Followers

Wednesday, 17 July 2013

KERABU MANGGA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat..

Alhamdulillah, hari ini Ramadhan yang ke 8 hampir di sempurnakan, menu untuk berbuka juga telah i siapkan. 

Antara menunya ialah Kerabu Mangga. Mangga pemberian dari Puan Ieda Hijau, rimbun sungguh mangga-mangga depan rumahnya. Itulah yang telah memberi i idea untuk membuat kerabu untuk hari ini.

Resepi i hanya tambahkan apa yang ada di rumah sahaja. Jom kita tengok.






Bahan-bahan..
3 biji buah mangga muda - saiz kecil - hiris memanjang
1 biji bawang merah besar*
5 biji cili padi merah*
1 pokok daun ketumbar* - *hiris halus
2 sdk gula
3 sdk jus lemon
1 sdk sos ikan
3 sdk serbuk kacang tanah
1 sdk sambal terasi strawberry - (kalau takde pun takpe ya)
Sedikit garam

Cara-caranya..
1. Dalam bekas, satukan kesemua bahan-bahan kecuali mangga dan gaul sebati.
2. Masukkan mangga baru di gaul rata.
3. Siap dihidangkan.


inilah sambal terasi strawberry yang i campurkan, kalau takde pun takpe ya..
i beli kat seberang..sambal nih pedas gilerr nkoo, org yang hantu pedas aje yang boleh makan..

4 comments:

  1. sy suka juga kerabu...cuma ramadhan ni lom sempat nk buat...bahan2 pun xde utk kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu teringin bule la cuba kan sis..

      Delete
  2. Salam Ramadan buat sis & family..
    kerabu mangga appetiser yang memang sedap..kita kalau dapat ni ratah2 aje lah tak jadi lauk..hehe ..sesungguhnya aku berpuasa..kecuh betul ni sis...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga buat u ya sis..
      Haizzz..sis i pulak sbnrnya x suka masam2, tp sikit2 bule la..hehe..

      Delete