Followers

Monday 8 July 2013

MAKANAN BUAT MICKEY

Assalamualaikum..
Jeng jeng jengggg.., haaa entry malam nih masih lagi mengenai resepi tapi resepi khas buat anak kucing i yang bernama MICKEY. Sebenarnya dah nak bulan puasa nih, i nak bersihkan peti sejuk dan ada pula 1 bungkus sayur campuran yang masih tidak digunakan. Fikir punya fikir dan gugel punya gugel i dapat idea untuk membuat makanan buat MICKEY tersayangggg.., jika sahabat-sahabat ada idea lagi untuk tambahan atau resepi lainnya sila la kongsi dengan i ya..


inilah MICKEY..


Bahan-bahan..
1kg ikan kembong - buang perut - isi air sehingga ikan tenggelam - rebuskan
500 gm sayur campuran
1 sdb minyak zaitun

Cara-caranya..


1. Rebus ikan sehingga masak kemudian sejukkan.

2. Masukkan ikan dalam pengisar bersama airnya dan sayur campur, kisar hingga lumat.


3. Tapiskan dan ambil isinya dan gaulkan bersama minyak zaitun.
4. Sejukkan dalam peti.






Mickey menemani adik buat homework..


masa nih mickey sangat-sangat lapar sebab baru habis operation mengeluarkan telurnya dari perut, sian mickey KKU (kucing kurang upaya)..

2 comments:

  1. Akak,

    Comelnya si Mickey. I love his tail. Sungguh gebu walaupun badannya slim saja.

    Ikan kena kisar sekali dgn tulang ke?

    Regards,
    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaa sis sallyyyy..hihi..
      terima kasih, asalnya mickey nih hanya kucing jalan, mak dia namanya mynna tumpang beranak rumah kami..alhmdlh rizkiiii..
      iya, ikan tu rebus dulu, lepas tu nk buang tulang bule x buang pun xpe..kucing kan pandai asingkan tulang hihi..

      Delete