Followers

Thursday 24 November 2011

TIRAMISU..

Assalamualaikummm n selmat pagi sahabat2ku..pagi nih siap suda tiramisu yg mmg senang n simple aje buatnya, yerla nih kan dah cuti skekolah, jadi buat la kek2 ikut permintaan anak2, kali nih i guna kek span pulak, aritu dh guna jari pompuan kali nih kasik tukar pulak aekk..senang aje jom tgk..


Bahan2 kek..
250 gm tepung optima
4 biji telur
50 ml susu segar
80 gm butter - cairkan-sejukkn

Cara2nya..
1. Pukul tepung dan telur sehingga sebati selama 8 minit.
2. Tuang susu segar dan pukul lagi selama 2 minit.
3. Masukkan butter dan kaupbalikkan sahaja.
4. Lenserkan loyang saiz 8 inci dengan sedikit butter, lapik kertas minyak dan lenserkan sedikit butter lagi atas kertas minyak.
5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.
6. Keluarkan kek dan terus telangkupkan atas redai, biarkan dalam 5 minit.
7. Terbalikkan semula loyang kek, kikis di tepi2 loyang kek dan keluarkan kek dari loyang. Biarkan sejuk sepenuhnya.

Bahan2 cream cheese..
200 ml RICH whipping cream
200 cream cheese
100 gm mascarpone
80 gm gula castor

Bahan coffee syrup..
2 sdb expresso coffee*
1 sdk serbuk nescafe*
2 sdb gula castor*
1 cawan air panas* - *satukan dan gaul sebati - sejukkan

Bahan2 hiasan..
1 sdb serbuk koko
6 biji strawberry - belah dua
Beberapa kepingan coklat compound hiasan

Cara2nya..
1. Pukul whipping cream hingga kental dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, mascarpone dan gula sehingga lembut dan sebati.
3. Masukkan whipping cream sedikit2 dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan.

Cara2 untuk tiramisu..
1. Potong kek kepada 3 lapisan, letakkan kek lapisan bawah ke dalam loyang springfoam saiz 8 inci.
2. Sudukan coffee syrup ke atas kek singga kena pada semua bahagian.
3. Tuang adunan cheese dan sapu rata pada kek.
4. Letakkan kek lapisan ke dua, sudukan dengan coffee syrup sama seperti langkah pertama tadi.
5. Di ikuti dengan adunan cheese dan di ikuti dengan kek lapisan paling atas, sudukan syrup coffee dan sapu adunan cheese sehingga rata.
6. Sejukkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam.
7. Keluarkan kek dari loyang, sapu baki adunan cheese di tepi2 kek sehingga rata dan sejukkan semula dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.
8. Keluarkan kek dan hias kek dengan coklat compound di tepi2 kek, ayakkan serbuk koko di atas kek dan susun strawberry di atasnya. Siap.


no. 1 dan no. 2..


no. 3..


no. 4..


no.5..


no. 5 dan no. 6..


no. 7..


no. 8..dah siapppp..cuba laa..

22 comments:

  1. as-salam shu
    nampak exclusive kek ni shu..cantiklah shu kek ni..

    ReplyDelete
  2. Aslmkum Shu
    Cantik berhias tiramisu Shu ni...siap buah strawberri kat atas.kalau tiramisu sudah semestinya yummyyy..

    ReplyDelete
  3. wslm wbt bro..tm ksh, kalu u buat mesti lg cantik tau..

    ReplyDelete
  4. mamasya..wslm wbt sis..alhmdlh bule tahan sedap sis, dgn strawberry yg masam2 tu kan..

    ReplyDelete
  5. salam..
    nak tanya.. apa beza expresso coffee dan serbuk kopi tu?..nice cake.. i like..

    ReplyDelete
  6. sis zue..wslm wbt sis..expresso coffee tu ade krimer, i saja tambahkan, xde beza sgt sis masih rase nescafe yg kuat..kalu xde expresso pun xpe ya..

    ReplyDelete
  7. Assalam shu,
    terimakasih sudi kedapur akak yg tak seberpa tu dan tinggalkan jejak..salam kenal dari akak juga y..hebat2 kek2 kat dapur shu ni..kagum akak tengok tau..tiramisu kek nampak sungguh cantik macam kat hotel gitu..

    ReplyDelete
  8. wslmm sis ayu..same2 n tm ksh jugak sudi ziarah i kt cni, i x berapa pandai sgt sis, cket2 tu bule la, apa2 pun tm ksh byk2 sis, sis punya kek lg hebat2 tau..

    ReplyDelete
  9. Salam, kalau tak silap resipi kek ni tak letak gula...betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis my lil..
      btol kek nih menggunakan tepung optima dan x memerlukan gula sis..

      Delete
  10. owh...tp kalau saya nak guna tpg selain tpg optima tu, perlu tak letak gula? kalau perlu berapa gm? tks

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu guna selain tepung optima atau tepung sponge, mesti letak gula ya sis..tp resepinya dh jd lain..

      Delete
  11. Assalamualaikum sis,nak bertanya.mcm mana nak pindahkan tiramisu ni dari loyang spring foam ke atas tapak kek?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum akak...rini nk tya skit
    kek ni klau wat hntran sesuai x?? cream dia cair x klau duk kt luar lelama?

    ReplyDelete
  13. brp RM cake ni ?

    ReplyDelete
  14. as'salam akk...buat tiramisu ni pon pakai cake ring kan..:)

    ReplyDelete