Followers

Monday 5 August 2013

CHOCOLATE MOIST WITH GANACHE

Assalamualaikum..
Walaupun dah lewat malam masih berkesempatan untuk update entry terbaru. Mulanya tak mahu update sebab dah banyak kali buat tapi atas permintaan i letakkan sekali lagi resepi disini ya.

Untuk kali ini i buat ganache yang boleh di lepa, kurang sikit renyah-renyah ganache yang meleleh-leleh tu kan..kalu tidak memang sangat-sangat bercinta bila nak mencuci..betul tak? jom lihat..




Bahan-bahan..
2 biji telur
300 gm gula kastor
200 gm susu cair IDEAL
1 sdk perasa coklat
200 gm tepung gandum*
50 gm serbuk koko*
1 sdk serbuk penaik*
1 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak
160 gm minyak jagung
180 gm air panas mendidih

Cara-caranya..
1. Pukul telur dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan susu cair dan pukul lagi bersama perasa coklat.
3. Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung yang telah di ayak dan gaul sebati.
4. Tuangkan minyak dan gaul sehingga rata.
5. Di ikuti dengan air panas mendidih dan pukul sebentar setakat rata sahaja.
6. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah di gris dan di lapik kertas minyak.
7. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 170C selama 1 jam.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
9. Potong kek kepada 3 bahagian dan sapu ganache serata mungkin pd setiap lapisan.
10. Sapu nipis ganache pada keseluruhan kek dan sejukkan dalam peti agar ganache kering dan mengeras.
11. Sapu ganache untuk lapisan kedua pada keseluruhan kek sekali lagi agar nampak lebih kemas dan sejukkan kembali dalam peti sehingga kering.
12. Keluarkan kek, ambil lebih kurang 4-5 sudu besar baki ganache, masukkan dalam microve untuk dicairkan dalam beberapa saat dan tuang di tengah-tengah atas permukaan kek. Ratakan dengan menggunakan spatula supaya ganache dapat menyusur ketepi kek dan nampak seperti meleleh.
13. Sejukkan semula ke dalam peti barulah boleh di hias mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan ganache..
300 gm dark coklat kompound - potong halus
250 gm uht whipping krim
20 gm mentega

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan uht whipping krim sehingga panas dan berbuih di tepi-tepi periuk.
2. Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk coklat bersama mentega, gaul secepatnya agar coklat mencair.
3. Sejukkan ganache dalam peti sejuk semalaman.
4. Keluarkan ganache, biarkan lembut sebentar baru digunakan.

5 comments:

  1. sedapnya teng meleleh tu opssss posaaaa :)
    Selamat hari raya maaf zahir batin sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. opppss sabar ya sis n salam aidilfitri juga ya..

      Delete
  2. Assalamualaikum kak..kagum tgk hasil krje akk..sgt kms n cntik..
    Selamat hari raya aidilfitri kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis rajaqina..
      terima kasih n salam aidilfitri juga ya..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete