Followers

Monday, 28 November 2011

MINI TIRAMISU

Salam sumee..errmmm yang nih pun buat bersama anak teruna, anak buat kek, mama n kakak deco aja, seronok i tengok anak2, yang nih kitaorg buat untuk sis HARFA ABDUL KARIM, kitaorg buat sampai kul 1 pagi tau, sebab esoknya nak keluar umah pukul 8 pagi..alhamdulillah semua dapat di selesaikan..jom tengok..


mini tiramisu..


Bahan2 kek..
250 gm tepung optima
4 biji telur
50 ml susu segar
80 gm butter - cairkan dan sejukkan


kek span teruna hehehe..

Bahan2 cream cheese..
200 ml RICH whipping cream
200 gm cream cheese
100 gm mascarpone
80 gm gula castor

Cara2 cream cheese..
1. Pukul whipping cream sehingga kental dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, mascarpone dan gula castor sehingga sebati dan lembut.
3. Masukkan whipping cream sedikit2 dan pukul lagi biar adunan sama rata.
4. Masukkan adunan dalam piping bag.

Bahan2 coffee syrup..
2 sdb expresso coffee*
1 sdk serbuk nescafe*
2 sdb gula castor*
1 cawan air panas* - *satukan - gaul sebati - sejukkan

Bahan2 hiasan..
Serbuk coklat
Strawberry
Biskut panjang coklat

Cara2nya..
1. Dengan kelajuan tinggi, pukul tepung optima dan telur selama 8 minit.
2. Tuang susu segar dalam adunan dan terus pukul lagi selama 5 minit.
3. Matikan mixer, masukkan butter cair dan kaupbalikkan sehingga semuanya rata.
4. Lenserkan loyang saiz 8 inci dengan butter dan lapik loyang dengan kertas minyak, sapu butter lagi.
5. Tuang adunan dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.
6. Telangkupkan loyang kek atas wire rack, biarkan dalam 7 minit.
7. Terbalikkan loyang, kikis tepi2 loyang dan keluarkan kek, sejukkan atas redai sebentar.
8. Potong kek 3 lapisan, potong kek mengikut acuan masing2.
9. Susun kek dalam acuan, sudukan coffee syrup atas kek, pipekan adunan cheese dan ratakan.
10. Susun kek lagi 1 lapisan dan ikut turutan seperti no. 9 yang di akhiri dengan adunan cheese.
11. Ayakkan serbuk coklat, letakkan strawberry dan biskut coklat panjang.
12. Siap di hidangkan.


siap suda..

12 comments:

  1. pandainyer anak bujang akak.. rajin lak masuk dapo nyer ..

    ReplyDelete
  2. mayangsayang..nih kena suruh hehehe..

    ReplyDelete
  3. akak ape menatang panjang macam straw kat dalam cawan tiramisu tu .. coklat ke?

    ReplyDelete
  4. sis mayangsayang..hehehhe yg tu coklat panjang2 yg mcm nini tuu..cocokkan aje heheh..

    ReplyDelete
  5. Sis tq perkongsian resepi ya memang yummyy..anak2 suka gtu..moga sis d murahkn rezekinya..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kembali sis..syukur ank2 suka..

      Delete
  6. Slm sis..cantik mini tiramisu tu..klu yg mascarapone x letak bole jgk ka sis..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      xde mascarpone pun bule ganti dgn creamcheese biasa ya..

      Delete
  7. Slm sis klu yg mascarope x der..perlu d gandakan kuantiti cream cheese @ ltk ikut yg akk suggest 200grm..jer..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..gandakan ya..kalu x nti x cukup..

      Delete
  8. Mascarpone Cheese Tu Boleh Dapat Kat mane eh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. di pasaraya ade..x guna pun bule hanya gantikan dgn creamcheese baisa..

      Delete