Followers

Friday 16 March 2012

DAINTY CHEESECAKE

As-salam semuaaa..
Okeyyy..jom kita cerita pasal kek nih, semalam i pergi tesco kulai, nampak kedai buku dan i beli 3 buku..salah satunya adalah buku nih (gambar kat bawah)..sekali bukak buku nih..alamakkk menyelera sungguhhh uu..semuanyaaaa cheesecake..i dan anak gadis i tuu memang peminat cheese..sekali anak gadis i nak sangat buat kek, katanya boring..ok la..buat la kalu rajin, jadi pepagi tadi awin (nama anak gadisku) dah mulakan projeknya..jadi ini laaaa hasilnyaaa..mama x bantu tau sebab mama dari pagi sibuk masak soto ayam buat papa dan tetamu yang datang tengahari tadi..so awin buat la sorang2..i cuma tengok sikit2 ajee..jom tengok resepinya..


seriusss memang sedappp uu..i kasik 4/5 bintangg!!


amacam cheesecake awin ok x??



x caya cube laaa..

Bahan2 kek..
125 gm tepung optima
2 biji telur
25 ml susu segar coklat
1/2 sdk coklat emulco
40 ml minyak jagung

Cara2nya..
1. Pukul tepung dengan telur selama 8 minit.
2. Tuang susu segar coklat dan coklat emulco, pukul lagi selama 2 minit.
3. Masukkan minyak jagung dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati.
4. Tuang dalam loyang saiz 8 inci, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan atas redai dan potong kepada 2 bahagian, guna cuma 1 bahagian sahaja.

Bahan2 cheese layer..
120 ml susu segar
2 kuning telur
350 gm cream cheese
80 gm gula castor
1 sdb gelatin halagel
400 gm fresh cream

Bahan2 perasa dan pewarna..
1/4 sdk strawberry emulco + 1/4 sdk pewarna pink
1/4 sdk perasa pandan + 1/4 sdk pewarna hijau
1/4 sdk coklat emulco
1/4 sdk esen vanilla
1/4 sdk orange emulco + 1/4 sdk pewarna oren

Cara2nya..
1. Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula castor dan gelatin dalam periuk, masak secara "double boiler" sehingga semua adunan sebati dan cair. Padam api dan sejukkan sebentar.
2. Pukul fresh cream sehingga bertanduk dan satukan bersama adunan cheese dan pukul lagi biar sebati.
3. Bahagikan kepada 5 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 185 gram.
4. Tambahkan perasa dan pewarna pada setiap 1 bahagian adunan cheese.
5. Potong kek span sehingga mencukupi masuk ke dalam loyang springfoam bersaiz 7 inci.
6. Tuang adunan cheese starwberry, ratakan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
7. Keluarkan, tuang pula adunan cheese pandan, ratakan dan sejukkan lagi dalam peti sejuk selama 10 minit.
8. Ikuti langkah2 di atas untuk lapisan seterusnya, kemuadian sejukkan semalaman.
9. Keluarkan cheese cake dari loyang dan hias ikut kreativiti masing2.


i ikut dari buku nih laaa..

14 comments:

  1. Sis,memang kena pakai tepung optima ke?boleh ganti tepung lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis nonierahman..lapisan bwh tu nk guna ape2 jenis kek pun bule ya sis..cume perlu 1 lapis aja..kalu xde optima bule guna tepung sponge..

      Delete
  2. assalamulaikum,
    wow.. mmg tergoda2 la tengok cheesecake ni. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis zack..jgn ckp u..dgn i pun tirguda heheheh..

      Delete
  3. salam,wahhh kirim salam kt awin..pandai btul..sama mcm ibu dia..pandai buat kek sedap2:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis zila..
      ok nti kita sampaikan kat awin yaa(awin dh jwb wslm katanya)..ambooii mama pun dpt tempiasnya ya hehehe

      Delete
  4. untungnya anak dara yang rajin ke dapur....tahniah awin

    ReplyDelete
    Replies
    1. awin boring cuti skolah x buat apee sis..tu yg dia buat tuu..

      Delete
  5. salam...nak ambil resepi ye..tapi nk tanya...yg bw tu kek span kan...klau kita tak nak letak kek tu bole tak...just susun yg cheese tu sja

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm siss..silakan ya sis..btol yg bwh tu kek span aje, kalu xnk letak pun bule jugak sis..sejukkan semalam lg sedap sis..

      Delete
  6. sedapnya...terguda suda..memang lingkup la diet saya...tak ke mana langsun2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis lidasarrah..hehehhe i pun terlingkup dietnya sis heehe..mmg sedap ciskek nih tau, x rugi mencuba..

      Delete
  7. thnx kongsi resepi...mmg suka cheese cake..sdapny..

    ReplyDelete