Followers

Monday 26 March 2012

AMERICAN CHOCOLATE CAKE

BISMILLAHHIRROHMANNIRROHHIM..
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2KU..
Hari sabtu dan ahad yang lepas i ade sertai satu kelas yang di anjurkan DELIGHT BAKE..dan chef jemputannya pula ialah CHEF PETER LIM..dua hari bersama chef peter memang menyeronokkan walaupun mukanya nampak ganassss..hahahha..tapi hatinya baikk..segala macam tips yang diberi dan hampir 10 jenis resepi yang di ajar oleh chef peter..semua resepi2nya memang sedappp..memang tak tifuu tauuu..lagi2 i memang dah muak makan kek..tapi bila i rase kek chef peter buat i masih lagi boleh makan..sebab sedapp..antara kek yang chef ajar ialah kek nih..petang semalam i balik rumah, anak2 makan, semua kata sedapp sangat, anak gadis pulak tak sempat2 suruh i buat jugak semalam..tu yang i buat jugak..jom tengok resepinya..


Bahan2 ganache..
250 gm uht whipping cream
250 gm dark converture - potong halus*
90 gm butter* - *satukan

Cara2nya..
1. Panaskan uht whipping cream secara double boiler.
2. Tuang dalam adunan coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Sejukkan adunan coklat dalam peti sejuk sehingga jadi pekat.
4. Kalau guna coklat compound, jangan simpan dalam peti sejuk lama2, cukup dalam 30 minit sahaja.

Bahan2 kek..
250 gm marjerine@butter
280 gm gula castor
3 biji telur A
232 gm tepung superfine*
75 gm serbuk koko*
8 gm soda bikabonat* - *satukan dan ayak
5 gm serbuk nescafe**
250 gm susu segar** - **satukan dan gaul sebati

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur sedikit2 dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Masukkan adunan tepung dan adunan susu, pukul dengan kelajuan paling perlahan selamat 1 minit.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tuang dalam 2 loyang saiz 9 inci, lapikkan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
7. Potong setiap kek kepada 2 keping. Letak 1 keping di atas papan kek.
8. Sapukan ganache pada setiap lapisan kek.
9. Seterusnya sapukan ganache pada keseluruhan kek dan hias ikut kreativiti masing2.


i sukee hijau..


tempahan dari murid2 untuk ulangtahun gurunya..
kek yang ini i bakar guna 2 loyang 14x10x1 inci, kemudian setiap kek dalam setiap loyang i potong jadi 9 inci dan 2 baki kepingan kek yg kecil tu i satukan dan jadikan satu lapisan..jadi kek nih ade 3 lapisan..


pening jap tengok kek nih..


chef peter lim..


antara student2 chef peter lim..

7 comments:

  1. Assallamualaikum Sis..
    Wahhhh..mengancam lah ganache tu.. Kek yg letak nescafe mmg ada kelainan dan rasa yg tersendiri.. Naz suka gak. Nanti bila2 boleh lah cuba ni. Tq sis share resepi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..insyaallahh ok yg nih sis..cuba yaa..same2..

      Delete
  2. slm kak..resepi ni xpayah letak baking powder ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      resepi nih dh guna tepung superfine so x perlu baking powder ya..

      Delete
  3. Slm sis resepi ni klu guna tpg gandum ..nak letak Baking powder berapa sudu sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      1 sdk sudah memadai ya sis..

      Delete
  4. Meleleh air liur tgk. Boleh saya ambil resepi ni? Nak cuba buat. Dan kalau mnjadi boleh saya buat berniaga?

    ReplyDelete