Assalamualaikum..
Lebaran hampir menjelang, hanya kurang lebih tinggal 8 hari sahaja untuk kita menikmati bulan Ramadhan, Insyaallah.
Dalam pada itu, sudah ramai sahabat-sahabat yang membuat pelbagai jenis biskut-biskut dan kek-kek, tidak ketinggalan i juga. I bercita-cita ingin sangat membuat kek-kek lapis untuk juadah Lebaran akan datang dan i akan cuba sebaik mungkin Insyaallah dan ini adalah antara bahan yang akan disertakan dalam resepi kek lapis yang bakal dibuat nanti juga boleh digunakan dalam kek buah, biskut atau lain-lainnya.
Bulan lepas ketika i berada di seberang sangat terlupa untuk membeli bahan ini dan hasil i meng'gugel' di blogger seberang, i mendapat resepi 'spekuk' ini DI SINI, makaseh ya mbak Hesti, mohon share disini pula ya.
Bahan-bahan..
10 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga lawang
20 biji buah pelaga
2 biji buah pala - ketuk kulit dan ambil biji didalamnya
Cara-caranya..
1. Patah-patahkan kulit kayu manis dan cuci bersih bersama bahan-bahan lainnya.
2. Bakar sehingga bahan-bahan kering.
3. Tumbuk bahan-bahan dalam lesung batu sehingga sedikit hancur supaya apabila di kisar senang untuk berpusing.
4. Masukkan bahan-bahan dan kisar sehingga halus.
5. Ayak bahan kisar dan kisar berulang kali mana yang masih tidak hancur.
Dari info, bahan ini boleh tahan 2 tahun didalam simpanan bekas kedap udara. Baunya sangat harum. Harapan i semoga cita-cita tercapai untuk menghasilkan kek-kek lapis untuk Lebaran akan datang. InsyaAllah.