Followers

Wednesday, 21 August 2013

KEK BUAH CAMPURAN

Assalamualaikum semua..
Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin. Masih lagi mood berhari raya dan masih ramai lagi sahabat-sahabat yang masih menerima kunjungan tetamu dari jauh dan dekat. Tidak ketinggalan i juga yang bakal menerima tetamu pada hari Jumaat akan datang. Tetamu jauh yang datangnya dari hujung utara, Insyaallah.

Atas persiapan untuk bakal tetamu, antara menu manisan, i menyediakan kek buah campuran ini dan juga atas permintaan bakal tetamu i kongsikan resepi ini untuk rujukan beliau dan juga sahabat-sahabat lainnya.

Untuk resepi kek buah ini, sebenarnya sudah berkali-kali i buat, tapi sepanjang berkali-kali pembuatan untuk kek ini, i selalu lupa dan terus lupa untuk meng'update'..haaa kann..dah kertu kot kan..haizzzzz belum kertu lagiiiii, muda belia lagi tau hehehhe..

Resepi asal dari CMG tapi i ada buat penambahan dan penolakan dari bahan-bahan antaranya i gunakan SPEKUK. Pada deria rasa i spekuk lebih wangi dari serbuk buah pala. Adunan spekuk mempunyai 4 jenis rempah iaitu buah pala, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Penambahan bahan lainnya adalah seperti madu, perasa oren dan i lebihkan sukatan untuk buah kering.







Bahan-bahan..
250 gm mentega (berkualiti tinggi)
130 gm gula perang halus
3 biji telur A
1 sdb madu
1 sdk perasa oren
300 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk serbuk soda*
1 sdk cream of tartar*
1 sdk spekuk / serbuk pala* - *satukan dan ayak
400 gm buah kering campuran
150 gm gula kastor

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan terdahulu.


2. Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati.

3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi bersama madu dan perasa oren dan terus pukul lagi sehingga sebati.


4. Gaulkan adunan tepung yang telah di ayak bersama buah kering campuran kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.


5. Masak gula kastor dalam periuk kecil dengan api paling sederhana, biarkan mencair sehingga menjadi keperang-perangan. (JANGAN SAMPAI HANGUS NANTI PAHIT).


6. Sambil 'mixer' berjalan paling perlahan atau sederhana, tuang gula hangus ke dalam adunan buah dan pukul secepatnya sehingga rata.


7. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 7 x 7 x 3 inci yang telah dilapik dengan kertas minyak dan telah di oles dengan mentega atau 'baking spray' dan ratakan. Tutup permukaan loyang dengan 'aluminium foil'.


8. Masukkan dalam periuk pengukus yang telah dipanaskan dan kukus 1 jam dengan api yang paling besar dan 3 jam dengan api yang sederhana. Tambahkan air panas jika air kukusan berkurangan.

9. Keluarkan loyang kek dari pengukus, buang 'aluminium foil' dan kikis di tepi-tepi loyang kek supaya kek renggang.


10. Keluarkan kek dan sejukkan atas redai. Biarkan semalaman supaya kek menjadi lebih padat.




i bahagikan kepada 3 bahagian, bungkus dengan plastik dan sejukkan dalam chiller..


7 comments:

  1. Waaa... k.gee hangkut resepinya yer... terlior dibuatnya...

    ReplyDelete
  2. lama tul x singgah sini.. macam2 ada.. very d moist nampaknya kek buah tu Kak Shu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa khabar sis..harap2 sihat ya..insyaallah moist, cuba la ya..

      Delete
  3. As salam akk, kalo pengukus saya kecil je, boleh x guna 2tier utk kukus kek tu?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt..
      Itu x pasti sis..tp i guna pengukus trio bole..

      Delete
  4. Assalamualaikum Puan, first time try buat kek buah kukus gula hangus pakai resepi ni..terus jadi. Sangat sedap dan tidak terlalu manis. Buah pun tak mendap ke bawah. Terima kasih di atas resepi yg di kongsikan ini. Saya buat pun sebab terlalu rindu nk makan kek buah gula hangus yg sedap..dulu2 mkn yg arwah mama buat tapi dia dah meninggal 25 tahun lepas..resepi pun tk sempat nk salin.

    Sal

    ReplyDelete