Followers

Saturday, 10 March 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU MD FAUZI & SALWA

As-salam semuaaa..
Wahhh arini ramai dah bersiap2 nak cuti2 malaysia..cuti2 luar malaysia kan..semoga perjalanan kalian selamat pergi dan balik yaa..i jerr tak cuti2 huwaaaaaaa nak naness nihh..tapi xpe laa..memang x boleh nak cuti sangat..banyak yang belom di selesaikan..ok jom kita cietr pasal kek nih..dari semalam i menyiapkan, malam tadi berhenti jap..pagi nih sambung lagi..kek nih untuk EN. MD FAUZI & PUAN SALWA SHAH yang telah selamat di ijabkabulkan 2 minggu lepas (kalu x silap la yer hehehe). Kek nih untuk majlis di pihak lelaki di pontian, SELAMAT PENGANTIN BARU  kepada kalian berdua, semoga kekal hingga ke akhir hayatttt..jom tengok kek kahwin beliau..



dalamnya kek coklat moist..resepi klik SINI TAUU hehehhe..


konon2nya pengantin dkelilingi bunge la kan hehehe..


mula2 nak letak patung nih kat bawah..last2 x jadi huhuhu..

Bahan2 buttercream..
240 gm gula aising - ayakkan
30 gm air
500 gm krimwell

Cara2nya..
1. Satukan gula aising dan air, gaul sebati.
2. Pukul krimwell bersama adunan gula aising sehingga sebati dan putih.

Bahan2 fondant..
5 sdb gelatin halagel
1/4 cawan air
1/2 cawan liquid glucose
1 sdb glyserin
1 kg gula aising - ayakkan
1 sdb perasa starwberry tanpa pewarna

Cara2nya..
1. Campurkan gelatin dan air dalam periuk kecil dan biarkan mengembang dalam 5 minit.
2. Masak kaedah double boiler sehingga gelatin cair dan sebati dengan air.
3. Tuang liquid glucose dan gaul lagi sehingga sebati.
4. Campurkan juga glyserin dan kacau sehingga semuanya cair. Tutup api.
5. Tuang adunan ke dalam mixer bersama perasa strawberry dan pukul bersama gula aising sehingga sebati dan putih.
6. Siap di gunakan dan hias ikut kreativiti masing2.

NOTE : SAPU NIPIS BUTTERCREAM PADA KEK SEBELUM MEMBALUT FONDANT.


8 comments:

  1. wah..hebat cake u....semua kek atau ada yang dummy, kalau semua kek nak angkat berat tu. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xla hebat sis balqees..biasa aja sis..u pun bule buat tau..nih sume kek sis, xde dummy..nak angkat masyaallahh..kena 2 org huhuhu..tq sis..

      Delete
  2. Tabik la Sis...suka tenguk orang kreatif macam ni...tangan akak ni agak kaku dan buat birthday kek anak pun terketar-letar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis paty..buleeee sis bulee buat tauu..mula2 aje ketaq nti lame2 ok dah..

      Delete
  3. sis-nak tanyer-mcm maner kek tu boleh melekat antara satu samer lain (ader org ckp cucuk pakai lidi) betul ke ?-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis nur lyza..i cucuk guna chopstik sis..kalu pakai lidi x mampu nk tampung kot..insyaallah kalu i buat skali lg i share yaa..

      Delete
  4. Assalamualaikum....boleh saya tahu kat mana nak beli patung pengantin tradisional tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      bole beli di kedai menjual bahan bakery ya sis..

      Delete