nak tanya, kenapa namanya 'legit'? apa maksudnya?
ReplyDelete-alia
wslm wbt sis alia..
DeleteLegit nih dlm erti kata bahasa Indonesia ialah manis dan padat sepertimana kek lapis nih..yg manis dan sgt padat pd setiap lapisannya..