Assalamualaikum..
Kalau tak silap menu ini menu pada hari Khamis lepas. Dek kerana kesibukan dengan tempahan yang tak seberapa nak banyak kikiki..sampai tak sempat nak update..kann..
Kisahnya..
Tempoh hari suami beli banyak lauk-lauk basah..kebetulan memang lama sangat tak makan ketam, yang terjual di pasar berhampiran rumah memang nampak tak segar dan ketam nih suami beli kat Pontian. Alhamdulillah segar la sikit dari pasar biasa tu. Kami sekeluarga memang gemar makan ketam lada hitam berbanding menu yang lain-lain dan bila tanya suami rasanya, Alhamdulillah mendapat pujian..kembang sebaldi kannnnn..hahhaha..
Bahan-bahan..
4 ekor ketam - bersihkan - cuci - toskan - goreng separuh masak
1 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
3 sdb lada hitam serbuk kasar
7 sdb sos lada hitam
1 cawan air panas
1 sdb kicap pekat
4 sdb kicap manis
1 biji bawang holland - potong bulat
Garam dan perasa
Daun bawang - hiasan
Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan gaul sebati diikuti dengan sos lada hitam dan gaul lagi.
3. Tuang air panas, kicap pekat, kicap manis dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masuk pula ketam yang digoreng separuh masak bersama bawang holland dan gaul sebati.
5. Tambahkan garam dan perasa dan biarkan mereneh dalam 3 minit.
6. Siap dihidangkan dan tabur sedikit daun bawang.
No comments:
Post a Comment